🍁🧡 IA 3

1K 67 8
                                    

"Darling, betulkan tie aku jap. Aku nak pakai stokin." panggil Daniel dengan sebelah tangan terkapai kapai nak menarik kot Izara dan sebelah tangan lagi membuka kasut.

"Stupid. Aku suruh pakai kat dalam kereta, malas! Nak menghayati pemandangan konon. Sekarang aku jugak yang susah!" bebel Izara sambil mengikat tali leher pada leher Daniel. Dia menarik tali leher itu sampai tercekik Daniel dibuatnya. Padan muka!

"Aak! Izara.. darling.. help!" Dia menarik rambut Izara yang panjang diikat kuda itu. Tangan sebelah lagi pula tengah memakaikan stokin pada kakinya.

"Adui! Kau tak guna! Dasar lalang goreng! Jangan tarik rambut aku la bengong!" Izara menarik rambut Daniel juga.

Orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan A-Ice's memandang pelik ke arah Izara dan Daniel. Ada yang siap rakam lagi. Di situlah Daniel baru nak pakai stokin dan di situ jugalah pergaduhan itu berlaku. Habis imej beku Izara Airin rosak disebabkan oleh Adrian Daniel seorang.

" Is that her?" tanya Ayaz dari tingkat AI5, tingkat tertinggi bangunan itu. Dia ralit melihat pergaduhan kecil yang berlaku dihadapan bangunannya.

" Yes." jawab Ryan. Dia membuat memek muka biasa walhal dia rasa yang perempuan itu sangat garang dan menakutkan. Tengoklah muka tu dan apa yang jadi pada rambut lelaki disebelahnya tu. Hancur.

"Cute." komen Ayaz sambil tersenyum simpul. Comel baginya walaupun nampak macam tikus jantan dibaham oleh harimau betina.

Ryan membuat muka tak percaya. Comel celah mana?!

***

"Have a sit, miss.."

"Izara."

"Miss Izara. Beautiful name. Izara?..."

Izara menjeling orang dihadapannya itu. " You don't need to know." balasnya dingin. Punggung dilabuhkan disebelah lelaki yang dipercayai CEO A-Ice's.

Ayaz tergelak kecil. "My name is Ayaz Irsyad. Call me Ayaz or more lovely, your boo.." senyuman masih terukir di wajah.

Ryan disebelah menjeling Ayaz. Tak pernah pernah gedik macam ni, tiba tiba je dah kenapa? Mereng ke?

" I'm so sorry for Sir Ayaz's behalf. We can start this meeting now. Sir Ayaz, please start." kata Ryan. Beku mana pun dia, dia masih dapat rasa meremang dengan renungan Izara tadi.

" Okay.. let me see your documents. Then I'll add what i want." dia meminta sekeping surat dari Izara tapi yang memberi kepadanya pembantu Izara, lelaki yang kena tarik rambut tadi.

"May I know who the hell next to you?" tanya Ayaz dengan penuh 'sopan santun'.

" My personal assistant. Call him Daniel." kata Izara.

" You should watch your tongue, Sir Ayaz. You are lucky that my darling come here by herself." kata Daniel. Kecik besar kecik besar je dia tengok Ayaz ni. Untunglah boleh tengok Izara depan depan, takde siapa yang tau rupa Izara. Hanya sesetengah orang sahaja yang tau. Tak termasuk pekerja syarikat mereka yang ramai gila bapak tu.

'my darling?'

Memerah telinga Ayaz cuba menahan marah. Entah kenapa dia rasa cemburu dengan panggilan Daniel kepada Izara.

"Darling? Are you a couple or.. married?" tanya Ayaz dengan nada tertahan. Daniel tersenyum sinis melihat reaksi Ayaz.

Dia memeluk leher Izara disebelah dan memandang Ayaz dengan penuh bangga. "Why? Jealous?"

Izara menjeling Daniel yang tiba tiba memeluknya. "Kalau kau nak makan kaki, jangan kat sini. Baik kau lepaskan aku sebelum aku cabut kulit kepala kau." bisiknya dengan nada amarah. Terlepas tawa Daniel mendengarnya.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now