Chapter 60

6.4K 191 18
                                    

Malam yang bertemankan beberapa bintang tanpa bulan itu menemani kesepiannya seorang Ariesha Zaskia. Angin sepoi lembut membelai tubuh Ariesha yang sedang berdiri di balkoni biliknya itu.

Gerimis mula menyentuh bumi. Semakin lama semakin lebat sehingga membuatkan tubuhnya sedikit menggigil akibat angin yang menyapa kulitnya. Sejuk terasa sehingga ke tulang rusuk namun langsung tak membuatkan gadis itu ingin berganjak masuk.

Mata dipejam rapat menghayati setiap deruan hujan yang melebat. Seakan mengerti perasaannya yang terluka tika ini. Sangat terluka. Kolam mata mula panas. Satu demi satu titisan menyentuh pipi mulusnya. Esakan demi esakan semakin deras separa dengan air hujan yang turun.

Berpinarnya pipi Ariesha tika ini hanya Tuhan saja yang tahu. Sakit yang dirasa cukup melemahkan Ariesha. Hatinya bagai dicarik-carik lalu dibelah menjadi dua bahagian saat orang yang menjadi penguat dan penting dalam hidupnya sanggup berubah secara drastik. Tak dia sangka kini Rayden bersikap terlalu dingin dengannya sehingga mampu naik tangan padanya.

"How could you, abang.." Rintik hujan setia menemani deritanya Ariesha saat ini.

Sanggup Rayden menamparnya. Sudah 5 hari dia diperlakukan begitu. Rayden bersikap dingin dengannya.

FLASHBACK

"Jangan kacau aku lah! Keluar!" Memetir suara garau Rayden disegenap ruang bilik tersebut.

"Aku benci kau!"

"Perempuan murah! Menyesal aku kutip kau!" hinaan dan tomahan tak henti-henti menyusur keluar dari mulut jejaka itu.

"Abang! Abang sedar tak abang cakap apa ni?! Sumpah Ariesha tak buat semua tu! Itu..hiks..bukan Ariesha.."

PANG!

Tercengang Ariesha saat mendapat tamparan hebat daripada suaminya sendiri. Sungguh dia tak sangka dia diperlakukan sebegini rupa.

"Aku taknak tengok muka kau lagi! Nur Ariesha Zaskia binti Muhammad Arshad! Aku.."

DOOM!

Guruh sabung menyabung. Seakan kerongkongnya tersekat saat mahu mengutarakan kata-katanya tadi. Lantas dengan cepat Rayden melangkah pergi. Entah kenapa dia tak boleh mengawal amarahnya. Dirinya bagai dikawal dan tidak memberinya peluang untuk bertenang.

Sakitnya dia melihat tangisan lebat isterinya tapi sesuatu membataskannya.

Ego.

Terduduk Ariesha di atas lantai marmar. Sakit. Rapuh. Pedih. Kecewa. Semua perasaan itu bercampur menjadi satu.

Ada apa dengan suaminya..sehingga jejaka itu berubah 360 darjah.

END FLASHBACK

Semakin kuat esakkan yang keluar. Dada dicengkam. Berombak kencang dadanya melepaskan tangisannya. Fitnah yang ditabur menambahkan lagi luka dihatinya.

Siapa lah yang berniat jahat mengfitnah Ariesha sehingga mampu mengkucar-kacirkan rumah tangga nya.

Ariesha menekup mulutnya. Terasa seperti ingin memuntahkan sesuatu. Dengan cepat dia bangun menuju ke bilik mandi.

Masih sama seperti sebelum ini. Dia memuntahkan isi yang ada dalam perutnya.

Perlahan Ariesha berjalan ke arah katil. Dilabuhkan punggungnya dibirai katil. Berpinar-pinar kepalanya saat ini. Namun dia gagahi juga.

Sempat dikerling jam didinding. Sudah jam 12 malam dan suaminya tak kunjung pulang sejak perbalahan mereka tadi. Risau kian menerpa direlung hati Ariesha.

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now