Alunan muzik indah menyapa gegendang telinga nya. Suasana senja yang dihiasi dengan langit jingga bercampur sedikit merah jambu cukup menghadirkan rasa tenang dihatinya. Tenang sehingga tanpa sedar mampu menitiskan air matanya. Perlahan-lahan esakan kecil terdengar.
Kini sudah masuk satu bulan usia perkahwinannya dengan Rayden Arrayan. Dan sejak kebelakangan ini entah kenapa Rayden seakan berubah dingin terhadapnya. Apa lagi salahnya kali ini.
KLAK!
Kedengaran pintu bilik dibuka. Pantas Ariesha menoleh. Susuk tubuh tegap suaminya menyapa pandangan kabur dek air matanya. Lantas cepat-cepat dia menyeka semula air mata yang menitis dengan hujung bajunya. Tidak mahu dilihat si suami.
Lekas dia berdiri menuju ke arah Rayden. Jejaka itu benar-benar kelihatan letih bekerja. Seharian berada di office. Tengah hari tadi puas dia menunggu Rayden pulang makan. Kerana itu rutin kebiasaan Rayden. Namun hampa tiada langsung kelibat jejaka itu. Sedikit terasa tapi dia faham dengan Rayden. Dan mungkin jejaka itu berubah dingin kerana sibuk berfikir tentang kerja-kerja di pejabat.
Think positive Ariesha..
"Abang.."
"Hm."
"T-takde ape. Abang bersihkan diri dulu. Saya panaskan lauk sekejap. Nanti turun makan ye?" Pesan Ariesha lembut.
"Takpayah. Aku makan luar."
Ariesha terpempan. Begitu dinginnya jejaka itu sehingga panggilan juga sudah ditukar. Hatinya kembali terasa seperti disiat-siat dengan sebilah pisau yang cukup tajam.
Apa yang dimarahkan sangat oleh suaminya ini? Apa salahnya sehingga dia dianggap seperti langsung tidak wujud malah terasa seperti dia sendiri sudah gagal jadi isteri baik untuk jejaka itu.
Rayden menutup pintu bilik mandi dengan kasar. Terhinjut bahu Ariesha apabila hentakkan pintu kedengaran.
Sedikit demi sedikit mutiara jernih yang ditahan sedari tadi akhirnya gugur lagi. Lemahnya saat ini. Terasa hatinya oleh Rayden kerana memperlakukan dia sebegini.
Perlahan Ariesha melangkah duduk dibirai katil.
Esakkan kecil kembali kedengaran sayup. Mulut ditekup agar tangisannya tak didengar oleh si suami.
Semakin dia ingin menyeka air mata semakin banyak air mata berjurai laju membasahi pipi mulusnya.
Tuhan..kuatkan aku..
Ariesha mengurut pelipisnya. Kepala Ariesha terasa pening semenjak dua ini. Dia juga kurang selera makan. Mungkin terlalu banyak berfikir.
Hampir dua puluh lima minit Rayden berada didalam bilik mandi. Bukan dia tidak dengar esakkan yang terlepas dari isterinya. Namun entah mengapa dirinya berkeras untuk tidak memujuk. Tapi hatinya cukup terusik melihat dan mendengar isterinya menangis.
Ego.
Keluar saja dari bilik mandi sistem pandangan Rayden disapa dengan Ariesha yang sudah tidur dengan telekung masih tersarung ditubuh kecil isterinya itu.
Dia terus menuju ke arah isterinya. Diangkat tubuh itu perlahan-lahan lalu diletakkan diatas katil. Telekung dibuka perlahan-lahan dan dilipat kemas bersama sejadah.
Kaki nya mula kembali menapak ke arah isterinya yang lena dibuai mimpi. Terusik lagi hatinya apabila melihat sisa air mata yang masih melekat di tubir mata gadis itu. Sembab. Hidung merah.
"Ya Allah..ego kah aku..tapi dia layak..dia.." Rayden menjeda kata-kata nya. Mata dipejam rapat mengenang apa yang dia lihat beberapa hari lepas. Cukup membuktikan yang Ariesha langsung tak menganggapnya penting.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...