🍁🧡 IA 5

822 66 4
                                    

"This is your room and this is mine." katanya dengan nada gembira. Pintu ditolak seluas luas yang boleh.

" Rumah ni I yang decor so kalau ada apa apa yang you nak ubah, bagitau I. Okay?" katanya lagi.

Izara mengangguk mendengar penerangan Ayaz sambil melihat sekeliling biliknya. Bilik dia bersebelahan dengan bilik Ayaz. Betul betul sebelah. Dia berpusing ke belakang untuk menutup pintu dan terkejut sedikit melihat Ayaz yang selamba mengikutnya masuk ke dalam bilik.

Ayaz memandang Izara dengan kening terangkat sebelah apabila gadis itu tiba tiba berhenti.

"Out of my room." katanya lalu menunjuk ke arah pintu bilik.

"Oh hahaha. My bad. Sorry love." ujarnya sebelum terus keluar dari bilik Izara.

Selepas memastikan Ayaz tiada dalam biliknya, dia terus menuntup dan mengunci pintu. Segala bagasi yang dibawa telah diletak di situ oleh Ayaz tadi.

Luas.

Cantik.

Tapi cerah.

Dia lebih suka bilik berwarna gelap macam biliknya di rumah lama. Langsir di tepi tingkap berbalkoni itu ditarik untuk menghalang daripada cahaya masuk.

Masih cerah walaupun gelap sedikit. Tak mengapalah. Dia bukannya vampire yang tak boleh terkena matahari langsung.

Setelah selesai mengemas barang dan mandi, dia turun ke bawah.

***

Keletang! keletung! keletang! keletung!

Bunyi dari dapur menarik minat perutnya yang sudah berkeroncong. Siapa masak ni? Haha memang rezeki kau lah wahai perut durjana.

"Eh Izara,you nak makan ke? Duduk kejap ye I nak hidang dulu." kata Ayaz setelah menyedari kehadiran Izara di dapur.

"Selamat menjamu selera." ujarnya dengan penuh semangat. Pinggan yang berisi nasi diletakkan dihadapan Izara.

" Thank you."

"Welcome!" balas Ayaz. Seronok dia melihat mata coklat cerah Izara yang nampak bersinar.

Satu suapan disuap masuk ke dalam mulutnya. Kepala diangguk-angguk. "Pandai kau masak tomyam." puji Izara.

Memerah muka Ayaz apabila dipuji. Dia sambung melihat Izara makan masakannya dengan penuh selera.

Hampir habis nasi di dalam pinggannya, baru dia sedar yang Ayaz tak makan sejak tadi. "Kenapa kau tak makan?" tanyanya.

Ayaz tersenyum. Nak habis makan dah baru nak tanya ke. Nampak comel. "Kenyang tengok you makan. Nak tambah?"

"No need." katanya sebelum bangun membawa pinggan kosong yang telah digunanya tadi ke sinki.

"Letak je situ. I basuh."

Izara mengikut kata Ayaz dan meletakkan pinggannya tanpa dibasuh. "Kau takde bilik terlarang?" tanyanya. Mana tau ada bilik yang haram dimasuki ke bilik siksaan ke bilik obsesi ke apa apa ke.

Ayaz menggeleng. "For you my love, everything mine is yours." kata Ayaz.

"Sini ada gym?" tanya Izara, tak terkesan dengan usikan Ayaz tadi.

Ayaz mengangguk. "Ada. Bilik paling hujung tingkat dua." balas Ayaz. Dia bangun dan membasuh pinggan yang digunakan Izara tadi.

"Kay." balas Izara pendek sebelum mengaturkan langkah menuju ke gym. Langkahnya direnung oleh Ayaz sehingga dia hilang di mata Ayaz.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now