🍁🧡 IA 7

641 52 1
                                    

"Aku tak suka kau duduk dengan dia."

Izara mengangkat muka memandang Daniel. "Asal lak?"

Daniel mengeluh dan menjeling ke tepi. "Aku tak suka dia." luahnya. Sushi dikepit dan disuap ke dalam mulut sendiri.

Makin berkerut dahi Izara. "Aku tak jumpa apa apa pun yang buruk dekat dia." katanya. Betul apa. Memang tak ada yang buruk pun. Baik pun baik. Soft spoken lagi. Goodlooking pulak tu. Wajah Ayaz tiba tiba terlayar di otak. Iris berwarna hitam legam lelaki itu dapat membuatkan sesiapa ja rasa terancam. Bodynya fuhh... tak yah cakaplah. Memang umph! Cam teh Boh.

Izara menggeleng kepala. Sempat pulak terbayang eh.

" Kau serius tak nak duduk dengan aku balik? Aku boring duduk rumah sorang-sorang. Ada kau, rasa lah berteman sikit." rungut Daniel.

"Kau cari je lah housemate baru. Aku rasa, ramai je dekat Kanada ni nak berhousemate dengan kau. Muka pun boleh la.. rumah tu pulak cantik. Mesti ada orang minat punya.." balas Izara. Daniel memuncung apabila ajakannya tidak menjadi.

"Kalau dia ngorat kau canne?"

"Ngorat je lah."

"Kau nak dia ngorat kau ke?"

"Boleh je."

"Habis aku?"

Izara memandang pelik muka minta simpati Daniel. "Kau lantak kau lah. Bukannya takde siapa siapa pun nak kat kau. Ada je. Ramai. Pilih je."

"Mana ada ra--"

"Err.. hello?"

Daniel mengangkat muka memandang sebelahnya. Muka beku ditayang kepada dua orang gadis yang tiba tiba menganggu masa dia dengan Izara.

"Is she your girlfriend? Are you single?"

"No and yes." Izara tolong jawabkan. Alang alang ada yang nak, kita jodohkan je lah.

"Oh is that so? Em.. hey, can..can i get your number?" tanya seorang perempuan yang berambut ginger. Kawannya yang berambut coklat lurus paras bahu tersenyum gedik sambil menampar bahu Si Ginger.

"Why?" tanya Daniel tanpa memandang gadis gadis itu dengan suara yang dingin.

"Er.. be--because i'm interested in you. To be your girlfriend?"tanya gadis itu tergagap gagap.

"I don't date shit. So get lost both of you." Daniel menjeling tajam ke arah mereka. Berjalan laju mereka meninggalkan meja Izara dan Daniel. Dengar lah jugak cacian daripada dua gadis itu tapi ada nampak dia kesah? Tak kan?

Izara tersenyum sinis melihat drama dihadapannya tadi. "I see, you don't like shit. I'll keep that in mind." dia tergelak mengejek.

"Diamlah bahenol."

***

Izara masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Aik, asal gelap semacam ni? Selalunya rumah Ayaz ni sentiasa cerah.

Dengan penuh kecurigaan, dia naik ke biliknya dan membuka tingkap. Pagi lagi. Semalam dia tak balik sini. Tidur dekat rumah Daniel sebab dia tertidur dalam kereta dan Daniel lah yang angkat dia naik ke bilik.

Selesai membersihkan diri dan menukar baju, dia turun ke bawah. Sekali lagi dia pelik. Ayaz tak ada. Selalunya ada je panggil dia 'love'. Mana pergi pulak lelaki ni?

Tak jadi ke dapur, dia naik semula tetapi kakinya melangkah mendekati bilik Ayaz. Teragak agak dia nak buka pintu kayu itu.

Kalau dia buka Ayaz marah tak?

Hm.. lantaklah. Ayaz marah dia, dia marah lah Ayaz balik.

Pintu itu terus dibuka dan kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik Ayaz. Berlainan dengan ruang dalam rumah ni, bilik Ayaz ni gelap. Ber cat hitam sepenuhnya. Katil pun berwarna hitam. Cuma pintu bilik air dan wardrobe walk in lelaki itu sahaja yang berwarna putih keemasan.

