Kantuk mata ditahan agar tidak terlelap. Kadang jam didinding dikerling sekilas. Sudah menunjukkan jam 9:30 malam. Dan apa yang membuatkan Ariesha tidak senang duduk adalah suaminya masih belum pulang. Ini kali pertama Rayden pulang lewat. Rayden juga tidak mengabarkan kepadanya jika jejaka itu akan pulang lewat. Tidak perlulah dia terlalu menunggu kepulangan jejaka itu.
Ariesha mengeluh kecil. Mana pula suaminya ni tidak pulang pulang. Makanan sudah terhidang sejak 1 jam lalu lagi. Dan mungkin sekarang sudah sejuk.
Ariesha meletakkan kepalanya di atas meja makan dengan berlapikkan lengannya. Mengantuk.
"Ariesha..kenapa tidur sini?" Baru saja dia ingin terlelap, datang Mak Rinah menegurnya lembut.
Ariesha hanya mengguris senyuman kecil.
"Saya tunggu Rayden."
Mendengar jawapan yang terhambur keluar dari mulut Ariesha mengundang keluhan kecil dari Mak Rinah.
"Tuan Muda tak ada mesej bagitau dia balik lewat ke?" Ariesha menggeleng. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Terasa hati lah juga. Tapi dalam masa yang sama dia turut faham dengan kesibukan suaminya. Sejak dia berhenti menjadi PA jejaka itu, suaminya langsung tidak mahu mencari mana-mana pengganti. Katanya tiada masa lagi.
"Takpelah. Sabar ye. Kejap lagi Tuan Muda sampai lah tu. Ariesha masuk lah bilik dulu. Rehat. Dah satu jam duduk sini."
Laju Ariesha menggeleng. Tak. Dia mahu tunggu Rayden.
"Takpelah kalau macam tu. Mak Rinah masuk tidur dulu ye? Assalamualaikum"
"Okey Mak Rinah. Waalaikumsalam." Sejurus kelibat Mak Rinah hilang dari pandangannya, Ariesha mencapai handphone nya. Sudah puas dia menelefon Rayden. Tapi tetap tidak berjawab. Nombor suaminya di dail sekali lagi.
"Maaf nom-"
TUT..
Panggilan ditamatkan. Diharapkan suara suaminya tapi rupanya perempuan lain yang jawab.
"Mana awak ni abang.." Ariesha menghembus nafas lemah. Kalau lagi 5 minit suaminya masih tidak sampai, dia akan naik ke bilik.
4 minit berlalu..
Bunyi enjin kereta dari luar mengejutkan Ariesha yang tadi hampir terlelap. Itu pasti suaminya.
"Hey dear. Kenapa duduk sini?" Rayden terus meluru laju menuju ke Ariesha.
"Kenapa lambat balik? Banyak kali saya call kenapa tak angkat?" Tanya Ariesha.
"I'm sorry chéri, banyak kerja dekat office. Wait." Rayden mengeluarkan telefonnya.
"Lah sayang..bateri habis. I'm really sorry sayang. Abang tak perasan handphone abang habis bateri."
Ariesha mengangguk faham. Jauh di sudut hatinya rasa terkilan juga. Tapi dia tetap memilih untuk memahami. Sibuk sampai tiada masa untuk buka telefon.
Dia faham perkahwinan bukan hanya saling mencintai tapi saling memahami dan melengkapi. Masing-masing perlu memahami antara satu sama lain. Jika tidak, pasti goyah rumah tangga.
"I'm waiting for you abang. Abang dah makan?" Soal Ariesha.
"Dah sayang." Berubah air muka Ariesha. Namun cepat-cepat dia tersenyum semula.
"Jom makan, sayang. Abang lapar." Ajak Rayden. Terangkat kening Ariesha.
Tadi kata dah makan?
"I know what's in your mind, pretty angel. Abang lapar lagi. Lagipun kan membazir kalau makanan ni tak tersentuh."
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Storie d'amore𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...