Chapter 19

6.2K 219 4
                                    

2 jam sebelumnya..

"Daddy..mummyy, Qash malas lah. Daddy dengan mummy je lah pergi. Tu kan kawan baik daddy. Apa kena mengena dengan Qash pulak?" Rungut Qashah Zaidy. Tiba-tiba sahaja dia disuruh ikut bersama.

"Ish degil lah anak daddy sorang ni. Bunuh karang baru tahu. Daddy nak kenalkan kamu dengan kawan baik daddy tu lah."

"Anak sendiri pun nak bunuh. Tapi Qash taknak kenal dengan kawan baik daddy tu. Bukan ada kena mengena dengan Qash pun." Qash menjeling daddy nya, Dato' Archerd Lange.

"Sayang, ikut jelah. Daddy cuma nak kenalkan aje. Bukan apa pun." Kini Datin Qashrina pula yang memujuk.

"Daddy tak kira. Sekarang pergi bersiap. I'll give you 15 minutes only. Go now!" Tegas suara dari Tan Sri Archerd Lange.

Qash mendengus geram. Kaki dihentak-hentak tanda protes. Satu persatu anak tangga di pijak dan di hentak. Dah besar pun nak tunjuk merajuk tu lagi. Gedik.

Hampir 30 minit menunggu anak terunanya bersiap. Di bagi 15 minit. Sekarang dah 30 minit.

"Hey mana anak teruna awak tu? Lama sangat bersiap ni. Kita dah lambat tau."

"Kejap saya pergi check dekat atas." Ujar Datin Qashrina. Dia berlalu naik ke bilik anak terunanya. Apa lah yang lambat sangat bersiap nya tu.

Tok! Tok! Tok!

"Qash! Lama lagi ke? Kita dah lambat ni." Tiada sahutan. Berkerut dahi Datin Qashrina. Anak dia buat apa lama sangat ni?

Datin Qashrina membuka pintu bilik Qash perlahan-lahan. Membulat matanya melihat anak lelakinya itu terbongkang di atas katil.

"Ya Allah Qashah Zaidy! Bangun! Hoi! Bangun lah!! Ish bertuah punya budak." Datin Qashrina menghempap bantal ke muka Qash berkali-kali. Naik darah betul dengan perangai anaknya itu. Di tunggu dari tadi tak turun-turun, tengok-tengok dah lena atas katil.

"Qash! Bangun! Ish kita dah lambat ni."

"Ermm ye ye mummy. Bangun lah ni." Qash bangun menggosok matanya. Kantuk di mata masih bersisa. Tadi selesai sahaja mandi dia baring-baring sekejap di atas katil. Tak sangka pula boleh terlelap.

"Dah. Pergi cepat siap. Mummy bagi 10 minit. Cepat!" Arah Datin Qashrina sebelum berlalu keluar.

Qash mengeluh perlahan. Tangan naik meraup rambutnya yang masih basah.

"Sorry eh katil. Nanti kita berjumpa lagi" Gumam Qash.

---••♡••---

Hon!

"Assalamualaikum!" Terdengar laungan salam dari arah luar. Laju kaki Tengku Mikail dan Tengku Riezlina melangkah menuju ke arah depan untuk menjemput tetamu yang sudah sampai.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sampai pun kauorang." Tengku Mikail dan Tengku Riezlina menjawab salam serentak.

"Maaf lambat." Kata Dato' Archerd Lange. Kalau bukan disebabkan anak terunanya pasti mereka sampai sedikit awal.

Mereka berdua berpelukan gaya lelaki.

"Lama kita tak jumpa. Tengku Riez sihat?" Datin Qashrina bertanya khabar. Sempat mereka berpelukan dan berlaga pipi. Biasalah perempuan kalau berjumpa.

"Ish tak payah Tengku Tengku lah. Panggil Riez je. Alhamdulillah sihat. Eh jom lah masuk. Takkan nak tercegat dekat sini aje. Makan malam pun dah siap hidang."

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now