🍁🧡 IA 14

452 45 0
                                    

"Miss! Sini ada laluan." panggil Feira,salah seorang daripada Mamazila iaitu kumpulan fighters.

Izara mendekati Feira begitu juga dengan mereka yang lain. Feira menolak sedikit dinding itu dan dinding tersebut tiba tiba bergerak ke belakang dan membentuk satu laluan.

"Macam mana kau jumpa?" tanya Izara sambil mata memerhatikan laluan yang cerah dengan lampu.

"Darah tu stop kat situ astu tetiba hilang. Takkan dia ke dinding pulak kan. So I assume la kata ada pintu kat sini." terang Feira panjang lebar dengan muka serius.

Masuk sahaja ke dalam pintu rahsia tersebut, mulut mereka semua terlopong.

Luasnya!

"I'm gettin' loco loco... " salah seorang daripada mereka tiba tiba menari lagu Itzy Loco.

"Swipe...swipe..swipe.." seorang lagi menari lagu Swipe.

"Uish mana aci korang je! Hit you with that ddu ddu ddu! Wappapio parappapapapapio aye aye!"

Mereka berdua memandang ke arah seorang lagi kawan mereka itu. "Kau silap server ni..."

Izara memandang bosan ke arah mereka semua. Lagu apa tu? Lagu gila, selak dengan pukul? Lagu trend sekarang ke tu?

"Enough Zendy, Andra, Haiz." arah Izara. Mereka semua mengunci mulut dan berdiri dengan tegak dihadapan Izara bersama mereka yang lain.

"XOXO ooohhhh~"

"Damn it! Shut up Andra. Kau nak aku cili mulut kau ke?" tanya Rose selaku ketua Kak Ros.

"Diorang bertiga tu memang, otak senget sikit. Ada masalah dengan skru. Nanti I ketatkan balik skru diorang." kata Rose kepada Izara.

"Okay." jawab Izara.

Rose memandang tiga balanya kembali. Ibu jari diseretkan pada lehernya. Bermakna 'matilah lu mat!'

***

Daniel berjalan di lorong kiri dengan pedang diletakkan di belakang kepala atas bahu.

"Kaddy, cek. Ada manusia lagi tak dekat tingkat ni?" tanya Daniel melalui ear piece nya. Dia menayangkan muka bosan sambil berjalan di situ.

Para ahli Kaizo, Zeref Dragneel dan Mechamato pula tengah seronok menyiksa orang dekat belakang. Banyak mayat mayat di situ. Ada yang tak cukup anggota di potong oleh kumpulannya. Ada pula yang mengesot memegang kaki anak buahnya dan meminta tolong tapi apakan daya, tadi dia tu jugaklah yang dok cakap besar.

"Ada."

Bercahaya matanya apabila Kaddy kata 'ada'. Ada tu sangat penting ya anuck anuck hanat sekalian.

"Dekat mana? Cepatlah bagitau aku nak bunuh diorang sorang sorang. Kawan kau tu semua asyik nak rebut mangsa aku ja.." dia menoleh kebelakang perlahan-lahan untuk memastikan anak buahnya tidak mendengar.

Tapi dia lupa yang semua boleh dengar kalau earpiece di 'on' kan. Semua mereka sedang tersenyum sampai mata pun dah tak nampak sambil memandang dirinya.

"Kita membunuh dan ke neraka bersama-sama ye, Sir Daniel." kata Ravi sambil tersenyum.

"Haha..." Daniel gelak bohong.

***

Izara membuka satu satunya pintu yang berada di situ. Pintu itu berwarna silver dengan sedikit corak berwarna kelabu. Kelas sangat. Cantik tak cantik dia kena bom jugak.

"Vie, bom." arahnya dan memberikan laluan kepada Vie, salah seorang boomies mereka di situ.

"Tolong tepi sikit." katanya kepada Feira. Feira memuncung apabila di suruh tepi. Dia nak tengok Vie pasang bom sebab dia memang minat bom.

"Ke tepi semua. And do wear your mask and your glasses please. Bom ni ada sedikit habuk and sparkle. Nanti masuk mata, buta tak tau..." kata Vie. Vie memang disenangi kerana kata katanya lembut sahaja walaupun badannya agak tough.

Bom!

