🍁🧡 IA 51

562 30 2
                                    

Fendy menunjukkan senyum kemenangan. Dilirik juga ke arah Randy di bahagian belakang. Senyuman penuh makna diberikan. Randy pula membuat riak muntah, geli dengan pandangan Fendy.

Jangan ajak jadi pasangan pelangi sudah.

"Kau nak apa Fauzan?" soal Izara. Tangannya digenggam kuat akibat geram. Geram dengan diri sendiri sebab tak mampu buat apa apa.

Orangnya ramai tercedera termasuk Ivan, Wyn, Han dan pasangan mereka. Cedera yang parah namun masih gigih berdiri. Mujurlah Ryan tiada kalau tak makin pening dibuatnya.

"Nama aku bukan Fauzan, Izara." Fendy membetulkannya. Dia melangkah setapak kehadapan dan tiba tiba satu tangan menahannya dari tepi.

Daniel.

"Jangan seksa mata Izara dengan muka kau. Jangan seksa hidung Izara dengan bau busuk kau. Jangan seksa telinga Izara dengan suara buruk kau lah hanat!!" Daniel menghentak belakang leher Fendy dengan tangan Fay yang dikeratnya sebentar tadi.

"Haha nice one sir!" bangga Ravi bercekak pinggang sambil tersenyum.

Bibirnya digigit menahan sakit dipukul oleh tangan Fay. Dadanya naik turun menahan marah. Tangan Fay itu dirampas lalu badan Daniel dipukul pula.

"Ouch! Woi! Sakitlah! Babi kau Fendy! Babi!" marahnya geram. Dah la kuku Fay tu tajam dan panjang. Hitam pula tu. Pedih woi kena cakar.

Tangan itu beralih ke Izara. Tudung yang dipakai Izara, dikuis-kuis menggunakan tangan Fay.

"Sign." satu dokumen diletakkan di atas meja l. Meja yang diperbuat oleh belakang badan anak buah Fay.

" Jangan miss! Kita lawan!" jerit Ravi. Dia gagah menyeret kakinya yang dah lemah akibat ditembak.

"Jangan Izara.. kita lawan.." lemah Daniel berkata. Masih penat dipukul oleh Fendy.

Izara mengetap bibir. Ayaz dan Aqeel dalam tahanan. Anak buahnya pula ramai yang tumbang. Kalau lawan pun mereka tetap akan kalah kerana anak buah Fay masih ramai dan semuanya tampak.. ganas dan 'menggerunkan'.

Pen di ambil. Mereka akan selamat kan kalau aku sign benda alah ni?

"Izara!" Badan anak buah Fay yang menjadi meja itu ditepuk.

"Tak pa Dan.. kita boleh mula dari awal lagi." Izara mengukir senyuman nipis untuk melegakan hati Daniel.

Fendy membuat muka bosan dengan drama nak tak nak dihadapannya ni. Tiba tiba hidung nya terasa gatal. Bulu hidung mencucuk-cucuk bahagian dinding. Terus jari kelingking dimasukkan.

Lega mat.

Baru sahaja dia mahu menanda tangani dokumen tersebut, dia berhenti akibat satu tembakan. Tembakan dari luar. Dokumen itu berlubang. Banyak dan hampir memenuhi helaian kertas itu.

"HELLO ABE! NI ABE LION MAREY!"

Mereka semua serentak mendongak ke atas. Satu jasad manusia dengan roh bernama Lion sedang bergayut di palang palang besi.

Sepatutnya nama dia bukan Lion tapi Monkey.

"Abe Lioz pun ada." Lioz berjalan keluar dari pintu hadapan yang sebentar tadi dipenuhi oleh anak buah Fay. Sopan ja kawan tu tutup pintu balik. Berdiri pun letak tangan di belakang.

"Navy pun ada gais! Hai Izara! Oops! Should I call you Estelle?" Navy menutup mulut dengan mata membulat. Abang-abangnya dipandang meminta bantuan dan mereka hanya menggeleng dengan sikap Navy.

"Apakah.." gumam Fendy. Bingung dengan keadaan sekarang. Siapa diorang ni? Lion.. macam pernah dengar je.

"Lah! Abe pening ka? Jangan risau abe kitorang datang ni memang nak hilangkan pening abe. Ha yang lain, get ready."

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now