Chapter 52

5.9K 223 6
                                    

Penumbuk digepal erat. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah yang sudah membuak-buak. Cecair merah pekat yang keluar menitis laju dihujung bibir merah nya diabaikan. Rasa sakit itu dihiraukan sama sekali. Tidak sesakit hatinya apabila isterinya hampir disakiti.

BUK!

BUK!

Dua tumbukan dilepaskan pada rahang lelaki itu. Sesekali lelaki itu mendesis sakit.

"Siapa hantar kau?" Soal Rayden. Wajahnya jelas bengis.

"B-bukan urusan k-kau!"

BANG!

Tembakan dilepaskan pada kaki kanan lelaki yang sudah tercungap-cungap mencari nafas. Letih diseksa. Tapi dia tekad tidak akan memberitahu apapun maklumat kepada Rayden.

BUK!

"Aku tanya sekali lagi. Siapa. Yang. Hantar. Kau?" Satu persatu perkataan disebut keras. Lelaki itu betul-betul bermain api dengannya.

Kepala digeleng lemah.

"Lepaskan a-aku.." Rintihnya.

Rayden mengukir senyuman sinis penuh makna tersirat. Lelaki yang sudah terkulai lemah itu mengerling Rayden yang melirik pandangan yang sendiri sukar tasfir.

"Kauorang betul-betul bermain dengan api." Ungkapan Rayden itu cukup membuatkan tulang rusuk lelaki itu bergetar hebat. Meski dia tidak mengenali siapa sebenarnya Rayden. Dia hanya ditugaskan untuk menghendap tindak tanduk Ariesha. Langsung tidak menyangka bahawa dia sudah tertangkap dengan semudah itu.

Itu Rayden Arrayan. Sekali bermain lawan dengannya. Sedetik pun takkan boleh terlepas dari genggaman jejaka itu. Awas.

"Ma-maafkan aku. Tolong. L-lepaskan aku."

"Hm? What do you mean of maafkan aku, lepaskan aku?" Rayden menyoal dengan raut mengejek lelaki yang sudah berlumuran darah itu.

Nyawa-nyawa ikan.

"Tch tch tch! Kau tak kenal aku lagi ni. Is it right? Hm?" Kata Rayden sambil tangan bermain-main dengan kayu besbol. Digenggam rapi. Desingan kayu besbol besi yang diseret di lantai itu cukup menghasilkan bunyi yang bising disegenap ruang bilik sunyi itu.

"Ak-aku hanya jalankan t-tugas aku." Tergagap-gagap lelaki itu cuba bersuara. Seakan pita suara tersekat di anak tekak. Bercampur peritnya menelan air liur yang bercampur darahnya. Salivanya ditelan kesat. Jika dia tahu dia bakal berhadapan dengan situasi gerun ini, takkan dia setuju dengan kontrak ketua itu. Namun disebabkan duit semuanya membuatkan dia bersetuju juga.

"A-aku ada anak yang p-perlu aku sa-sara. Tolong! Maafkan aku!" Naik seoktaf suaranya. Tidak tertahan lagi perit yang ditanggungnya tika ini.

"Ouh yea? And you think I care?"

"Kau cuba untuk lukakan isteri aku! Sial!"

DOOM!

Bergema ruang bilik itu dengan bunyi hentakan kayu besbol pada kepala lelaki itu.

DOOM!

Sekali lagi pukulan kuat dilepaskan. Tapi kali ini pada bahagian kanan. Terteleng kepala lelaki itu menerima pukulan padu itu.

360° Rayden berpusing dengan tangan sedang menghayun kayu besbol tersebut.

DOOM!

Dengan sekali pukulan kuat. Nyawa lelaki itu terus melayang.

Sunyi. Bertemankan deruan nafas kasar Rayden. Peluh menitik membasahi pelipis. Senyuman puas terlakar indah dibibir jejaka itu. Puas setelah menghapuskan orang yang cuba-cuba untuk menyakiti isterinya.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now