🍁🧡 IA 40

460 30 2
                                    

Ayaz keluar menuruni tangga kapal terbang. Sesak betul. Pertama kali menggunakan kelas ekonomi.

Dah la kerusi kecil. Rapat rapat pulak tu. Sebelah dia pulak ada lelaki mana entah tidur sampai keluar air basi. Hampir menitik pada bahunya tadi tetapi sempat di elak. Mujurlah..

Nasib baik juga sebelahnya lagi Ryan. Kalau orang lain uishh... tak tahulah macam mana nak cakap.

Semua itu membuatkan mood nya merundum. .

Ryan menelan air liur melihat muka dingin Ayaz. Habislah orang sana nanti.. semua dimarah.

***

Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Ibunya yang sedang menelefon seseorang dipandang pula dengan mata yang bulat. Bibir dicebik.

Aduhh.. boringlah. Kenapa tak ajak uncle Qaisy sekali eh? Kalau dia tau.. dia dah paksa siapa siapa je ikut dia datang sini.

Kalau tak uncle Qaisy, dia akan ajak uncle Ivan dengan aunty Andrea. Dia sengih sedikit apabila teringatkan pasangan comel itu.

Senyuman jatuh tiba tiba apabila matanya tertancap pada satu susuk tubuh dengan muka yang pernah dilihat.

Tangannya yang dalam genggaman Izara ditarik perlahan. Apabila sudah memastikan Izara tidak sedar yang mereka sudah tidak berpegangan, langkah dibuka.

Berjalan ke arah susuk tubuh tersebut. Makin lama makin laju dia berjalan menempuhi manusia manusia yang juga kalut membawa hala masing masing.

"No.. sikit je lagi..." dia menolak pinggang dua orang perempuan dihadapannya dan terus melalui mereka. Sempat didengar dua perempuan itu mencarut kepadanya.

Siapa suruh buat tiktok tengah tengah orang ramai? Padan muka.

"Uncle! Uncle Ay-" tubuhnya dirempuh sedikit membuatkan panggilannya terbantut tapi dia masih terus berjalan.

Hanya tinggal beberapa langkah sahaja yang tinggal untuk mendekati orang itu dan..

Zap!

****

Izara mempercepatkan langkahnya. Matanya laju mengikuti langkah seseorang. Apabila jarak mereka sedikit, dia menarik tangan orang tersebut.

Zapp! 

Terkejut Aiyani apabila tiba tiba seseorang menarik tangannya. Tubuhnya melayang apabila diangkat oleh Izara. Cepat cepat dia berpaut pada leher Izara yang ditutup dengan tudung.

"Don't. Ever. Do. That. Again. Aiyani Intisyar." keras Izara memberikan amaran.

Kecut perutnya. Jarang Izara marah macam ni. Sangat jarang. Hampir tak pernah. Kalau Izara memanggilnya dengan nama penuh, maknanya ibunya sangat marah.

Dan menjadi sangat menakutkan baginya.

Pengajarannya jangan buat ibu ibu anda marah ya.

Dia menyebek sebelum kepala diletakkan di atas bahu Izara. Matanya terpaku pada orang yang dikejarnya tadi.

Orang itu.. sama dengan orang yang ada dalam galeri ibunya dan dia tau nama orang itu.

Tiba tiba mereka bersambung mata!

Tangannya melambai perlahan, tak mahu kantoi dengan Izara tetapi tetap nak lambai. Lalu hubungan mata mereka terpisah dengan dinding.

Tak guna punya dinding! Kat situ jugak kau nak cangkung.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now