"Doktor macam mana dengan wife saya?"
"She's fine. Cuma dia kena banyakkan rehat dan jangan terlalu banyak gerak or angkat barang yang berat. Tubuh Puan Muda Ariesha masih lemah akibat hentakan yang agak kuat yang terhasil dari pelanggaran tersebut."
"Baik. Kalau macam tu saya keluar dulu. Terima kasih."
Rayden terus berlalu keluar dari bilik doktor yang merawat isterinya. Tadi sampai saja dia di hospital dia terus berjumpa dengan Doktor Dayana untuk menanyakan tentang keadaan semasa isterinya.
Pintu bilik ward Ariesha dibuka perlahan. Sempat di kerling orang kanannya yang sudah terbongkang tidur di sofa dan lantai. Dengkuran kuat terhasil dari ke lima-lima manusia itu.
Rayden merengus kasar lalu menggelengkan kepala. Dia tertunduk pasrah. Tadi diaorang yang beria nak jaga bini dia. Tapi sekarang? Masing masing dah ke kerajaan kayangan. Siapa yang jaga siapa sekarang ni?
Rayden hanya mengabaikan. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Ariesha. Kerusi yang terdapat disitu diduduk.
"Sayang. Bila nak bangun hm? I miss you so much, chéri." Tangan Ariesha digenggam erat dan diusap lembut.
Rayden tertunduk lemah. Tangannya masih erat menggenggam tangan mulus isterinya. Keluhan kecil dilepas.
Lama-kelamaan dia terlelap.
Rayden tersedar apabila merasa sesuatu yang bergerak dari dalam genggamannya. Matanya dicelik dan dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan penglihatannya yang sedikit kabur.
Matanya tertancap pada jari runcing isterinya. Segera dia memanggil doktor.
"Hey sayang. I'm here, chéri."
Selepas beberapa minit muncul Doktor Dayana dan dua orang nurse.
Degupan jantung Ariesha di check. Mata Ariesha sedikit demi sedikit terbuka.
"A-ab..ab..bang.."
"Yes dear. I'm here." Rayden melekapkan bibirnya lama di dahi Ariesha. Tangannya menggenggam tangan Ariesha. Pipi Ariesha diusap lembut oleh tangan kasarnya.
"Doktor, how about my wife?"
"Alhamdulillah. Mungkin dalam 4 atau 5 hari lagi your wife dah boleh discharged. Dia perlu rehat yang secukupnya. Tuan Muda jangan risau. Kami akan melanjutkan rawatan untuk Puan Muda sampai Puan Muda sembuh sepenuhnya."
Rayden mengangguk faham. Setelah memastikan keadaan Ariesha, Doktor Dayana meminta diri.
"Sayang..hey. can you hear me?"
"A-abang.."
"Ye sayang. Drink this." Rayden kemudiannya menyuakan segelas air kosong kepada Ariesha. Dia membantu Ariesha minum. Perlahan-lahan Ariesha meneguk.
"You need to rest."
Ariesha menggelengkan kepalanya. Sakit dikepala dan badannya masih bersisa. Tapi rindu lebih menguasai semuanya. Dia cuba untuk bangun dari baringannya namun sempat ditahan Rayden.
"No sayang. Jangan banyak gerak. Baring je okey?"
Ariesha masih berdegil. Rayden hanya mampu menurut saja. Dibantu isterinya untuk duduk. Setelah itu Rayden meletakkan bantal dibelakang badan Ariesha agar duduk isterinya selesa. Selimut ditarik paras pinggang Ariesha.
Tudung Ariesha yang sedikit senget dibetulkan oleh jari jemari runcing Rayden. Dikemaskan hadapan dan sisi tudung Ariesha. Rayden hanya tersenyum manis memandang Ariesha yang sedari tadi lagi ralit meneliti segenap wajahnya. Bukannya dia tak perasan.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...