Chapter 33

5.9K 203 2
                                    

BANG!

BANG!

BANG!

3 das tembakan dilepaskan ke arah 3 pengawal yang menjaga pintu tadi. Sekelip mata ketiga-tiga itu jatuh menyembah lantai. Darah pekat mula mengalir keluar. Bau hanyir darah mula memenuhi segenap ruang.

"Mak diaorang bagi makan apa kecik-kecik? Hanyir betul darah." Ujar Qash. Zack hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dah masak dengan perangai Qash yang tak habis-habis nak main-main. Tak kira dalam keadaan genting sekali pun. Ada je seketul tu nak main main.

Rayden menolak pintu bilik itu dengan kasar. Jelas dipandangannya Ariesha dalam keadaan yang cedera dengan lebam-lebam dan luka di wajahnya. Pasti dibelasah teruk.

Ariesha sudah separuh sedar. Mungkin terganggu dengan bunyi bising tadi. Perlahan-lahan gadis itu membuka matanya. Terkejut dia apabila melihat Rayden berada dihadapannya. Entah kenapa cepat saja air matanya mengalir dipipi.

Rayden meletakkan jari telunjuknya dibibir. Tanda agar Ariesha tidak membuat bising.

Qash dan Zack hanya memandang kosong ke arah gagak dua sejoli itu.

Rayden dengan cepat membuka tali ikatan yang diikat kemas di kaki dan tangan Ariesha. Terkadang Ariesha mendesis. Ikatan tersebut terlalu kuat sehingga dia terasa seperti hampir mencengkam dagingnya.

"Wow! Hero dah datang! Awww so sweet." Secara tiba-tiba muncul Heyland Chandwick dari arah belakang.

Rayden tersentak kemudian memandang tajam ke arah lelaki tua itu. Eagle eyes nya menikam tepat ke anak mata Heyland Chandwick. Ketua The B'Dragon.

"Hmm..alang alang kau dekat sini..apa kata aku habiskan jelah kau. Aku malas nak berbasa basi. Thanks anak muda. Kau memudahkan kerja aku." Ujar lelaki tua itu dengan senyuman sinis. Dari arah belakang sudah kelihatan 10 orang anak buah lelaki itu berpusu pusu berlari mendekati mereka. Zack dan Qash sudah pun bersiap sedia dengan sebarang serangan.

"Not that easy bastard." Tutur Rayden sinis. Dia juga sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan lelaki tua itu.

Dengan sekelip mata Rayden datang menyerang Heyland Chandwick. Anak buah lelaki tua itu sudah pun bergelut dengan Qash dan Zack.

Rayden menundukkan kepalanya bagi mengelakkan dari terkena tumbukan lelaki tua tersebut.

BUK!

Rayden membalas tumbukan tepat mengena wajah Heyland. Dengan tangkas Heyland melayangkan satu tendangan tepat pada perut Rayden. Akibat tidak sempat mengelak, Rayden jatuh terjelopok di atas lantai.

Dia tidak mudah berputus asa. Rayden bangun dan melepaskan sepakan ke arah Heyland. Kini giliran Heyland pula jatuh menyembah lantai.

Ariesha sudah menggigil melihat pergelutan di hadapannya. Dia masih keliru dengan apa yang dilihatnya. Siapa sebenarnya Tuan Muda Rayden? Pelbagai persoalan mula timbul dibenak fikiran.

Zack dan Qash diserang dari arah belakang. Hampir saja Qash terhantuk pada dinding tetapi mujur Zack sempat menahan. Satu persatu anak buah Heyland mereka berlawan.

Rayden masih bergelut dengan Heyland.

ZAP!

Tangan Rayden mula menitiskan cecair merah akibat dihiris dengan sebilah pisau oleh Heyland.

Lelaki tua itu tersenyum sinis.

ZAP!

Untuk kedua kalinya lengan Rayden terhiris. Wajahnya berkerut menahan pedih.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now