Chapter 48

6.7K 212 12
                                    

Sedari tadi lagi Rayden diam membisu. Langsung tidak bersuara. Ariesha hanya memandang hairan wajah Rayden yang merah menyala sejak mereka berdua keluar dari hospital tadi.

Apa kena laki aku ni?

"Abang..are you okay?" Ariesha memegang tangan Rayden. Sejuk. Woih! Laki aku dah kenapa? Sejuk semacam.

"Hm?"

"Abang okay tak ni? Kenapa sejuk sangat tangan ni? Or saya ada buat salah? I'm sorry abang.." sayu saja suara Ariesha. Dia sedikit berjauh hati kerana Rayden langsung tak melayannya.

Rayden yang perasan akan raut wajah isterinya yang kian mencuka itu segera dia membalas genggaman tangan gadis itu.

"No lah chèri. Mana ada sayang buat salah dekat abang." Rayden cuba memujuk kembali isterinya yang sudah masam mencuka.

"Habis kenapa diam je dari tadi?"

"Sayang." Soalan Ariesha tadi langsung tidak dijawab.

"Hm? Kenapa abang?"

"Abang salah dengar ke?" Soal Rayden.

Berkerut dahi Ariesha mendengar pertanyaan suaminya.

"Dekat hospital sayangg.." Ariesha cuba mengingat kembali. Serta merta mulut nya membentuk 'O'.

"Nope. You're not." Ariesha melirik senyuman manis. Secukup manis. Hampir dia tergelak apabila muka Rayden semakin memerah.

"Hey my hubby. Are you blushing?"

"Tch. Sengaja kan?" Sengaja Rayden ingin menutup malu. Jantungnya sekarang jangan dikata, terasa bagai nak terkeluar. Degupan jantungnya dia sendiri dapat dengar.

"Eh? Sengaja apa pulak? Betul lah abang."

"Thanks my chéri." Rayden menggenggam erat tangan Ariesha. Diusap lembut lalu Rayden menghadiahkan satu kucupan halus di kekura tangan isterinya.

Sebelah tangan menggenggam tangan Ariesha manakala sebelah lagi mengawal stereng. Mata Rayden sibuk mengerling dan menatap dalam anak mata hazel Ariesha. Cantik. Indah dan tenang di pandangannya.

Ya Allah semoga kau kekalkan perasaan dan kebahagiaan ini.

"Abang. Fokus depan lah." Rayden hanya tergelak kecil sebelum matanya kembali mengalih kehadapan.

Laju kereta Audi R8 Rayden meluncur dijalan. Menuju pulang ke mansion.

---••♡••---

"Assalamualaikum!" Laung Ariesha dari ruang tamu.

"Waalaikumussalam. Eh Puan Muda. Mari beg tu, biar saya letakkan dekat atas."

"Eh takpe Ira. Nanti saya letakkan sendiri. Mak Rinah mana?" Kepala dipanjangkan mencari kelibat Mak Rinah. Selalunya waktu begini Mak Rinah pasti sedang bergendang di dapur.

"Mak Rinah ada. Tapi dia keluar beli barang dapur sekejap. Puan Muda naik lah atas dulu rehatkan diri. Puan Muda baru nak sembuh ni. Jangan sibukkan diri sangat ye. Nanti Tuan Muda marah kitaorang jugak tempias." Bebel Ira.

"Hah mengutuk aku." Sergah Rayden dari belakang. Tangannya menjinjit satu lagi beg pakaian.

"Haah. Taknak join?" Usik Ariesha. Rayden kemudian menjeling tajam.

"Mak Rinah mana Ira?" Kini Rayden pula mengajukan soalan.

"Keluar sekejap beli barang dapur."

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now