🍁🧡 IA 11

553 50 3
                                    

Luar daripada kebiasaannya. Hari ni Izara bangun awal. Walaupun hari cuti, dia tetap bangun awal untuk memulakan habit baru.

Badan direnggangkan sambil mata memandang ke luar tingkap. Memang mandi pagi akan rasa segar macam ni ke? Wahai manusia manusia yang selalu mandi awal sekalian.

Jam ditepi katil dikerling. Pukul 6.50 pagi.

Awal sangat ke?

Biasanya orang bangun waktu cuti pukul berapa?

Serius dia tak tau.

Matanya mengesan sesuatu dihadapan pagar rumah Ayaz. Membulat apabila dia seakan mengecam apa yang ada di situ.

Laju dia turun ke bawah dan keluar dari rumah itu menuju ke pagar. Terdapat sebuah kotak kayu yang selamba melabuhkan tapak bontot badannya di situ.

Matanya tajam merenung kotak itu. Tanpa menunggu, dia terus membuka kotak tersebut dan jelas kelihatan isinya.

"Shit!" carutnya lalu mengambil telefon dari dalam poket seluar sukannya.

"Yes darling. Why? Omaigad... it's so early. Are you really my darling?"

Izara membuat muka apabila mendengar kata kata Daniel dihujung talian.

"Kesialan letak belakang. Sekarang, kau datang sini. Lewis is here." katanya.

"Aik bukan dia de-- tut."

Terus dia menamatkan panggilan dengan Daniel. Kotak itu dilihat kembali sebelum dia memandang ke arah bilik Ayaz.

"Nasib dia tak bangun lagi..." keluhan dilepaskan. Sekali lagi telefon dibuka. Nombor Daniel ditekan. Tak perlu cari sebab ada berapa orang je dalam kenalannya.

"Apa call call? Tengah on the way la ni. Siapa entah tadi hang up seb-- tut." Sekali lagi dia meletakkan panggilan. Nak tanya Daniel dah on the way ke belum je. Tapi dah dijawab jadi tak perlu teruskan call lah kan?

Krik!

Dia menoleh laju ke arah bunyi seperti ranting kayu dipijak. Ada orang yang tau dia dekat sini ke? Matanya berbentuk kucingnya merenung tajam di tempat itu.

"Meow!"

Nafas lega dilepaskan. Ingatkan orang tadi, kucing rupanya. Kucing hitam itu diangkat dan didukung serupa bayi. Tetapi dia mendukung kucing itu dengan wajah yang beku.

"Meow?" kucing itu mengiaw.

"Meow." balas Izara dengan nada datar.

"Mende kau ni? Nak meow kena lah bersemangat sikit. Ni 'meow' je. Apa benda?" Daniel meniru nada Izara dengan muka dibuat hodoh. Walaupun masih nampak hensem.

"Anyway, mana Lewis?" tanya Daniel.

Izara menoleh kebelakang melihat muka Daniel. Dia melangkah ke tepi dan menjuih mulut ke arah kotak itu.

"There."

Terkedu Daniel memandang kotak yang dimaksudkan oleh Izara.

" The hell?!"

***

"Inform Raydan. Tanya dia macam mana Lewis jadi macam tu. Apa rancangan diorang seterusnya." arah Izara.

Daniel pantas membuka laptopnya. Selepas seketika baru dia mendapat balasan dari Raydan.

"Diorang tengah dera setiap ahli dalam kumpulan diorang except doctors. Sebab Lewis ada cakap yang diorang akan terima balasan and be careful with your own people sebelum kena kapak." bagitau Daniel.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now