Chapter 7

9.1K 316 8
                                    

"Erghh.." Ariesha tersedar dari 'lena' nya apabila terasa seperti ada cahaya memancar kewajahnya. Dia mengerang sakit. Dia memegang kepalanya yang berdenyut hebat bagai nak terkeluar otaknya. Perlahan dia mengurut lembut pelipisnya. Kemudian tangan kirinya memegang pipi kiri yang terasa kebas. Dia masih blur dengan persekitarannya. Kini dia berada di sebuah bilik yang agak luas ruangnya. Bilik ini bukan bilik dimana dia diculik dan dikurung. Mata dia mencerna di segenap ruang. Cantik dan mewah.

"Eh Cik Muda dah bangun?" Soal Mak Rinah. Mak Rinah masuk ke bilik dengan membawa dulang berisi semangkuk bubur dan secawan air kosong serta secawan hot chocolate yang dibuatnya tadi. Ariesha memandang pelik. Siapa pula gerangan dihadapannya ini? Dan dia masih tertanya kenapa dia ada dirumah itu.

"S-saya dekat mana makcik?" Soal Ariesha tanpa menjawab soalan yang diajukan Mak Rinah tadi. Kepala nya yang masih berbalut tudung dipegang. Huh! Mujur.

"Cik M-" belum sempat Mak Rinah menjawab tiba-tiba pintu bilik di kuak dari luar. Tersembul wajah kacak Tuan Muda Rayden. Mak Rinah segera keluar dari bilik itu apabila melihat Tuan Muda Rayden nya masuk. Terus membuntang mata Ariesha tatkala melihat manusia dihadapannya itu.

"T-tuan Muda? K-kenapa saya ade dekat sini? S-saya nak balik." Ariesha berura-ura ingin keluar namun ditahan Rayden. Terhenti perbuatan Ariesha yang ingin berlalu keluar dari bilik itu. "Kau stay sini buat sementara waktu. Jangan cuba untuk lari. Kau masih belum sembuh sepenuhnya." Mendatar suara Rayden. Wajahnya masih beriak dingin tapi dalam hati dah berbunga.

"Tapi-"

"No excuse. Dengar cakap aku. Aku boss ke kau?" Rayden mengangkat kedua keningnya. Ariesha sudah merengus geram. Cemberut habis dah muka. Tetibe pulak kena stay dekat sini apehal! Ish!

Rayden hanya menahan senyum apabila melihat wajah monyok Ariesha. Tak padan dengan sakit masih nak membantah.

"Tu ambil bubur tu makan. Ada air kosong dengan hot chocolate. Habiskan jangan biar perut tu kosong nanti masuk angin menyusahkan aku pulak nak kena hantar kau ke hospital bagai. Tak kuasa aku."

'Dah kalau taknak aku menyusahkan kau takpayah lah tegah aku stay dekat rumah kau! Dasar gorilla!!! Ish benci!' Ariesha menyumpah Tuan Muda nya dalam hati. Geram!!

Rayden mengukir senyuman sinis sebelum berkata. "Gorilla ni lah yang kau akan sayang dan cinta nanti." Perlahan saja dia berkata.

"Apa Tuan Muda cakap?" Soal Ariesha pura-pura tidak dengar apa yang ditutur oleh Tuan Muda nya itu tadi.

"Nothing. Mind your own business." Kaki Rayden melangkah keluar dari bilik tersebut. Ariesha mencebik. "Ingat aku pekak ke? Heh tak kuasa aku nak bercinta dengan gorilla tu dah la muka dingin memanjang. Gorilla asli pun takut nak dekat. Erk." Bebel Ariesha selepas sahaja Rayden keluar tadi. Perutnya yang mula meminta makanan itu dipegang. Kemudian Ariesha ambil semangkuk bubur yang dihantar Mak Rinah tadi. Sesuap dua suap tiga suap sampai habis licin mangkuk bubur itu. Nampak sangat lapar dari semalam dia tidak makan. Mana tak nya. Dah la diculik lepastu yang dia makan hanya penampar dari lelaki durjana semalam. Oh tidak! Kulit mulus nya dah disentuh oleh lelaki bukan mahram nya. Huwaaa! Sakit tau tak ditampar!

Selesai sahaja Ariesha menghabiskan bubur dan secawan hot chocolate terus dia keluar dari bilik untuk menghantar dulang makanan tadi ke dapur. Perlahan kaki nya melangkah keluar. Terlopong Ariesha apabila melihat sekelilingnya.

"Perghh ini rumah ke istana." Dia masih berjalan sambil matanya meliar sekeliling. Kaya betul Tuan Muda Rayden ni. Kaki nya laju melangkah turun satu persatu anak tangga. Dia mencari ruangan dapur. Nampak sahaja kelibat Mak Rinah yang ralit mengemas itu pantas dia membuka luas langkahnya. Kepala nya yang sakit tadi hilang serta merta apabila melihat sekelilingnya. Sungguh cantik dan mewah! Sudah lama dia tidak masuk ruangan semewah ini. Pertama kali dia masuk ke ruangan mewah adalah semasa dia tinggal bersama dengan Riena dirumah banglo milik ibu bapa Riena. Namun tidak dinafikan rumah Tuan Muda Rayden nya itu lebih mewah dan cantik.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now