🍁🧡 IA 53

1.5K 43 3
                                    

Matahari masuk menerangi bilik itu. Seorang lelaki mengeliat di dalam selimut kerana tidurnya terganggu. Bantak peluk ditepi dicapai lalu dipeluk.

"Awak.. bangun. Dah pukul 9 dah ni." kejut Izara. Tiba tiba sahaja Ayaz memeluknya. Mesti terganggu dengan cahaya matahari.

"Tunggulah sekejap. I tak puas peluk you." gumam Ayaz perlahan namun masih boleh didengari.

Izara tersenyum nipis. Dia memusingkan badannya menghadap Ayaz lalu kepala Ayaz dipeluk.

"Uwahh.. my favorite spot." Makin erat Ayaz memeluknya. Muka Ayaz pula tersembam didadanya seperti kebiasaan mereka.

"Bila awak nak bangun hm? Kita tak sarapan lagi tau."

"Hari ni turn siapa yang masak?" tanya Ayaz dengan suara serak bangun paginya.

Memang seksi.

"Turn awaklah."

Ayaz mengeliat lagi dan nafasnya memberat. Malas sangat la nih. Dia mendongak memandang Izara.

"Kalau I bangun sekarang, bagi I satu kiss boleh?" pintanya dengan mata sengaja dibulatkan.

Izara senyum kecil. "Comel pulak husband saya pagi pagi ni." pipi Ayaz dicuit.

"Dah Izara suka Ayaz yang comel. Malam nanti I tukar."

"Tukar apa?" sengaja Izara bertanya.

Ayaz senyum nakal. Dia bangun dan mengubah posisi mereka. Izara dibawah manakala dia di atas.

"Seductive Ayaz." Pipi Izara dicium berkali-kali menyebabkan Izara gelak kegelian. Dia tak dapat ciuman, biar dia je yang jadi pemberi.

" Try me. Kalau saya tak tergoda, awak kena masak setiap hari minggu depan." cabar Izara. Dia tau Ayaz pantang dicabar. Dengan Aiyani pun Ayaz dah rasa tercabar inikan pula dia.

"Tonight. Deal?"

"Deal." Mereka bersilang jari kelingking dengan senyuman.

"Now jom bangun, love!" Izara didukung dengan gaya bride style secara mengejut.

"Aaahh!" jerit Izara. Tiba tiba sahaja dirinya terbang. Mana tak terkejut.

Ayaz ketawa lalu terbatuk apabila Izara memukul dadanya.

Di bahagian dapur, seorang kanak kanak perempuan sedang berusaha untuk memasak. Masak sendiri kerana perutnya berkeroncong pagi ni dan tiada makanan di dapur.

Telinganya pula terseksa mendengar usikan usikan manja orang dewasa di atas. Nak halau, mereka yang bayar bil. Tahan ajelah telinga.

"Orang dewasa memang. Prihatin la sikit dengan perut Ayin yang kosong ni. Kan dah kena masak sendiri. Nanti besar, Ayin duduk sini dengan suami Ayin. Ayin show off dekat orang dewasa berdua tu. Hmp!"

Bunyi ketawa dari arah belakang menyapa telinganya.

"Ouh.. Ayin mengata ibu dengan ayah ye.."

"Mana ada!" Aiyani cuba menafikan walaupun dia tau usahanya sia sia.

"Pretty ibu ni masak apa?" Pipi kanan Aiyani dicium oleh Izara.

"Tengah goreng sosej. Nak buat sandwic."

"Nak ayah tolong tak? Hari ni turn ayah." Pipi kirinya pula dicium oleh Ayaz.

Dia berpusing ke belakang sambil bercekak pinggang. "You two go sit there. Today I'll cook so don't bother me as I need concentration. Dah. Go go." halau Aiyani sebelum dia kembali membalikkan-balikkan sosej di dalam pan.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now