Chapter 56

5.4K 203 3
                                    

Jam sudah menunjuk angka 10 malam. Namun batang hidung suaminya masih belum menyapa retina matanya. Ariesha menghela nafas lemah.

Nampaknya dia harus berbincang dengan Rayden. Apa salahnya sehingga lelaki itu langsung mengendahkannya sejak beberapa hari ini. Ya. Dia harus mengalah. Dia harus tahu apa penyebab sehingga Rayden bertukar dingin dengannya.

Saat dia mahu bangun dari duduknya. Terdengar bunyi enjin kereta dari luar. Pasti itu Rayden. Keluar maghrib balik malam. Kemana lelaki itu menyinggah?

"Abang.." Ariesha teragak-agak mahu menegur saat raut wajah suaminya dingin bak ais beku. Mata bundarnya hanya memerhati langkah Rayden yang ingin naik ke bilik.

Walaupun rasa sakit mencengkam dada dengan tindak tanduk Rayden, namun tetap Ariesha gagahi juga. Dia perlu turun kan ego juga. Argh! Mahu saja dia menangis bila mendapat layanan seperti itu. Oleh suami sendiri! Siapa je yang tak sedih dan kecewa?

Penumbuk digenggam takut. Takut untuk menghadap suami sendiri.

Langkah kaki dibawa ke atas. Perlahan-lahan pintu bilik dia dan suaminya dikuak perlahan.

Aura dingin lelaki itu seperti menyelubungi ruang bilik tersebut sehingga membuatkan Ariesha terketar kecil.

Rayden yang sedang membuka baju, mungkin bersedia untuk mandi. Sedar akan kehadiran Ariesha dibelakang, dia pantas menoleh. Riak kosong namun masih terdapat kedinginan dan api kemarahan dimatanya.

"Ab-abang.." suara Ariesha cuba ditahan dari terdengar menggigil. Ah dia bukan takut dengan jejaka itu, tapi takut akan pandangan dan aura tajam yang seakan menghunus tepat kearahnya.

Rayden mengangkat kening sebelah. Perlahan dia menapak mendekati Ariesha.

Mata Ariesha terpaku pada lekuk tubuh tegap Rayden yang shirtless. Eightpack jejaka itu mampu membuatkan Ariesha menelan air liur kesat.

Seksi.

Ariesha! Behave!

"Done eye-rapping me? Nak apa?"

Ariesha tak berkelip mendengar ungkapan jejaka itu. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Dengan berani dia menatap kembali mata helang Rayden.

"Ab-abang..k-kita bincang?" Tergagap Ariesha menuturkan tujuan asalnya.

"For what? Baru sekarang nak berbincang? Baru sekarang rasa abang penting? Sedar dah kesalahan sendiri?"

"Abang..Ariesha tak tahu apa salah Ariesha sampai abang abaikan Ariesha. Dan kalau Ariesha salah Ariesha minta maaf. Ariesha langsung tak ade niat untuk sakitkan hati abang." Ujar Ariesha. Tetap dia gagahi juga agar tak menumpahkan setitis pun air mata.

Hatinya dipagut rasa serba salah walaupun dia masih tidak tahu apa salah nya pada jejaka itu.

"Abang ni tak penting ke bagi Ariesha? Siapa abang dalam hati Ariesha? Siapa?!" Naik seoktaf suara Rayden. Raut wajah Ariesha jelas berubah. Baru pertama kali ini dia ditengking oleh jejaka itu.

Rayden tak mampu lagi menahan amarahnya yang sudah beberapa hari dia tahan. Sebab ini lah dia tak bersedia untuk berdepan dan berbincang dengan Ariesha. See. Tak sengaja dia meninggikan suara pada gadis itu. Amarahnya sudah membuak naik.

Tubir mata Ariesha mula panas. Perlahan-lahan mutiara jernih menitis dipipi mulusnya.

Tubuh Ariesha mengeras saat mendapat tengkingan dari jejaka itu.

"Stop crying." Pujuk Rayden namun suaranya masih dingin. Di sudut hatinya hanya Tuhan saja tahu betapa luluhnya dia melihat isteri nya menitiskan air mata. Tepat lagi kerana dirinya.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now