"Beb..kenapa tak makan? Makan la sikit. Tak baik tau main rezeki macam tu." Kata Riena apabila melihat Ariesha tak menjamah sarapan pagi yang di buatnya sebentar tadi.
"Herm aku rindu ibu dengan ayah aku beb."
"Riena..kau cuti tak hujung minggu depan?" Soal Ariesha kepada Riena.
"Cuti. Kenapa kau tanya?"
"Ermm kalau macam tu ikut aku balik Pahang nak? Aku nak jenguk kubur arwah ibu dengan ayah aku." Muram wajah Ariesha apabila menyebut tentang kubur. Bukan dia tak redha tapi dia cuma tak sangka secepat itu ibu dan ayah nya pergi. Ibu nya meninggal akibat barah otak. Sehari selepas ibu nya meninggal, dia turut mendapat khabar tentang ayah nya. Perit nya hati dia apabila ayah nya di khabarkan meninggal akibat dibunuh sungguh kejam. Orang kampung menjumpai mayat ayahnya yang tidak cukup anggota badan itu di tepi jalan. Punca kematian tragis ayahnya sampai harini masih tak diketahui. Allahuakbar berat dugaan Ariesha saat usia yang masih muda namun kehilangan kedua syurganya. Dia tahu ayahnya itu seorang kaki judi. Kadang ayahnya keluar pagi balik malam. Kadang itu sampai lewat malam baru nampak batang hidung ayahnya. Namun ayahnya itu tak pernah lepas tanggungjawab sebagai seorang ayah. Pelik dan sedih kan? Tapi itulah kehidupan Ariesha. Mahu tak mahu dia tetap kena redha dengan pemergian dua syurganya itu.
"Boleh. Tapi nanti drive kereta kau boleh? Kereta aku minggu depan nak hantar bengkel sebab ade problem siket."
"Okey no problem beb." Ariesha mengangguk dan tersenyum gembira. Rindunya pada arwah ibu dan ayahnya tak dapat dibendung lagi. Sungguh dia rindu dengan telatah ibu dan suara tegas milik ayahnya itu. Dulu pendengarannya sering dipenuhi dengan suara dua syurga nya itu. Namun sejak ketiadaan dua insan itu. Deria pendengarannya terasa kosong. Apapun dia harus redha. Mungkin itu lah takdir yang tertulis dalam kamus hidup nya. Dia juga bersyukur kerana sempat merasai kasih sayang insan yang digelar ibu dan ayah. Kasihan lagi pada anak kecil seperti bayi dan kanak-kanak yang masih suci dan tidak tahu apa2 namun sudah kehilangan orang tua mereka. Ya. Itu lah realiti kehidupan. Yang bernyawa pasti akan merasai mati. Cuma tak tahu bila dan dimana. Allah SWT kalau nak panggil hambaNy pulang, no signal. Sebab itu harus bersedia dengan apa keadaan sekalipun. Hm.
Selesai sahaja sarapan pagi, Riena terus mengajak Ariesha untuk keluar berjalan ke Watson. Kata nya nak beli skincare. Alang-alang tu dia pun tumpang sekaki.
"Ariesha..nak masuk Watson dulu atau kita minum dulu?
"Its up to you Riena. Aku ikut kau aje"
"Oke kalau macam tu minum and makan dulu. Lapar teruk ni." Eh eh Riena ni. Dasar perut tong. Tak pernah nak kenyang. Ini kalau sumbat batu pun dia mau. Haiilahh Riena,Riena. Nasib sayang.
"Ye cik Riena perut tonggg. Lepas makan kita pergi tengok skincare lepastu kita pergi tengok barang dapur tau. Sebab dah nak habis." Pesan Ariesha. Riena hanya mengangguk.
Lewat jugalah mereka pulang kerumah. Perempuan tahu2 jela. Kalau beli belah. Dyorang lepas beli bukan terus blah tapi masuk kedai sebelah. Riena ye. Ariesha hanya teman sahaja. Adalah dia beli juga tapi tak seboros kawan baik nya sorang tu. Almaklumlah Riena anak Dato' namun Ariesha tak adelah mengambil kesempatan. Dia ikhlas berkawan dengan Riena. Walaupun Riena kaya, anak Dato' tapi Riena tak seperti gadis gadis kaya lain? SESETENGAH mereka angkuh. Menunjuk-nunjuk harta. Riena yang dia kenal hanya seorang yang tak semenggah dan sopan penampilan nya. Ceh takde lah sopan mana cuma masih tertutup dari terdedah tak cukup kain. Kalau Riena pakai tak cukup kain memang mintak kena lepuk oleh Ariesha. Tutup aurat kan wajib. Kau nak tayang kat sapa betis ayam and nasi lemak 50 sen kau tu? Monyet pun tak hingin nak tengok. Nanti monyet pun kata Gelayyy. HAHAHA jk jk.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...