Dia buntu.
Seminggu selepas kejadian itu, mereka semua sibuk menguruskan pengebumian. Aiyani juga turut sama terlibat. Bukan dia yang libatkan tapi budak kecik tu yang nak. Nasib baik Qaisy yang jaga haha.
Dan seminggu selepas pengebumian tersebut pula, dia cuba untuk memujuk Ayaz. Macam macam cara yang dilakukan.
1. Hantar bunga bouquet dekat Ayaz dengan kad tertulis 'sorry'.
2. Ajak Ayaz makan lunch tapi ditolak sebab Ayaz nak dating dengan Aiyani. SAHAJA. Merajuk dia sehari tu dengan anak sendiri.
3. Hadiahkan barang dekat dia. Memandangkan lelaki tak dibenarkan memakai barang kemas kecuali cincin, dia membeli pakaian. Dari kasut ke boxer ke singlet. Baju, seluar, tali leher, jam, dompet semua dibeli. Diterima tapi Ryan kata yang Ayaz bukan materialistik. Jadi cara tu tak menyejukkan hati Ayaz.
4. Dia bagi coklat. Ada terbaca di satu web. Hadiah untuk pasangan. Dia suruh bagi coklat jadi Izara pun bagilah. Banyak. Dan Ayaz kata
"Aku takut kencing manis."
Sepatutnya dia beli coklat masakan. Barulah kurang sikit manisnya.
Dan sekarang dia tak tau lagi dah apa yang perlu dibuat untuk memujuk Ayaz. Tangannya naik mengurut kepala.
"Ibu.."
Suara Aiyani membuatkan dia mengangkat muka. "Ye sayang?"
Tanganya diraih oleh budak kecik itu. "Ibu still fikir cara nak pujuk uncle Ayaz ke?" Tangan kecil itu mengurut perlahan tangannya.
"Hm.." jawab Izara.
"Ibu sayang uncle Ayaz?" soal Aiyani.
"Kalau tak sayang, ibu tak usaha nak pujuk macam ni, pretty." kepala Aiyani diusap lembut.
"Ibu cintakan uncle Ayaz?"
"Sangat."
Aiyani tersenyum simpul. Ibunya ni sejak bila jadi jujur sangat ni?
"Kalau macam tu Ayin ada idea."
Terangkat kening Izara. Menarik. Budak kecik pun boleh fikir, budak besar macam aku pulak yang tak boleh.
"Apa dia?"
"Meh sini Ayin bisik." Dan mereka merancang plan untuk memujuk seketul Ayaz yang berpura-pura.
Dah lama cair tapi tak mengaku. Acah je pakcik seorang tu.
***
"Pakai smart smart ye kawan ku." Aqeel menepuk bahu Ayaz yang tidak berbaju dan hanya bersinglet.
Mereka baru sahaja berbaik. Hari tu ketiga- tiga mereka bergaduh disebabkan budak bertuah ini lah. Berahsia. Nasib baik yang malangnya Ryan sebab dia kalah. Dia jugak yang menang haha.
Kan dah kata Ayaz akan ingat.
Ayaz mengerut dahi. "Nak bincang pasal projek je pun. Buat apa pakai smart smart?"
Aqeel mencebik. "Nak bincang pasal projek je pun. Tu yang berlonggok baju tu siapa yang try? Kau kan? Sekarang dah pilih baju, masalah rambut pulak. Nak buat style mana. Lepas tu bincang pasal projek je pun. Heh."
Ayaz senyum tak bersalah. Jumpa berdua kut takkan nak pakai macam Aqeel ni? Baju patrik star. Kawan spongebob yang kaler pink tu. Baru pukul lapan dah pakai baju tidur.
Dia pandang pula Ryan yang memakai baju tidur kuning. Memang. Memang kembar.
"Okay aku dah ready. Bye ma pren. Aku naik atas dulu." ucap Ayaz sambil melambai si kembar.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Roman d'amour𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...