Chapter 41

6.8K 225 5
                                    

Genap 2 minggu Ariesha sah bergelar isteri Rayden Arrayan. Honeymoon? Entah. Macam tak je. Tan Sri Armand ada bertanyakan tentang hal itu kepada Rayden. Namun Rayden memberi alasan mahu selesai kan kerja terlebih dahulu. Ariesha hanya menurut.

Dia pun tak rasa nak honeymoon bagai. Terkadang dia sendiri pelik. Kenapa perkahwinannya dirahsiakan? Yang datang masa akad nikah pun hanya keluarga terdekat dan orang masjid. Tiada langsung tetamu lain yang turut hadir.

Perkahwinannya dengan Rayden Arrayan bukan lah seperti perkahwinan orang lain. Yang bahagia dan saling menabur cinta dan kasih sayang. Ariesha sendiri tak pasti dengan perasaan nya. Sama ada dia cinta atau pun tak dengan lelaki itu.

Hari ini adalah hari dimana dia harus masuk kerja seperti biasa. Rayden sudah memberi arahan supaya tak masuk bekerja. Jadi suri rumah je? Dengan rumah sebesar alam tu? Bukan dia tak nak tapi dia lebih selesa pergi ke office.

Saat Ariesha ingin menapak masuk ke dalam tiba-tiba dia di sapa dengan seseorang. Yang amat dia kenali. Jantungnya kembali berdegup laju. Momento pahit kembali menerjah diruang memorinya.

"Hai Ariesha." Sapa lelaki itu.

"B-buat ape dekat sini?"

"Cari awak. We need to talk? Can?"

"Saya banyak kerja. I've got to go." Baru beberapa langkah kini tangan Ariesha ditarik.

"Don't. Touch. Me. Encik Marteen."

"Sorry." Serentak itu Encik Marteen melepaskan genggaman kemas nya dari tangan Ariesha.

"Saya sibuk. Saya pergi dulu."

"Ariesha please. Give me a second chance? I'll fix our relationship. Please?"

"Awak merepek ape ni Encik Marteen?" Ariesha menahan suaranya dari terdengar oleh orang sekeliling walaupun tiada orang yang lalu lalang disekeliling mereka.

"No please. Give me second chance Ariesha Zaskia. Saya janji saya takkan sakitkan awak. Saya menyesal. Saya tau dulu saya bodoh. Terlalu pentingkan diri sendiri. Saya-"

"Kita bincang dekat luar." Ariesha menjeling tajam sebelum kakinya melangkah keluar. Encik Marteen tersenyum kecil. Cukup Ariesha mahu berbincang dengannya. Itu sudah sedikit sebanyak melegakan hatinya.

Sampai saja di cafe bawah. Mereka duduk menghadap satu sama lain. Setelah membuat pesanan masing masing diam membisu.

"So nak bincang apa lagi Encik Marteen Uqael?"

"Like I said, give me a second chance. Saya janji takkan ulang kesilapan yang sama. Ye saya tahu dulu saya bodoh sebab siakan perempuan sebaik awak. It's my fault. I'm trully sorry about that."

"Past is past."

"Yes i know. But, can i?"

"No."

"But why?"

"Kita dah takde apa apa. Awak buat hal awak saya buat hal saya. Easy peasy. Cinta saya dah mati untuk Marteen Uqael. Sakit yang awak bagi dulu masih terkesan dekat hati saya. Awak takkan rasa apa yang saya rasa bila orang yang saya sayang dan cinta tipu saya. You know what? Sepanjang 24 tahun saya hidup. Berjuta penyesalan yang saya rasa. But fallin love with you is one of the worst regrets i've ever felt. The worst feeling ever."

Tubir mata Ariesha terasa panas. Dia sudah tidak dapat menahan air matanya lagi. Kenangan pahitnya terlalu perit untuk dia telan dan hadam. Luka yang dia dapat masih belum sembuh sepenuhnya. Cinta pertamanya. Orang yang dia sayang. Yang pada awalnya menabur janji manis. Tetapi pada akhirnya mencoret luka besar dihati seorang gadis bernama Ariesha Zaskia.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now