Chapter 35

6.3K 192 3
                                    

Setelah 4 jam perjalanan, akhirnya Ariesha sampai juga dirumahnya. Namun gadis itu sudah lena diulit mimpi.

Wajah putih bersih milik Ariesha ditatap Rayden. Tenang sahaja wajah itu ketika sedang tidur. Persis bayi yang sedang lena. Apabila Ariesha bergerak kecil terus Rayden cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Rayden mengeluh kecil. Tak sampai hati sebenarnya nak kejutkan Ariesha. Dia yang memandu Ariesha pula yang penat.

"Uhuk! Uhuk!" Rayden berpura pura batuk. Ariesha masih lena.

"UHUK! UHUK!" Masih sama. Rayden merengus. "Ni tidur ke mati? Haishh." Gumam Rayden perlahan. Bagai nak terkeluar anak tekaknya terbatuk-batuk sedangkan gadis itu sedap dibuai mimpi. Entah sampai negara mana dah..

Bahu Ariesha dicuit sekali tapi agak kasar. Kepala Ariesha terhantuk pada tingkap kereta. Terus terjaga akibat hentakan yang terkena tadi.

"Ssss aduh" Ariesha mengaduh perlahan. Kepalanya diusap. Rayden yang melihatnya turut berasa bersalah. Namun dia hanya diam melihat Ariesha.

"Bangun lah. Orang kejut elok-elok taknak bangun. Hamek kau." Tutur Rayden dalam nada perlahan. Ariesha yang mendengar hanya mencebik kecil. Nasib baik tak benjol kepala dia. Kalau tak dah lama di sepit sepit kepala lelaki itu pada pintu kereta.

"Nak bermalam dalam kereta aku ke? Aku okey je.."

"Tch! Merepek." Balas Ariesha. Bebola matanya digulingkan ke atas. Menyampah betul dapat Tuan Muda begitu.

Ariesha keluar dari kereta. Pintu kereta belakang dibuka. Sejurus itu dia mencapai beg yang berisi pakaiannya.

BAM!

Terjungkit bahu Rayden akibat hentaman kuat yang dihasilkan oleh Ariesha. Bibir diketap menahan geram. Kalau jahanam pintu kereta dia memang dia bunuh gadis itu. Ceh sampai hati ke nak bunuh little angle sendiri?

"Kalau tercabut pintu kereta aku, kau bayar ganti rugi berjuta."

"Hehe sorry Tuan Muda. Thanks Tuan Muda sebab hantarkan saya. Err kereta saya macam mana ye?"

"Kereta kau,kau tak payah risau. Aku dah send alamat dekat Qash suruh dia hantarkan ke sini." Jawab Rayden tanpa memandang wajah Ariesha.

"Qash?"

"Tch! Jangan banyak tanya lah. Pergi masuk." Decit Rayden. Banyak tanya pula minah ni. Orang dah nak hantarkan tu kira beruntung lah. Lempang karang.

"Ye sekejap. Saya nak cakap sikit."

Rayden terus menoleh memandang Ariesha. Difikirannya terus terlintas tentang apa yang mereka bincangkan ketika dalam perjalanan tadi. Takkan gadis itu sudah ada jawapan?

Rayden menolak cermin mata hitamnya naik ke atas kepala. Kening di angkat tanda menyoal.

"Saya cuma nak cakap yang..sa-saya terhutang budi dengan Tuan Muda. Tuan Muda datang selamatkan saya. Saya tak tahu macam mana Tuan Muda boleh ada dekat situ tapi..saya betul betul berterima kasih dekat Tuan Muda. Kalau takde Tuan Muda mungkin saya dah ikut ibu dengan ayah saya dekat sana.."

"Jadi kau menyesal ke ape aku selamatkan kau?" Pelik Rayden dibuatnya. Tadi berterima kasih lepastu macam menyesal pulak sebab dia tak berpeluang untuk ikut arwah ibu dan ayahnya. Pelik si Ariesha ni.

"Eh tak tak! Bukan macam tu. Yela mungkin kalau takde Tuan Muda. Saya dah takde dekat dunia ni. Untuk kedua kalinya Tuan Muda datang selamatkan saya. Tuan Muda-"

"Pergi masuk. Aku taknak dengar kau bebel panjang-panjang. Cakap terima kasih cukup la." Rayden berura-ura ingin berlalu pergi. Cepat-cepat Ariesha berundur sedikit kebelakang. Nanti tak pasal-pasal kakinya terpenyek dek kerana dilenyek oleh tayar kereta Rayden.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now