Ayaz yang sedang berselubung dalam selimut dilihat. Ni dah kenapa berselubung habis satu badan? Tak panas ke? Tengah practice pakai kain kafan ke?

Terus dia menepuk bahu Ayaz. "Kau asal? Tak panas ke berselubung macam tu?" tanyanya tapi tidak dijawab. Dia melangkah mendekati tingkap yang ditutup dengan langsir lalu menyelaknya biar cahaya masuk.

Ayaz bergerak-gerak. Dia mengintai Izara disebalik selimut yang dipakai. "Love.. tolong tarik balik langsir tu. I don't like light." katanya lalu menarik kembali selimut menutupi kepala.

Izara tidak mengendahkan arahan Ayaz malah pergi mendekati lelaki itu. Selimut ditarik kasar. Sebelum Ayaz sempat berkata apa apa, dia terus melekapkan tangannya di atas dahi dan beralih ke leher Ayaz.

"Kau demam ni. Kenapa tak bagitau aku?" Berkerut dahi Izara memandang Ayaz yang sedang merenungnya.

Ayaz menggeleng dan menarik kembali selimut yang ditarik Izara tadi. Izara mengeluh perlahan apabila melihat Ayaz kembali berselubung.

"Kau sabar jap. Aku tau apa nak buat." Izara terus keluar dari bilik Ayaz.

Selimut diselak sedikit untuk mengintai. Izara dah pergi? Haih.. Dia memandang pula ke arah tingkap luas yang membenarkan cahaya masuk ke dalam biliknya.

"At least close the blinds, love." gumamnya perlahan.

***

"Makan."

"Mmm..." Ayaz menggeleng kepala laju sambil menutup mata. Berkerut dahi dia melihat bubur yang kosong. Orang sakit makan macam tu ke? Ergh.. tak berasa lah.

"Memang bukan aku yang masak tapi kau kena makan jugak. Nanti tak baik demam kau ni."bebel Izara. Sesudu bubur disua ke mulut Ayaz tapi lelaki itu tetap dengan gelengannya.

" I nak makan masakan you.. bukan masakan orang lain. Tambah tu makanan tepi jalan pulak. Siapa yang nak?" balas Ayaz.

Izara menggigit bibir sendiri. Geram. Bubur ni dia suruh cef restoran dia yang masakkan. Tepi jalan apa nya.

"Kalau aku masak kau nak makan?" Ayaz mengangguk.

"Lepas makan makanan aku, kau akan makan ubat?" sekali lagi Ayaz mengangguk.

"Fine. Aku masak." Dia bangun dan keluar dari bilik Ayaz. Dapur dituju.

Termenung kejap. Macam mana nak masak bubur instant? Cara penyediaan pada cup bubur instant dibaca. Nasib baik tadi dia terfikir untuk beli bubur ni. Banyak pulak tu dia beli. 2 kotak. Takut nanti Ayaz demam lagi.

Takut?

Bukan bukan.. risau. Ha risau.

"Mula mula kena jerang air. Okay dah. Lepas tu letak dalam ni. Perencah yang ada dalam ni kena bawak keluar dulu tak? Ke biar berendam dalam air panas sekali?"

"Keluar kan je lah. Nanti dia melecur." Dia keluarkan perencah dan sayur yang ada dalam tu.

" Habis mana berasnya?" tercari cari dia dekat dalam cup yang hanya berisi air panas. "Yang ni ke?" salah satu paket besar dari dalam cup itu di ambil dan dibuka. "Betul la yang ni." Dia terus membuat bubur itu sehingga siap.

Bubur yang telah siap diletakkan ke dalam mangkuk lain. Nanti kantoilah dia guna instant punya. Cup dan segala paket di dalamnya dibuang ke dalam tong sampah.

Dengan penuh hati-hati, dia bawa dulang yang berisi mangkuk dan segelas air ke atas.

Ayaz termenung sambil menanti Izara dengan masakannya. Mesti sedap kan? Hehe..

Klak!

✯✯✯✯✯

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now