Chapter 34

6.1K 216 5
                                    

Ariesha merenung ke luar tingkap. Kejadian semalam kembali bermain difikirannya. Dia masih tertanya-tanya siapa sebenarnya Tuan Muda Rayden? Kenapa lelaki-lelaki itu ada senjata? Dan yang paling utama masalah apa yang lelaki tua semalam dan Rayden hadapi sehingga menyebabkan lelaki tua itu berdendam dan ingin menghapuskan Rayden?

"Ehem! Taknak keluar ke?" Rayden berdehem bagi menyedarkan Ariesha yang sejak tadi lagi tidak berkutik malah gadis itu diam memandang luar tingkap. Entah apa lah yang gadis itu menungkan sampai tak sedar yang mereka berdua sudah pun sampai di tanah perkuburan. Ariesha tersentak dari lamunannya yang entah dah sampai ke langit ayah pin maybe.

Dia memandang luar.

"Tuan Muda boleh tunggu? Saya nak berbual dengan ibu ayah lama sikit. Takpe kan?"

Rayden menoleh memandang Ariesha. "Okay." Jawab Rayden. Dengar saja jawapan dari Rayden terus Ariesha meluru keluar dari perut kereta.

Hari ini adalah hari terakhirnya di Pahang. Jadi dia mahu meluangkan masa lebih sedikit bersama ibu dan ayahnya. Dia sendiri tak pasti sama ada selepas ini dia akan menjejaki diri ke Pahang lagi atau tidak. Disebabkan kejadian semalam, dia jadi trauma dan takut untuk datang ke Pahang.

"Assalamualaikum ibu.."

"Assalamualaikum ayah.."

"Bu..ayah..macam mana harini? Arie harap ibu dengan ayah bahagia sama sama dekat sana. Arie sihat sihat je. Ibu dengan ayah doakan Arie dalam keadaan yang baik-baik tau."

"Ermm macam Arie bagitau semalam..harini Arie dah nak balik KL. Kerja Arie pun banyak dekat sana. InsyaAllah kalau ada rezeki dilain masa, Arie akan datang lagi ziarah ibu dengan ayah okey?"

"Ibu..ayah..hiks..Arie nak ibu dengan ayah tau yang Arie sayang sangat dengan ibu ayah. Ibu ayah lah syurga dunia akhirat Arie. Hiks..jujur Arie memang tak kuat bila hilang ibu dengan ayah sekelip mata. Lepas ibu tinggalkan Arie..esoknya pula Allah ambil ayah. Sekejap kan Arie dapat luang masa dengan syurga Arie ni. Tapi takpe. Arie redho. Cuma Arie sentiasa rindu ayah dengan ibu.." Ariesha mula menitiskan air matanya. Sakit didada mencengkam kuat. Kerinduan terhadap ibu dan ayahnya cukup menyeksa hatinya.

"Ibu..hiks..ayah..A-andai kata suatu hari nanti Arie dikurniakan jodoh.. ibu dengan ayah restukan? Arie nak ibu dengan ayah sentiasa doakan kebahagiaan Arie. Sentiasa doakan semoga Allah kurniakan Arie jodoh yang baik. Yang dapat pimpin dan sayang Arie macam mana ayah dan ibu sayang dan didik Arie. Doakan Arie diberi kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang datang kelak."

Rayden dari jauh memandang sepi ke arah Ariesha yang sudah nangis teresak-esak dipusara ayah dan ibu gadis itu. Bukan dia taktahu punca kematian ibu dan ayah Ariesha. Cuma baginya buat masa sekarang dia perlu diamkan dahulu. Dia tak nak Ariesha bertambah risau jika mendapat tahu punca kematian ayahnya itu.

Mahu saja dia pergi mengelap air mata Ariesha namun keterbatasan antara Ariesha dan dirinya membataskan segalanya. Patutkah dia menjadikan Ariesha sebagai isteri? Rayden menunduk memandang tanah. Dia berdiri dan bersandar pada keretanya sambil memeluk tubuh. Dihembus perlahan nafasnya.

"You're crying not because of you're weak. But it's because you're strong, strong to face all of this, my little angle. Proud of you.." Gumam Rayden dari jauh. Bibirnya melirik senyuman kecil. Matanya tak lepas dari memandang Ariesha yang masih berbual bersama arwah ibu dan ayahnya.

Sempat Rayden kerling jam ditangan sekilas. Hampir 30 minit juga Ariesha duduk dipusara ayah dan ibunya. Matahari pula semakin terik. Dia berjalan menuju ke arah Ariesha.

"Ariesha, dah panas terik ni. Jom."

Ariesha dongak memandang Rayden. Dia menyeka air matanya. Habis merah padam muka nya dek kerana terlalu lama menangis.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now