"Are you stupid Qashah Zaidy?!"
"What? Aku buat apa?"
Buk!
Terjelopok jatuh Qash akibat tumbukan yang dia dapat.
"Sakit lah gila! Kau pehal tetiba tumbuk aku ni." Terlepas satu tumbukan kasar pada muka nya. Siapa lagi yang tumbuk kalau bukan Rayden. Dia menjeling Rayden. Tangan nya memegang bibir yang mengalir cecair merah. Kenal sangat dengan sepupu nya itu. Tangan tu kalau menumbuk orang sekali je dah boleh buatkan gigi patah. Ini nasib gigi Qash masih kukuh.
"Bodoh punya soalan. Dua kali lima dengan kau." Tau lah dia apa yang dimaksudkan Rayden.
"Aku bukan sengaja." Qash bangun.
"Head father kau lah tak sengaja. Public kau faham tak public? Orang yang tak bersalah kau nak tembak dah kenapa?!" Tengking Rayden. Cukup dia menahan sabar dari tadi atas perlakuan Qash semasa di dalam mall tadi.
"Eleh head father pun pak sedara kau jugak." Balas Qash. Masih lagi mahu melawan. Nak kena tembak dengan Rayden pula gamaknya.
Rayden mencebik. Berura-ura ingin melepaskan tumbukan kedua tetapi belum sempat dia ingin melepaskan tumbukan..
"Arghhhh lariiiii!" Jerit Qash sambil berlari lintang pukang. Kedua tangan di angkat ke atas.
Rayden mendengus geram lalu menggeleng. Apa lah nasib dia dapat sepupu otak wireless begini.
---••♡••---
Ariesha sudah siap membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Dia mengatur langkah untuk turun kebawah menyediakan makan malamnya dengan Riena. Sejam yang lalu sejak dia dan Riena pulang ke rumah, Riena langsung tidak bercakap malah terus meluru naik masuk ke bilik. Muka pun tegang semacam. Dia tahu Riena pasti masih dalam keadaan takut dan terkejut. Tak mengapa. Dia harus memberi masa untuk Riena kembali tenang. Fikirannya kembali mengingat kejadian di mall tadi. Siapa mereka sebenarnya? Kenapa perlu ada pistol? Polis kah? Tapi takkan lah polis saja-saja nak acu pistol dekat orang awam. Orang tak bersalah pula tu.
Pelbagai soalan bermain di fikirannya sekarang. Dia cepat-cepat sedar dari lamunannya. Tangan lincah menyiapkan makan malam.
Hampir sejam juga dia menyiapkan pasta. Dia menghidangkan dua pinggan pasta itu di atas island table. Siap menghidangkan makanan dia terus naik semula ke atas untuk memanggil Riena turun makan malam.
TOK TOK TOK!
"Riena, come. Dinner dah siap. Jom makan?" Ajak Ariesha lembut.
"Okay kau turun dulu kejap lagi aku turun." Balas Riena dari dalam. Ariesha menghela nafas lega mendengar balasan dari Riena. Risau juga kalau mood Riena masih tidak baik.
Ariesha hanya akur. Dia turun semula menuju ke dapur.
"Ya Allah lupa pulak nak buat air." Ariesha menepuk dahi nya sendiri. Tulah asyik sangat hidang pasta air pun tak teringat nak bancuh. Tangannya lincah membancuh air orange.
"Hey." Sapa Riena. Kemudian dia mengambil tempat berhadapan dengan Ariesha.
Ariesha yang sedar dengan kehadiran Riena hanya tersenyum manis. Air yang di bancuhnya tadi di tuang ke dalam gelas Riena disusuli pula ke dalam gelasnya.
Mereka berdua menghabiskan masa 30 minit di dapur. Siap membersihkan dapur, Ariesha pamit diri naik ke atas untuk mengemas keperluan esok. Jujur dia terasa tersangat lah malas untuk sertai. Ada sebab lain juga kenapa dia tidak mahu menyertai. Namun atas paksaan Tuan Muda nya yang bertegas ingin kan dia untuk turut serta, dia hanya mampu redha. Ikut kan aje lah. Terpaksa risiko kan diri kali ini.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...