"Settle gais. Boleh buka balik mask and glasses. Bau dia sedap jadi kembangkanlah lubang hidung mu. Sekian dari I terima kasih." Vie menunduk dihadapan mereka yang mula bertepuk tangan.

Izara melangkah masuk ke dalam bilik itu dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Kini, kesemuanya dipenuhi dengan darah. Sekumpulan lelaki dan seorang perempuan yang sedang menyiksa salah seorang doktor di situ memandang ke arah Izara.

"Get ready girls. Vie bomkan kanan! Headhunter, ready tu shoot!" arah Izara. Dia menarik pedangnya dan mula menebas setiap batang leher doktor yang tinggal di situ.

Ingat nak culik tapi tak pelah. Menyemak markas aku je kalau diorang ni pengkhianat.

Leher satu-satunya perempuan di dalam kumpulan lagi satu itu dicekik dan diangkat. Lelaki-lelaki kumpulannya sedang bertahan dari berlawan dengan Mamazila dan Kak Rosnya.

"Hey, rileks girl. Aku bukan datang sini nak bunuh kau. Bukan juga nak jadi musuh kau. Ask your girls to stop serang my man." kata perempuan itu.

Izara mengangkat sebelah tangannya ke atas sambil mata mencerlung memandang perempuan dihadapannya ini.

Automatik semua mereka berhenti dari menyerang termasuk headhunters. Cuma dinding kanan tu ajelah tak dapat diselamatkan. Nasib kau lah dinding!

Tetapi tangannya yang mencekik leher perempuan itu masih tak dilepaskan. "Kenapa kau dekat sini? Nak kacau kerja aku?" tanya Izara kasar.

Perempuan itu tersenyum sinis dan mengelus pipi berlapik mask Izara. "Aku tak jahat err.. maybe jahat sikit tapi overall aku tak jahat. Aku datang sini as doctor untuk stopkan diorang punya cubaan untuk buat ubat yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Aku yakin kau tau yang Lion ada masalah sikit dengan otak dia tu."

Izara melepaskan perempuan itu dan mengurut tangannya yang sedikit lenguh. Ingat tak sakit ke angkat orang guna sebelah tangan?

"Your name?"

"No need for you to know miss Estelle. Aku rasa kawan kau dah selamatkan orang orang dekat sini so aku blah dulu la ye. Babye..." Dia terus berlalu keluar dari situ diikuti oleh orang-orangnya.

"Haishh... membazir waktu aku je. Baik aku tidur." kata Izara lalu melepaskan ikatan rambutnya. Rambutnya itu diikat messy bun.

Izara berjalan ke arah dinding sebelah kiri.

"Eh miss. Salah jalan tu. Sini lah. Miss tak pakai mata ke waktu jalan?" dan kepala Andra diketuk oleh Rose.

"I use it well." jawab Izara. Dia memandang ke arah boomies kumpulannya.

"Start from Hana, Wendy, Put and last Vie, setiap kali kita jumpa dinding, letupkan je. Aku malas nak jalan bengkok bengkok."

Mereka semua mengangguk dan mula merenggangkan otot. Acah je bukan penat sangat pun. Stick boomies tu kepak baling je haha.

Bom!

Bom!

Bom!

Lion di tingkat atas dah bergoyang jedag jedug disebabkan oleh bom anak buah Izara.

"Weh Lioz, Izara aku ni gila ka? Runtuh nanti kang dia yang mampus." tanya Lion kepada adik kembarnya.

"Tanyalah dia sendiri. Tanya aku kenapa." balas Lioz malas.

"Kau kan kesayangan aku.. mestilah aku tanya kau. Takkan nak tanya badak kau yang dekat Cali tu pulak."

Lioz menjeling. Cakap pasal badak orang pulak... "Siapa sayang kau? Dah la suka suka je suruh aku ganti kau tadi. Kau tau tak dia pegang muka aku? Aku tak sukalah..." rungutnya dengan muka masam.

"Nak buat macam mana dah aku nak terberak. Takkan nak tahan? Nanti jadi karang batu. Tak elok." kata Lion lalu mengembangkan hidungnya memandang ke arah Lioz. Nak merajuk lak setan sekor ni. Ceh!

✯✯✯✯✯

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now