Chapter 64

6.7K 225 20
                                    

Suasana hening dan sunyi memenuhi ruangan bilik mewah itu. Gelap tapi masih ada sedikit pantulan cahaya dari luar yang menerobos masuk dicelahan langsir besar. Bilik yang bersepah tak ubah seperti bilik yang baru dipecah masuk.

"Sayang..abang rindu..balik lah, abang akan betulkan segalanya. Kita buka buku baru ye sayang..balik..jangan seksa abang macam ni hiks.." sayu sahaja suara maskulin itu. Berselang dengan suara sedu sedannya.

"Abang.." Rayden yang dari tadi menunduk memeluk lututnya sendiri kini mengangkat kepala menoleh ke arah kanannya. Ariesha. Isterinya sedang manis tersenyum sambil melutut ditepi kanannya. Manis. Sungguh manis senyuman itu.

"Sayang..kau dah balik.." Tanpa berlengah lagi Rayden terus mendakap erat isterinya. Makin kuat tangisan air mata jantannya mengalir keluar dari tubir mata. Rayden melepaskan pelukan apabila Ariesha tak membalas pelukannya semula. Malah, wanita itu hanya statik mengukir senyuman buat suaminya.

"Sayang..abang rindu..tolong jangan tinggalkan abang.." Sekali lagi Ariesha dibawa ke dalam pelukan jejaka itu.

Beberapa minit selepas itu, Rayden berasa ada sesuatu yang kurang. Terus saja dia menoleh sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa melainkan dirinya sendiri.

"Sayang? Ariesha? Kau dekat mana sayang?" Puas Rayden mencari kelibat isterinya tetapi hampa, bayang-bayang langsung tiada. Baru dia sedar yang itu hanyalah ilusinya semata-mata. Barangkali kerana terlalu rindu pada isterinya.

TOK TOK TOK

"Ray.." Pintu diketuk sebelum Qash sendiri membukanya. Dikuak pintu itu. Jelas di retina matanya keadaan bilik Rayden yang amat tidak terurus. Namun yang paling dia tak sangka dengan keadaan Rayden yang sekarang. Jelas seperti orang tidak waras. Yang kusut-masai. Sungguh tidak terurus.

Sudah mencecah 2 tahun sejak kepergian Ariesha yang mereka tak dapat jejaki. Dua tahun itu juga lah Rayden seperti orang tak tentu hala. Rayden juga berubah 180 darjah. Tak seperti Rayden yang dulu.

Jejaka itu juga telah sembuh dari sihir yang di hantar sendiri oleh pekerja Rayden. Siapa lagi kalau bukan perempuan bebal bodoh tu. Setelah Rayden mendapat tahu kebenaran, terus dia memecat Syakila malah mengharamkan kaki Syakila jejak ke RA Holdings. Tapi pada awalnya perempuan shibal itu tetap berdegil dan terus menerus memujuk Rayden agar mengahwininya. Sangat tidak sangka yaa..

Hanya kerana satu lelaki saja Syakila berubah sehingga mampu membuat perkara syirik itu.

Sudah lima tahun berlalu, segala usaha menjejak keberadaan Ariesha mereka sendiri masih tak dapat. Timbul segala tanda tanya namun itu tak mematahkan usaha mereka. Demi Rayden. Tak sanggup mereka terus menerus melihat Rayden dalam keadaan kusut seperti itu. Walaupun jejaka itu sudah pulih dari sihir yang dihantar, namun Rayden berubah pula seperti orang tak tentu arah. Setiap masa menangisi kemana isterinya menghilang. Kerja dipejabat pula terpaksa Mark dan Zack yang menguruskan. Kadang kala ada juga Qash turut membantu.

"Ray, aku masih tak jumpa lokasi Ariesha berada. Nombor dia pun tak aktif. Mungkin dia sudah tukar nombor kepada yang baru." Dengar saja perkabaran dari Qash, laju kaki dihayun menuju ke arah pintu dimana tempat sepupunya itu berdiri.

BUK!

"Cari dia sampai dapat! Aku nak isteri aku!" Satu pukulan sudah hinggap di rahang milik Qash. Darah kecil mula keluar dari hujung bibir. Benda biasa yang dia dapat selama dua tahun ini.

Setiap kali dia datang untuk memaklumkan pada Rayden, satu pukulan pasti hinggap di rahangnya. Tak rahang pasti mendapat di hidung.

Kalau kemik hidung aku siap kau jantan. Aku bakar hidung kau pulak.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now