Blurpp!
"Alhamdulillahh." Terbuntang mata Rayden melihat Ariesha sendawa sakan. Ariesha yg sedar dia terlanjur sendawa itu terus menekup mulut apabila melihat Tuan Muda Rayden nya melihatnya dengan riak terkejut.
"Err hehe s-sorry Tuan Muda. Tak sengaja. Kenyang sangat." Tutur Ariesha sambil mengukir senyuman pahit. Arhh malu nya! Sudahlah depan Tuan Muda nya! Terlalu kenyang sampai lupa dia sedang lunch bersama Tuan Muda nya itu.
"Kau tu perempuan. Behave la siket haih tu pn nak kena ajar." Tegas Rayden.
"Maaf-"
"Dah jom. Aku banyak kerja lagi nak kena settle." Potong Rayden. Kemudian laju kaki nya membuka langkah berlalu meninggalkan Ariesha yang masih terpinga-pinga. "Cepat lah Ariesha Zaskia! Kau nak tunggu aku bentang red carpet ke!" Jerit Rayden dari jauh. Pantas Ariesha bangun mengejar langkah Rayden.
Sampai sahaja di office, mereka berdua menyambung kerja masing-masing.
---••♡••---
Jam di handphone dipandang sekilas. Dah jam 6:00 petang. Sepatutnya dia pulang satu jam yang lepas. Namun mengenangkan kerjanya yang masih bertingkat dia terpaksa menyiapkan semua itu juga dengan segera sebelum harus dihantar dan disemak oleh Tuan Muda nya. Selesai menyiapkan semua kerjanya itu, dia terus mengemas barang-barangnya untuk pulang. Huh hari yang cukup memenatkan!
Ariesha menuju ke pintu lif untuk turun keluar dari syarikat megah itu. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh kanak-kanak perempuan yang sedang duduk ditembok batu ditepi jalan. Kanak-kanak perempuan itu kelihatan kasihan dan letih. Ditangan kanak-kanak tersebut ada sebuah bakul. Entah apa yang ada dalam bakul tersebut. Kaki Ariesha melangkah menuju ke kanak-kanak itu. Comel tapi sedikit comot mukanya.
"Hai adik. Hei kenapa duduk dekat sini? Ibu awak mana?" Soal Ariesha kepada kanak-kanak perempuan itu.
"I-ibu ade dekat rumah,makcik."
Makcik?! Aku muda lagi lah. Kulit muka pun masih cantik takde kedut kedut lagi huwaaa tiba-tiba kena gelar makcik. Aigooo. Huh sis redho.
"Ouh, nama awak ape? Awak buat ape dekat sini? Nak dekat senja dah ni."
"Nama saya Amaneena. Saya tolong ibu jual kuih-kuih ni. Tapi..dari pagi tak ade yang terjual." Terpancar riak sayu diwajah budak perempuan yang bernama Amaneena itu. Budak itu kelihatan berumur 8 tahun. Sebak pula hati Ariesha. Pasti budak ini dalam kesusahan. Namun Ariesha turut berasa terharu. Terharu sebab? Terharu sebab budak perempuan seusia ini cukup matang sifatnya. Sepatutnya usia segitu sedang seronok bersekolah dan bertemu dan bermain dengan rakan-rakan sebaya dengannya. Namun budak perempuan ini gigih membantu ibunya menjual. Tidak takut dengan sekeliling KL. Mungkin dah biasa? Budak perempuan tersebut mungkin kurang bernasib baik pada usianya yang kini. Terpaksa menghadapi kesusahan sejak kecil. Sayu hati Ariesha.
"Okey takpe, macam ni jelah, kakak Ariesha hantar awak balik dulu. Dah nak senja ni dik. Bahaya tau sorang-sorang dekat tepi jalan macam ni. Awak tunjuk jalan ke rumah awak okey?"
"Saya tak menyusahkan makcik ke?" Soal budak perempuan tersebut. Panggilan makcik masih kekal dibibir budak perempuan itu.
"Err..dik panggil je kakak Ariesha okey? Kakak baru 24 tahun. Tak. Tak menyusahkan pun. Jom balik dulu." Tangan Ariesha menarik perlahan tangan putih Amaneena.
Dari jauh Rayden memerhati tindakan dua orang itu. Dia memerhati Ariesha yang sedang bercakap dengan seorang budak perempuan. Kemudian dia melihat Ariesha memaut tangan budak itu masuk ke dalam perut kereta. Tersentuh melihat Ariesha yang membantu budak perempuan yang berusia lingkungan 7 hingga 8 tahun itu.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romantik𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...