" Kakak.. tolong adik kak.. please.. adik merayu.." air matanya merembes keluar. Laju membasahi mukanya.
Izara menjeling adiknya yang kini sudah melutut dihadapannya. Wajah beku tanpa secalit pun rasa mahu menolong ditayangkan. Kaki yang dipeluk oleh Tiara itu ditarik kembali. Ingat kaki aku bantal peluk kau ke?
"Please.. Ti--Tiara.. Tiara sanggup buat apa saja! Selamatkan Tiara.. kak.. Kak Izara..." pujukannya masih tak dapat melembutkan hati Izara. Dia sudah tak tau nak buat macam mana lagi dah. Dia berlari masuk ke dapur dan keluar dengan pisau ditangan.
Pisau itu diletakkan dileher. Tempat nadinya berdetak.
" Kalau kakak taknak tolong adik.. adik bunuh diri!" jeritnya dihadapan muka Izara. Tangan terketak-ketar memegang pisau yang tajam itu.
Izara senyum sinis dan melangkah perlahan mendekati Tiara. "Adik? Kakak? Pfft what the hell is that?" kakinya berhenti melangkah dihadapan Tiara.
" You know what 'adik'? Aku memang nak kau mati! I'm happy if you're the one who asking for it tapi.." pisau ditangan Tiara dipegang.
" Aku lagi happy kalau aku yang bunuh kau!" serentak itu darah merah pekat memercik ke mukanya. Tiara yang sudah dikelar, terkulai jatuh dengan pisau ditangan.
Izara memandang sepi wajah pucat Tiara yang tidak bernyawa. Sarung tangannya yang menjadi bahan bukti dia membunuh Tiara dibuka lalu dibakar di dapur.
Lampu berwarna biru merah yang berkelipan diluar serta bunyi siren yang kuat membuatkannya tersenyum. Lantas tempat disebelah Tiara diambil. Tangan Tiara yang berdarah itu dipegang.
"Kami perlu membawa Cik Tiara--" terhenti kata seorang anggota polis apabila melihat mayat Tiara yang berlumuran darah terbaring dihadapan seorang gadis yang sedang menangis meraung dengan tangan Tiara dipegang erat.
"Maafkan Izara... maafkan kakak.."
Tiba tiba bahunya disentuh. Dia menoleh kebelakang dengan mata yang berkaca dan hidung merah.
"Encik.. tolong adik saya.. dia..dia.. hiks.. " dia menggenggam baju pegawai polis.
" Sabar cik.. sabar.. " dia memberi arahan kepada mereka yang lain untuk mengangkat tubuh kaku Tiara dan membawanya kedalam ambulans yang baru tiba tadi.
***
"Apa hubungan kamu dengan Cik Tiara Airis dengan Encik Khaled? Apa sebenarnya yang terjadi?" tanya seorang pegawai polis dengan suara garaunya.
Izara menunduk dan terketar-ketar mahu menjawab.
" Rileks Daud.. dia tengah gelabah tu.." seorang lagi pegawai polis menyuakannya sebatang lolipop.
"Adik nak lolipop? Taknak? Nak tak nak? Adik nak ke tak nak? TAKNAK? NAK KE TAKNAK?" makin lama makin tinggi suara pegawai polis itu. Meja ditepuk geram.
"BAGITAU AKU APA YANG JADI! JANGAN LEMBIK SANGAT BOLEH TAK?!" jerit pegawai itu di hadapan Izara.
Izara mengepalkan tangan di bawah meja. Dia nih.. kalau bukan polis dah lama mampus.
"Sa--saya.. saya"
"SAYA APA?!"
"Saya anak Khaled! Kakak kepada Tiara!" laju dia memperkenalkan diri. Bibirnya digigit menahan rasa nak menyepak pegawai polis itu.
"Terangkan kat aku apa sebenarnya yang jadi." tajam mata pegawai polis itu memandang dirinya.
" Saya tak tau.. se--semalam Tiara keluar lepas puk-- lepas makan. Papa pulak keluar lepas Tiara keluar. Tiba tiba Tiara masuk dalam rumah dengan nangis nangis merayu dekat saya untuk tolong dia.."
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...