Chapter 16

6.8K 237 13
                                    

Angin malam menampar lembut wajah Ariesha. Dia sibuk duduk termenung di balkoni biliknya. Terasa sejuk menyulubungi diri. Kedua tangannya naik memeluk tubuh. Mata tak lepas dari merenung bintang-bintang indah yang menemaninya dingin di malam hari. Tanpa dia sedar, setitis demi setitis mutiara jernih membasahi pipi. Wajah kedua syurganya mula menghiasi kotak memori Ariesha. Makin deras air mata jatuh bercucuran. Dalam tangisannya bibir merah Ariesha masih mengukir senyuman kecil untuk ibu dan ayahnya yang sedia memerhati anak gadisnya itu dari atas.

"Ibu dan ayah dekat sana jangan lupa doakan untuk Arie tau. Arie sayang ibu dengan ayah." Gumam Ariesha perlahan. Mata masih tidak lepas memandang hening langit malam yang cerah dengan sinaran bintang dan bulan. Dia memang gemar merenung bintang dan bulan. Baginya di setiap jutaan bintang yang terdampar luas dilangit itu, pasti terselit ibu dan ayahnya yang melihatnya di bawah.

Sejam juga dia duduk termenung di balkoni. Semakin berat matanya. Dia bangun masuk ke dalam untuk tidur. Sudah jam 10:00 malam. Esok dia harus bangun awal. Ariesha menutup sliding door balkoni nya. Kaki menapak masuk. Sempat dia kerling notifikasi handphone nya. Notifikasi whatsapp dari Riena tak henti-henti menerjah masuk. Pasti kawan baiknya itu risau kerana sehari suntuk Ariesha tidak menelefon menghantar khabar.

Ariesha mendail nombor Riena.

"Assalamualaikum. Hai beb. Sorry lupa nk call kau. Banyak benda kena prepare. Jangan risau lah. Aku okey je ni. Kau ni baru sehari takde depan mata takkan dah rindu? Hahahaha eleh mengada. Ha. Okey. Apa apa call aku ek. Aku masuk tidur dulu. Take care. Bye.. waalaikumsalamm.."

Usai menamatkan panggilan. Ariesha masuk ke bilik air untuk membasuh muka dan kakinya. Kemudian dia terus meluru ke katil. Lega terasa apabila tubuhnya direhatkan. Semakin lama matanya kian tertutup. Dan terlena dibuai mimpi indah.

"A-ayah..ayah.."

"Ayah!" Mata Ariesha terbuka luas. Terjaga dari mimpi ngeri nya. Mimpi apakah itu? Dia sendiri bingung.

Ariesha cuba melelapkan matanya kembali. Dia yakin mimpi itu hanyalah permainan tidur. Dia cuba melelapkan matanya kembali. Lama kelamaan dia kembali terlena.

---••♡••---

Alarm di handphone Ariesha mengejutkan tidur nya. Tangan tergapai-gapai mencari keberadaan handphone. Jam sudah menunjukkan 8 pagi. Dia 'cuti' jadi dia terus lena sahaja subuh tadi.

Perlahan dia bangun mencapai tuala dan terus masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Ariesha mengenakan T-shirt hitam kosong dan seluar sport Adidas berwarna hitam. Perfume vanilla nya di sembur. Bedak di tempek sedikit di wajah. Liptint di calitkan di bibirnya agar tidak kelihatan terlalu pucat. Dia mencapai bawal hitam dan disarungkan dikepala nya. Ni serba hitam nak pergi berkabung ke apa?

Jam 9 nanti aktiviti akan di mula kan. Jadi dia harus bersiap sedia. Hanya mampu tawakal sahaja. Semoga perkara buruk yang pernah terjadi dahulu tidak berlaku pada dirinya hari ini.

Berbaki setengah jam sahaja lagi. Jadi dia masih berpeluang untuk menjamah breakfast di cafe. Selesai mengunci pintu bilik dia terus menuju ke arah cafe resort. Pagi pagi begini pun sudah ramai memenuhi ruang cafe. Ariesha menuju ke kaunter layan diri. Dia mengambil 4 keping sandwich keju dan membuat pesanan coffee di kaunter. Selesai membuat pesanan. Dia terus mencari meja kosong. Tiada. Semua sudah dipenuhi pengunjung yang lain. Cafe memang besar. Tapi lebih besar jumlah pengunjung di cafe itu. Mata Ariesha tertancap pada sekujur tubuh yang ralit menjamah makanan. Kening nya bertaut. Rasanya semalam dia tidak nampak batang hidung Syakila. Hermm. Mungkin Syakila sampai lewat?

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now