Alia memandang bangunan tinggi dihadapannya. Asyik nama aku ja kena mention. Cerita ni cerita aku ke cerita Izara?
Dia melangkah masuk ke dalam dan berjumpa dengan hakak receptionist.
"Kak, saya nak jumpa dengan Estelle." ujarnya kepada akak receptionist itu. Si akak receptionist tu pun tengok dia lain macam.
"Saya 'adik' bukan 'akak'."
Alia menggelengkan kepala. "Tak perlu nak kelentong saya. Akak tak mampu untuk menyembunyikan segala garis kedut di muka."
Akak receptionist yang bername tag ALINA itu tersedak mendengar kejujuran yang keluar dari mulut si Alia ni.
"Saya nak jumpa dengan Estelle." diberitahu sekali lagi tujuannya datang ke situ. Alina tu pula membuat panggilan. Mungkin disambungkan kepada Daniel.
"Cik ada buat appointment ke?"
"Tak." laju dia jawab.
Alina menggulingkan bola matanya ke atas. Annoying dengan perangai straight forward Alia.
"Nama cik?"
"Cakap Dalia Nashwa." sambil sambil tu diperhatikan sekeliling lobi bangunan milik Estelle ni. Cantik dan Elegan. Berlainan dengan bangunan Ayaz yang putih dan keemasan, Izara lebih memilih hitam dan emas.
"Cik, sila naik ke tingkat ES." ujar Alina.
Alia terus membawa diri ke lif awam yang berada agak jauh dari lift VVIP. Reka bentuk dalaman bangunan ni berlainan dengan A-Ice's. Nasib baik dia tak sesat hoho...
***
"Dia datang."
"Siapa?"
"Navi."
Izara tersenyum. "Dia naik lif apa?"
"Awam."
"Such a good girl." terus dihack cctv lif awam yang dinaiki oleh Alia. Dapat dilihat Alia yang sedang bercangkung macam nak terberak. Pekerja lelaki belakang Alia pula macam teragak-agak nak menyuruh gadis itu berdiri. Mungkin takut dengan keselambaan Alia.
Laptop ditutup. Daniel yang sedang tekun membuat kerja dipandang. "Dan."
"Apa?"
"Nanti kau layan Navi tu eh. Aku nak pergi dekat Qaisy."
"Buat apa? Dia datang nak jumpa kau, bukan aku." kertas diletakkan di atas meja. Matanya pula memandang ke arah Izara.
"Sekejap je." kata Izara sebelum terus berlalu keluar. Daniel pula mula merungut tak puas hati.
***
Bum!
Terciduk Qaisy yang baru sahaja hendak lelapkan mata. Begitu juga dengan Kashaf yang berada tak jauh darinya. Dia juga turut sama hendak melabuhkan tirai mata.
Makan gaji buta. Desis hati Izara.
"Eh Iz-- Estelle!" fuh... nasib baik tak salah sebut.
"Buat apa datang sini?" tanya Qaisy. Jarang jarang gadis itu melawat pejabatnya.
Izara tidak menjawab. Dia berdiri dihadapan meja Kashaf. Wajah lelaki itu diperhatikan.
Handsome. Hidung tak berapa mancung, bulu mata panjang dan muka melayu tulen. Coklat gitu. Rambut hitamnya pula ala ala korea namun tetap nampak kemas. Tinggi pun tinggi.
"Ke--kenapa Miss tengok saya macam tu?" tanya Kashaf teragak-agak. Gelabah sikit bila kena tenung dengan perempuan lawa.
Izara tidak menjawab. Badan Kashaf pula ditenung. Hm..sado.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...