🍁🧡 IA 4

957 72 5
                                    

"Kenapa kau terima dia?" tanya Daniel sebaik sahaja nampak kelibat Izara yang baru turun dari biliknya. Setelah 5 jam bertakafur menginsafkan diri dalam bilik, baru nampak batang hidung orang tu.

Izara yang tengah menggaru belakang leher memandang Daniel dengan mata separuh terbuka dan rambut berserabut. "Saja. Dengar macam best, aku pun setuju je lah." katanya selamba.

" Pakcik Dini mana?" tanya Izara kepada Daniel yang masih tidak berpuas hati dengan jawapannya tadi.

Daniel buat muka meluat. "Entah? Aku bukan cctv rumah ni."

Izara mencebik. Ada jugak aku buat masak gulai tempoyak kang. Berenang lah kau dengan durian busuk yang kau tak suka tu.

"Eh! Pakcik Dini dekat Malaysia lah! Benda lah kau tanya soalan bodoh." jerit Daniel tiba tiba.

Terkejut Izara dengan suara kuat Daniel. " Sial la dia ni! Ada jugak aku cepuk karang!" marahnya.

Daniel tersengih tak bersalah. Dia menarik Izara duduk disebelahnya. Lengannya pula memeluk leher Izara dari tepi. "Jom tengok sama sama." ajaknya.

Muka Izara berubah riak apabila melihat filem yang ditonton Daniel. "Woi! Berapa kali lagi kau nak tengok Si Rapunzel ni! Cerita lain la pulak! Semalam Rapunzel, hari ni Rapunzel! Macam takde cerita lain!" dia mengambil remote tv do meja dan mula memilih cerita yang dia nak.

"Alah.. darling! Tengoklah cerita Rapunzel! Aku suka lah tengok rambut dia tu. Rapunzel la.. Rapunzel.." Daniel menggoncangkan rambut Izara yang dah memang serabut. Dia nak tengok Rapunzel.. paling suka part ada anak pungut siapa entah dandankan rambut Rapunzel. Cantik! Dengan satu taman bunga diletak kat kepala tu. Menarik!

" Takde takde.. hari ni aku pulak. Aku dah decide kita tengok Mulan." kata Izara lalu meruntunkan hati Daniel.

Daniel memeluk tubuh ditepi. Kaca mata yang tergantung di hidung ditolak ke atas. Mulutnya dimuncungkan.

" Apalah yang best sangat Mulan ni.." rungut nya setelah 10 minit menonton Mulan.

"Shh.. tengok tu, dia lawan guna pedang.."

Daniel memandang skrin tv apabila mendengar perkataan 'pedang'. Beberapa minit selepas itu, dia mula tertarik dengan cerita Mulan dan mula menonton dengan muka serius.

Terjungkit sedikit hujung bibir Izara melihat Daniel yang dah suka dengan cerita Mulan. Dia memang macam tu, kalau suka cerita apa apa memang dia akan tengok dengan muka serius. Macam ada kertas exam dekat skrin. Fokus sangat.

"Bila kau nak pindah masuk rumah Si Ayaz tu?" tanya Daniel tetapi mata tetap melihat ke arah tv.

"Lusa. Mana plan body untuk Aurora? Aku nak cek jap."

" Apa? Ouh.. dengan Izzential tu ke? Ada dekat meja aku." kata Daniel.

Izara bangun dan menapak ke bilik kerja Daniel. Meja kerjanya dituju. Setelah beberapa minit mencari dan dia masih tak jumpa, dia turun ke bawah semula.

"Seriuslah dekat meja kau? Apahal takde pun? dekat rak pun takde? Kau letak mana?" laungnya. Namun suara kuatnya masih tidak mendapat perhatian Daniel.Tangan dikepal geram.

" ADRIAN DANIEL! AKU TANYA NIH! MANA DOKUMEN AURORA?!!" jeritnya lebih kuat dan dekat. Sebelah kepala Daniel je.

"Mak kau hijau! " latah Daniel. Telinganya digosok perlahan. "Darling.. slow slow tak boleh ke?"

"Aku panggil jerit dari atas lagi kau tau? Kau tu yang pekak. Nak salahkan orang jugak. Nih, mana dokumen Aurora? Kata atas meja, takde pun?" tangan dihulurkan kedepan meminta dokumen.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now