Chapter 38

6.2K 208 4
                                    

Kini berakhir sudah sesi akad nikah. Majlis hanya dibuat kecil kecilan. Hanya keluarga terdekat saja dijemput hadir. Atas permintaan Rayden. Daddy dan mummy nya pun faham dengan permintaan anak terunanya yang menyuruh untuk kekal merahsiakan pernikahannya itu. Bahaya jika diketahui musuh.

Musuh sentiasa ada. Ariesha kini sudah sah sebagai isterinya. Automatik Ariesha masuk dalam kehidupan gelap Rayden. Dia yakin Ariesha pasti belum tahu tentang diri Rayden sepenuhnya. Nak bagitahu tentang diri dia yang sebenar? Mungkin mengambil masa yang agak lama. Dia takut Ariesha tidak boleh menerima. Tentang itu nanti sajalah dia fikirkan.

"Assalamualaikum..cantik nya menantu mummy." Puji Puan Sri Maryana. Baru hari ini dia berpeluang menatap wajah menantunya. Ariesha hanya duduk di rumah mama dan papa angkatnya menguruskan bahagian sana. Langsung tidak berpeluang untuk mengenal mertua nya terlebih dahulu sebelum hari akad nikah nya.

Ariesha tersenyum malu apabila dipuji. Dia pantang dipuji. Nanti kembang semangkuk.

"Haii! Wahh cantiknya kakak ipar Deena! Abang! Jaga betul betul kakak ipar Deena tau! Abang sakitkan dia memang Deena piat telinga abang." Deena memberi amaran. Mata helang Deena menikam tajam anak mata Rayden yang sudah membuat mimik muka menjengkelkan. Mengejek.

Ariesha tersenyum manis melihat celoteh adik iparnya. Nampak je garang raut wajah gadis itu tapi banyak ragamnya. Tak henti henti Ariesha mengucap syukur di dalam hati kerana dikurniakan keluarga mertua yang boleh menerima kehadirannya. Lega dia.

"Ar. Ingat ape daddy pesan tadi?"

"Iyee daddy..Ar ingat." Rayden merangkul bahu Ariesha. Tercengang Ariesha. Degupan jantung usah dikata. Serasa macam nak meletup. Ariesha memandang Rayden seketika. Tak dinafikan tinggi nya dengan tinggi Rayden. Bagai langit dengan bumi. Jenuh nak mendongak.

"Ar. Jaga isteri kamu ni baik baik. Sekali kamu dah lafaz niat. Kamu dah bina tanggungjawab besar dalam hidup kamu. Faham kan apa yang mummy maksudkan?"

Ariesha hanya diam. Dahi nya berkerut kecil. Ar? Baru dia tahu Tuan Muda Rayden nya digelar Ar oleh keluarga sendiri. Panggilan manja gitu. Comel pula dengar Tuan Muda nya dipanggil Ar. Ar dari Arrayan.

"Yoww wassupp bro! Uwuu selamat pengantin baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu.." Muncul sudah anak anak babun Rayden. Mark mengekek mendengar nyanyian Qash.

"Bro, dah plan ke malam nanti nak tabur bunga apa? Aku suggest kau tabur bunga tahi ayam. Romantik jugak tu." Ujar Qash.

"Pale hotak kau! Orang letak lah bunga matahari. Bersinar diterangi matahari malam tu HAHAHAH!" Mark pula memberi cadangan tak masuk dek akal.

"Apa pulak bunga matahari. Orang letak bunga plastik. Baru la romantik dia tu lebih sikit." Kali ini Haz pula membuka bicara bodoh nya. Rayden sudah memandang tajam. Perangai diaorang ni memang mintak kaki.

"Psstt pstt. Nanti aku taburkan batu kerikil dalam bilik kau. Lepastu aku sangkut mentol banyak banyak. Awww so sweet." Giliran Faziq pula bersuara.

"Kauorang semua cuba la kalau nak masuk kubur awal." Pintas Rayden selamba. Dalam hati dah naik geram dengan orang orang kanannya yang tak cukup akal itu.

"Bro, congrats. Sekarang suami orang. Tak lama lagi bapak orang."

"HAHAHAHAH bodoh Zack." Faziq Mark Qash dan Haz tergelak sakan mendengar ujaran dari Zack. Zack sudah ikut ketawa. Tahu tahu dah jadi suami orang bigboss diaorang ni.

Ariesha di sebelah sudah tertunduk menahan malu. Serta merta wajahnya berona merah.

Rayden malas mahu melayan anak anak syurganya itu. Dia perasan Ariesha sudah bertukar cherry. Ni semua orang kanannya punya pasal.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now