🍁🧡 IA 45

488 34 1
                                    

Weird.

Satu perkataan untuk Ayaz. Ikhlas daripada Izara. Kalau bukan 'weird' makna kata gila lah perkataannya. Tak akan ada perkataan positif lagi.

Oh kecuali hensem.

Buat kali kedua.. kenapa aku macam nih?!

Izara menggigit bibirnya. Makin keliru dengan diri sendiri dan Ayaz. Apa masalah dia ni yang senang sangat cair?

Ke Awfiyya yang tak reti ajar dia?

Suka hati kau je salah kan orang. Hmp!

"Haih.." dia mengeluh buat kali ke- entah berapa.

Hensem sangat ke sampai hati dia yang keras kejung ni cair?

Hensemlah.

Menepati piawai menjadi pujaan hati Izara ke?

Absolutely correction!

Aduh..susah gini.

"Ibu still fikir pasal uncle Ayaz ke?" tanya Aiyani. Matanya tetap pada buku tetapi telinga kekal peka dengan setiap keluhan yang keluar dari mulut Izara.

"I don't know pretty.." keluh Izara.

"Ayin pun rasa yang uncle pelik sikit. Pertama kali kita jumpa, kejung je dia punya muka. Memanglah sampai sekarang kejung tapi dia punya.."

" Kelakuan." serentak mereka berkata.

Sememangnya anak dan ibu.

"Haih.." sama sama juga mereka mengeluh. Perkara itu sudah pun berlalu tiga minggu. Seminggu mereka duduk di Malaysia. Begitu juga dengan Ayaz dan bermula dari kejadian restoran, lelaki itu sering membawa mereka ke mana mana yang dia suka.

Flashback

Malaysia, tiga hari selepas restoran

Izara bangun. Rambutnya terus disanggulkan. Perut Aiyani ditepuk-tepuk.

"Oi budak.. subuh." kejutnya dengan mata separuh terbuka. Telefon dibuka. 6.15 a.m. Taulah yang mereka ada 45 minit lagi untuk bersiap.

Kaki melangkah menuju ke bilik air sebelum pintu ditutup. Selepas beberapa ketika, pintu bilik airnya diketuk dari luar.

"Yes pretty?" tanya Izara.

"Ada orang call!" jerit Aiyani walaupun mereka hanya terpisah dengan sebuah pintu.

"Jawabkan." Dia sambung mandi selepas itu. Sangat lega mandi pagi pagi. Tambah tambah sebelum subuh. Sejuknya ke tulang tapi masih aman.

"Siapa?" soalnya sebaik sahaja dia melangkah keluar.

"Uncle Ayaz. Dia bagitau yang dia nak ambik kita bawak pergi jalan jalan."

Tiber jantungnya berdegup laju. Sebaik mungkin dia cuba untuk meng cover. "Jalan jalan? Dia tak bagitau pergi mana?"

"Nope. Petang ni lepas Ayin balik sekolah." Aiyani masuk ke dalam bilik air.

Izara berdiri tegak dihadapan telefonnya. Tiba tiba telefonnya berdenting. Tanda ada orang mesej. Terus diambil. Mana tau urgent dari Daniel...

Ayaz Irsyad

Don't forget it.
2 pm.
Sharp.
In front of your house.

Garang betul!

K

Ambik kau! Nak garang sangat kan? Telefon dilempar ke katil. Bukan untuk lepas geram, memang itulah habit nya. Baling barang.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now