Chapter 40

7.7K 228 15
                                    

"Arghhhh!!"

BUK!

"Aduhh!"

"T-tu-tuan Muda..m-maaf saya tak sengaja."

"Banyak lah kau punya tak sengaja." Rayden kini selamat mendarat di atas lantai. Baru saja dia ditendang oleh Ariesha. Pinggangnya diurut perlahan. Boleh tahan kuat juga tendangan isterinya.

"S-sape suruh Tuan Muda p-peluk sa-saya. Terkejut saya tau tak?" Tergagap gagap Ariesha berkata. Mana taknya, celik saja matanya terasa ada tangan yang melingkari erat pinggangnya.

"Tch. Pukul berapa sekarang?" Soal Rayden.

Ariesha mencapai handphone nya.

"6 petang?! Ya Allah kenapa tak kejut saya." Dengan cepat Ariesha turun dari katil. Tapi perbuatannya terhenti seketika. Dia memegang kepalanya.

"Arghhhhhh!!" Sekali lagi bilik itu diisi dengan suara jeritan nyaring Ariesha. Melihat saja Ariesha yang ingin menjerit, Rayden awal awal lagi menekup telinganya.

"M-mana tudung saya?!"

"Tu." Rayden menjuihkan bibirnya ke arah penyangkut yang tersedia disebelah almari. Membulat mata Ariesha. Dilihat tudungnya yang sudah tersangkut kemas disitu. Pandangannya kembali beralih ke arah Rayden.

"Tu-tuan Muda b-buat ape hah dekat s-saya?!"

Rayden tersengih nakal. Lalu dia bangun berjalan perlahan ke arah Ariesha. Kaki Ariesha sudah mengundur ke belakang sehingga lah gadis itu sudah selamat mendarat di atas katil. Rayden masih nakal mengusik isterinya. Jelas wajah Ariesha sudah merah menyala. Tahu sangat gadis itu pasti ketakutan.

"Hm? What i do hm? Serious you wanna know it sayang?" Tutur Rayden bersama nada menggodanya. Ariesha sudah tidak tentu arah. Kedua tangannya diperangkap kemas oleh suaminya. Matanya langsung tidak memandang ke anak mata Rayden. Takut. Dalam hati dia sudah berdoa agar tidak berlaku sebaliknya.

"Are you scared dear?" Ujarnya. Dalam hati sudah puas ketawa kan Ariesha.

Sedikit demi sedikit wajahnya didekatkan ke wajah Ariesha. Ariesha semakin tidak keruan. Mata dipejam rapat. Dapat dia rasa hembusan nafas suaminya. Cukup menenangkan dan menggoda hatinya namun apa yang lebih menguasai dirinya sekarang adalah ketakutan.

Kini jarak antara dia dan suaminya hanya beberapa inci saja. Jika dia bergerak sedikit, bibirnya dan bibir Rayden pasti akan tersentuh. 'Hah sudah..apa aku nak buat ni. Ya Allah selamatkan aku..' gigih Ariesha berdoa didalam hati.

Ariesha makin rapat menutup matanya. Tidak lama selepas itu bunyi tawa dari Rayden membuat matanya Ariesha kembali terbuka. Kini Rayden sudah sakan mentertawakan Ariesha.

Ditatap geram sang suami. Nak je dia cekik cekik si Rayden.

"Takut ke?" Ujar Rayden dengan tawa kecil yang masih bersisa. Geli hati melihat wajah isterinya yang merah. Dah macam cherry.

Ariesha mencapai bantal lalu di balingkan ke arah Rayden. Rayden menjegilkan matanya.

"Ohh berani ea.." ujar Rayden. Pantas dia mendekati Ariesha.

Dengan laju Ariesha bangun melarikan diri masuk ke bilik mandi. Rayden hanya tersengih sumbing melihat gelagat isterinya. Aish sabar jelah.

Ariesha tersandar di pintu. Dada nya dipegang. Dapat dirasa jantungnya berdegup laju. Nafas ditarik dan dihela perlahan.

Ha sudah. Dia nak mandi tapi tuala dan baju tak ambil. Dahinya ditepuk.

'Bodohnya Ariesha..' sempat dia bermonolog didalam hati.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now