"Bagi ni dekat mama macam biasa." dulang yang diletakkan semangkuk ubat diberikan kepada Tiara. Tiara menyambutnya dengan penuh berhati-hati.
"Papa sure ke nak buat benda ni lagi? Sure mama boleh--"
"Buat je. Nanti kita yang untung." Khaled membersihkan tangannya di sinki.
"Kaya sangat ke?"
"Yeah. Duit tu takkan habis punya. Tambah pulak syarikat mama tu syarikat besar tau."
Tiara ragu-ragu nak teruskan kerjanya tapi benda ni dah lama dia buat. Kalau tarik diri sekarang.. mama masih boleh hidup ka?
"Buat je ye. Yang penting--"
"Izara tak perlu tau." dipintas kata kata Khaled. Sudah terbiasa mendengar ayat itu.
Jangan bagitau Izara.. Izara tak boleh tau.. apa yang kakak dia yang lembik tu boleh buat? Jatuh pun nangis.
"She just a mere 10 years old filthy girl." ujar Tiara sebelum keluar dari kawasan dapur.
Khaled tersenyum. Dagunya ditongkat di atas meja pulau dapur.
"And you are just a mere 9 years old stupid girl."
***
Izara berlari masuk ke dalam rumah. Tak sabar nak mahu menunjukkan keputusan peperiksaannya yang sangat cemerlang.
Mesti mama bangga! Bisik hatinya.
"Papa! Mana mama?!" soalnya kepada Khaled sebaik sahaja dia melihat Khaled duduk di sofa ruang tamu.
"Taman." jawab Khaled tanpa memandang ke arah Izara.
Izara meletakkan beg sekolahnya di atas lantai sebelum berlari ke taman tepi rumahnya.
"Mama!" jeritnya. Namun Inara tidak mendengar. Mamanya sibuk menghayati pandangan dan menikmati angin yang lembut bertiupan.
"Mama!" Sekali lagi lagi dia memanggil mamanya.
Inara menoleh kebelakang dan tersenyum melihat Izara. Tangan didepakan sedia menyambut pelukan hangat anaknya.
"Sayang mama..."
Kakinya lincah berlari sehingga dia dekat dengan Inara. Tubuh Inara kemudian dipeluk.
Nasibnya malang apabila palang yang menghadang antara pinggiran rumahnya yang dibawahnya terdapat batu batu besar terjatuh sekali dengan dia dan mamanya.
Sempat dia berpaut pada palang lain masih elok manakala mamanya...
"PAPA! PAPA! Mama...MAMA JATUH!" jeritan Tiara mula kedengaran.
Air matanya mula mengalir dipipi. Izara berusaha berpaut pada palang tadi. Sesekali dia melihat ke bawah lalu memejam matanya apabila melihat tempat mamanya jatuh yang sudah dikotori dengan warna merah. Batu batu disitu juga terpalit dengan darah mamanya.
Taknak... Izara taknak jatuh...
"Tiara.. tolong kakak..." Tiara di atasnya dipanggil dengan nada merayu.
Tiara yang sedang menangis berpaling ke arah Izara. Namun dia tidak menolong Izara dan setia menunggu papanya tiba sambil menangis.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romantik𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...