Ayaz ketuk pintu bilik Izara. Terus dibuka dan diterjah masuk. Muka tak malu ditayang.
Izara menjeling sedikit ke arah Ayaz yang masih berdiri di tepi katilnya sambil memeluk satu bantal dan selimut.
Buat bodoh Izara... buat bodoh je. Jangan dilayan kebabian ditepi mu itu.
Ayaz mencebik apabila Izara buat buat tak nampak dia. Kerana kegeraman dibalingnya bantal dan selimut kuat ke arah Izara.
"Adoi!"
Haha..amik kau! Buat buat buta lagi. Kan dah mendapat.
Izara menggosok kepalanya lalu merenung Ayaz tajam melalui ekor mata. "Kau apahal baling baling? Aku rembat kepala kau kang!" marahnya.
"Nyenyenye.. tak kisah tak kisah." Ayaz mengangkat kedua belah tangannya paras bahu dan menari goyangkan punggung.
Annoying.
Izara terus menarik kuat kepala Ayaz dan menggoncangkannya.
"Ahh! Love! Woi woi! Pening!" jerit Ayaz.
Tangannya refleks naik menarik rambut Izara yang dah diikat messy bun.
"Ak!"
Daripada main kepala, mereka sekarang menendang antara satu sama lain.
"Ah adoi! Izara!" jerit Ayaz. Pedih apabila kaki Izara menendang perutnya.
"Kau lepaskan rambut aku dulu baru aku lepaskan kepala kau."
Ayaz menggeleng sambil menelan air liur perit. "Taknak! You yang rembat kepala I dulu, you la kena lepaskan kepala I!" bantah Ayaz.
"Okay..okay.. Aku let go kepala kau ni." Izara melepaskan cengkamannya pada rambut Ayaz.
Ayaz pula sedia untuk melepaskan rambut Izara apabila terasa kulit kepalanya tidak ditarik.
Tiba tiba Izara mencengkam semula rambutnya dan membuatkan dia terjerit mengaduh. Sekarang hanya rambut dia yang dirembat. Izara pula berdiri di atas katil sambil tersenyum kemenangan. Tangannya setia mencengkam rambut Ayaz dan sebelah tangan lagi bercekak pinggang.
"Huwa... sakitlah..lepaskanlah..." tiba tiba pemilik kepala dibawahnya menangis.
"Eh eh.." terus dilepaskan kepala Ayaz dan lelaki itu menunduk menghamburkan tangisan perlahan.
"Rosak dah rambut orang.." rungutnya dalam tangisan.
Izara yang tak tau cara nak pujuk membetulkan semula rambut Ayaz. "Dah.. Aku dah betulkan dah."
Ayaz menarik hingusnya dan menoleh ke arah cermin besar bilik Izara. Tangisannya pecah sekali lagi apabila melihat pantulan imejnya di situ.
"Amende rambut terbelah macam cikgu Nobita ni? Huwaa... Give me back my pretty hair..."
Izara terus meruap rambut Ayaz kebelakang dalam keadaan tergesa-gesa. Rambut dibahagian depan dibuat cacak ke hadapan.
Okay... kot.
"Yang ni, yang ni... Okay tak? "
Ayaz menoleh memandang mukanya di cermin.
"I... I hate you Izaraaaa.." raungnya apabila melihat rambutnya menjadi persis rambut Suneo.
"Okay okay.. shh.. dah. Yang ni paling hensem aku buat."
Mata yang dah jadi burger dibuka.
"Nasib baik hensem." katanya. Rambutnya hanya diruap kebelakang tapi masih nampak macho.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romansa𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...