Chapter 2

10.5K 411 14
                                    

Kringgg*

Dengar sahaja bunyi alarm nya bergema, pantas Ariesha mencapai dan menekan punat off.

Jam sudah menunjukkan 5:00 pagi. Ariesha menggosok mata nya untuk hilangkan rasa mengantuk yang masih tersisa. "Huwarghhh" menguap besar Ariesha dah serupa beruk. Nasib tutup mulut tu kalau tak segala jenis jembalang masuk betapa dalam tu. Lol.

Ariesha bangun dan bergerak menuju ke bilik mandi untuk mandi. Selesai mandi, Ariesha mengambil wudhu dan solat subuh.

Usai dia menunaikan kewajiban. Dia turun untuk memasak breakfast untuk dia dan Riena. Yelah kau expect sape lagi yg ade dalam rumah tu selain dua anak dara ni.

"Kamu adalah bukti dari cantik nya paras dan hati. Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi tentang terang dan gelapnya hidup ini..hm hm hm hmm terindahh.." sakan Ariesha bernyanyi sambil menyiapkan nasi goreng. Pstttt. Orang kata kalau anak dara nyanyi dekat dapur nanti kawin dengan pakcik tua..tpi Ariesha ape kesah asal kan dia bahagia cehhhh puih.

'Amboi minah ni sakan bernyanyi. Kau sabar hihihi' getus Riena dalam hati. HAHAHAH mula dah perangai bengong Riena utk kenakan kawan baik nya sorang ni. Riena yang masih berselubung dengan telekung putih nya itu perlahan-lahan mendekati Ariesha yg ralit bernyanyi sambil mengacau nasi goreng itu. Dia menyorok sedikit.

"Arieshaaa~"

Tersentak Ariesha tatkala mendengar bisikan tadi.

Pantas dia menoleh ke belakang. Kosong.

'Arhh perasaan kau je' kata Ariesha dalam hati. Hanya untuk menyedapkan hati sendiri je padahal dah kecut dah tu. Kihkihkih.

"Arieshaaa~"

Okey kalini tak main2. Bukan lagi perasaan ke ape kejadah nye. Dua kali kot gile perasaan?

Pantas saja dia berpusing ke belakang sambil memegang senduk di tangan bersedia untuk mengetuk kepala 'hantu' itu. Okey. Kosong lagi. Tkde spe.

Ariesha lantas mengabaikan suara bisikan tadi.

Perlahan-lahan Riena....

"BAAAA!"

"Makk kau makan kacang hijau tak buang kulit ehhh kauu" ha kan dah melatah tu HAHAHA. Tangan dah tersedia menggenggam senduk serta mata nya tertutup rapat dek kerana terkejut teramat.

Ariesha terkejut beruk dengan sergahan kawan baik nya yang tak semenggah itu. Mujur senduk di tangan nye tak tercacak atas kepala Riena kalau tak free2 kena gelar pembunuh. Allahu kesitu pulak HAHAHAHA

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA wey HAHAHAHAHA" terbahak-bahak Riena mentertawakan Ariesha yang jelas terkejut beruk. Pucat terus wajah Ariesha.

"Ish bongok kau! Taguna terkejut aku la gile! Ishh!! Nasib senduk ni tak tercacak atas kepala kau tau ?! Haishhh Riena Riena pagi2 dah buat aku naik angin ea. Ya Allah tingkatkan kesabaran hambaMu ini Ya Allahh"

"MUAHAHAHAHAHA aduh lawakk HAHAHAH pucat habis muka kau dho. Sorry2. Itula kauu..sakan sangat menyanyi dekat dapur hahahahaha sorry beb sje nk kenakan kau." Ketawa Riena masih tersisa sebelum..

Pap!

"Aduhh bebbbb..sakitt" Riena mengaduh sakit sambil mengusap lengan nya yg ditampar kuat oleh Ariesha tadi. Muka cemberut habis.

Apa gelak gelak hah? Ingat tak sakit ke? Korang gelak dosa ek. Aku hasut author supaya takpayah update lagi dah. Padan muka.

"Padanlah dengan muka kau. Perangai hantu lagi dari hantu. Nak tercabut jantung aku"

"Sorry laa" Riena membuat wajah cemberut.

"Makan cepat. Kejap lagi kena siap pergi office dah"

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now