Derap langkah kian terdengar, Rayden yang sedang duduk di meja yang agak tersorok dari meja lain hanya merenung dua susuk tubuh yang sedang menghampirinya. Kedua tangan dilipat ke dada. Penampilan segak memakai tuxedo berwarna biru muda itu menarik perhatian segelintir orang yang juga turut memerhatinya dari tadi.
"Sorry for late, Young Master." serentak dua orang lelaki lengkap berpakaian black tuxedo itu menunduk hormat pada Rayden.
"Sit." arah Rayden mendatar.
"So you guys found it, huh?" soalnya tanpa berbasa basi lagi.
Ya. Dia sudah mengupah dua lelaki ini sejak 4 tahun yang lalu namun entah kenapa susah benar untuk mereka mendapatkan maklumat tepat. Dan sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggukan oleh Rayden.
Setelah mendapat panggilan dari orang upahannya ini, segera dia bergegas keluar dari pejabat.
"As I told you, Young Master." mendatar saja suara lelaki berpakaian serba hitam itu.
"Where is she?" sekali lagi Rayden bertanya.
Lelaki itu memandang rakannya yang turut berada disebelahnya. Mengisyaratkan supaya rakannya pula yang memberitahu tentang keberadaan isteri Tuan Muda mereka.
"I'm sorry for the delay in investigating this matter. And what we've got, Young Master's wife is in korea now." terangnya.
"Seoul. She's at Seoul,Korea." kata lelaki itu lagi.
Seketika Rayden terdiam. Cuba menghadam kembali perkhabaran yang dia dapat.
"But..I'm sorry, Young Master." jelas teragak-agak dia ingin memberitahu tentang satu perkara ini pula.
Rayden mengangkat kedua belah keningnya cuba menyoal.
"We saw another guy always with your wife..and..."
Prang!
Dentingan kaca pecah kedengaran.
Mendengar saja perkara itu keluar dari mulut orang upahannya, dada nya mula meluap panas. Lelaki mana pula yang berani mendekati isterinya!
"And what?!" tengking Rayden. Orang ramai yang berada di situ turut terkejut mendengar suara lantang milik jejaka itu.
"We saw kids." tanpa berbasa-basi lagi dia memberikan jawapan. Risau juga dia jika Tuan Muda mereka mengamuk lebih besar lagi.
"Kids?" berkerut dahi Rayden.
Satu anggukan diberikan kepada Rayden.
"I think..her kids." lelaki itu bersuara lagi.
"No..no way..takkan..?" Rayden terkaku sendiri. Tak mungkin Ariesha sudah berkahwin dengan orang lain. Dia masih isteri Rayden yang sah!
Dia cuba bertenang kembali. Dia tak boleh berfikiran melulu lagi. Yang penting dia harus jumpa isterinya dahulu. Dia takkan ulang kesilapan lama. It will never be again.
Rayden menarik nafas dalam. Jari jemari mengurut batang hidung.
"You guys can go." arah Rayden kembali dengan suara datarnya. Namun otak masih ligat memikirkan tentang tadi. Siapa lelaki yang dimaksudkan itu? Dan siapa pula anak kecil yang diberitahu tadi? Fikirannya kini penuh dengan tanda tanya. Dan dia tahu dia harus mencari jawapan pada persoalan itu.
"Sayang, wait for me." Cermin mata hitam yang diselit di kolar bajunya tadi di pakai. Dengan segera dia berjalan keluar dari ruangan tersebut. Seperti biasa, aura maskulinnya tersebar di setiap inci ruangan.
YOU ARE READING
Pujaan Hati Jejaka Mafia
Romance𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cantik bak bidadari telah menambat hatinya yang sekeras batu. Kehilangan buat sementara namun bertemu se...