Tut tut.. tut tutt..
"Ya Allah angkat lah call Arieshaaa..mana dia pergi ni.." Riena sedari tadi asyik kehulur kehilir. Masuk kali ke dua ratus dua puluh tiga dia membuat panggilan namun tidak dijawab. Dari malam semalam dia menunggu Ariesha pulang namun sehingga pagi ini dia masih tidak nampak batang tubuh Ariesha. Fikirannya mula ke arah negatif tapi cepat cepat dia menidakkan nya. Sungguh dia risaukan Ariesha. Tak pernah pernah Ariesha begini kenapa tiba-tiba pula Ariesha tidak pulang. Selalu nya selepas Ariesha habis waktu kerja memang gadis itu akan terus pulang kerumah tapi tidak untuk kali ini. Sudah puas dia membuat panggilan dan menghantar mesej namun tidak dibalas. Dia sudah berfikir jika lagi 1 jam Ariesha masih belum pulang dia akan membuat laporan polis.
Sejam kemudian
Ariesha masih tidak pulang. Jantung Riena bagai nak luruh. Kemana kawan baik nya pergi dari semalam lagi tidak pulang. Riena siap-siap untuk ke balai membuat report polis. Sudah mencecah 24 jam jadi dia boleh membuat laporan.
Laju keretanya meluncur membelah jalan. Dalam hati dia sudah mengucap panjang. Dia terlalu risau kan kawan baiknya seorang itu. Dia takut perkara buruk berlaku pada Ariesha.
Dia kemudian memarkir masuk kedalam balai polis. Dia sudah tekad ingin membuat laporan tentang kehilangan Ariesha. Laju sahaja kakinya menapak masuk.
"Assalamualaikum encik. Saya cik Riena. Saya datang nak buat laporan tentang kehilangan kawan saya."
"Waalaikumussalam. Baik. Minta penerangan lebih jelas dari Cik Riena ye. Kemudian pihak kami akan proceed laporan yang cik buat. Mohon cik sabar beri keterangan dan bertenang. Kami akan cuba sebaik mungkin." Jelas seorang anggota polis tersebut.
Hampir 30 minit juga dia berada dalam balai polis.
"Apa apa pihak kami akan call cik Riena. Harap bawa bertenang dahulu. Terima kasih."
Selesai sahaja membuat laporan, Riena membuat keputusan untuk berhenti breakfast dahulu. Dia tidak sempat untuk breakfast akibat terlalu risaukan Ariesha.
Dia berjalan masuk ke sebuah cafe yang terletak berdekatan. Usai membuat pesanan di kaunter dia terus mencari meja dan kerusi yang kosong untuk diduduk. Keadaan didalam cafe agak riuh. Kerusi meja sudah penuh oleh customer lain. Mata Riena ternampak satu meja kosong. Pantas kaki nya menapak ke arah meja kerusi tersebut. Namun belum sempat dia ingin duduk. Kerusi itu telah disambar seseorang.
"Hello! Ni tempat saya. Saya cop dulu tempat ni okehh. So go away lah!" Tegas Riena.
"Helloo Miss ugly! Terang lagi bersuluh saya yang pegang kerusi ni dulu. Jadi ini tempat saya! Pergi cari tempat lain lah!"
"Hey! Excuse me! Dekat meja kerusi ni ada tulis nama awak ke! Tak kan?" Marah Riena. Dia dah la stress ditambah lagi stress sekarang ni.
"Dekat kerusi meja ni pun ada tulis nama awak ke hah!" Terdiam Riena bila lelaki itu membalas kata-kata nya. Riena merengus geram sebelum kerusi dihadapannya itu ditarik kasar. Pandangan orang disekeliling dia endahkan. Kesah apa dia! Riena tetap Riena. Keras kepala.
"Ishh can you just find another place?!" Kata Riena sebaik sahaja lelaki tadi mengambil tempat dihadapannya. Geram dia dibuatnya.
"Is this your cafe, Miss Ugly?" Perli Qash.
"Should i ask you the same question, Mr Poyo?" Balas Riena semula. Sakit betul hatinya melawan kata dengan lelaki di hadapannya ini. Muka je hensem tapi perangai!
"Ada. Aku. Kesah.?"
Riena merengus geram. Dia sudah hilang sabar dengan lelaki itu. Lantas dia bangun. Riena menepuk meja kuat sehingga pelanggan lain memandang kearah mereka berdua.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...