🍁🧡 IA 16

446 45 8
                                    

Izara masuk ke dalam rumah dengan pakaian yang masih basah dan melekit dengan darah. Takdak masa nak mandi, kalut race datang sini lepas buka mesej Ayaz tadi.

Flashback

"Darling, kau taknak mandi ke? Busuk tu."

Izara menjeling sebagai balasan untuk soalan Daniel. "Nak mandi apa nya? Kau sorang mandi berapa jam dah. Tambah si Qarin kau tu berjanggutlah aku ni menunggu. Dah la guna bilik air kesayangan aku. Tak minta izin pulak tu. Haramkam susu aku baru tau."

Daniel menyengih. "Susu apanya? Kau bukan mak aku gila!" Dia sambung gelak.

"Aku haramkan susu dutch lady original yang kau dengan Qaisy minum semalam!" laju dia mengeluarkan kata kata hikmat yang membuatkan Daniel tergamam.

Pang!

Berlubang sebuah pintu bilik tetamu ditembak. Pantas kepala Izara berpusing mencari siapa yang menembak pintu tersebut. Bibirnya naik menyimpul senyuman sinis apabila terpandang Qaisy dengan mata yang bulat terkejut.

"Apa? Ingat aku tak tau? Dasar melaun asing! Tujuh keturunan jiran aku pun tak pernah usik susu aku! Berani kau wahai makhluk durjana!"

Bertempiaran lari Daniel dan Qaisy. Lari dari diterkam oleh Izara, si predator.

"Dan! Daniel! Weh! Kain aku nak terlondeh nih!" jerit Qaisy. Dengan kalutnya dia berlari dengan tangan memegang kain pelekat di pinggangnya.

Kalau terlondeh ni wuishh.. makcik blonde tua sebelah rumah auto masuk kubur kalau ternampak.

"Yang pergi pakai hari ni kenapa?! Kan aku dah kata nak matchy matchy kain pelekat esok!" marah Daniel akan kenyanyukan Qaisy.

Mereka masih berlari tanpa dikejar sesiapa. Izara duduk sambil melihat mereka berdua yang tetiba menjerit terpekik macam orang gila.

Tadi tu dia acah je nak kejar. Lari separuh, patah balik. Biar dua ekor beruk laknat tu exercise sikit malam malam.

Ting!

Satu mesej masuk. Dah diagak siapa orangnya.

Ayaz: Help me! Ada orang pecah masuk rumah kita!

Laju kakinya berlari keluar dari rumah Daniel. Tanpa memakai helmet, terus dipandunya motosikal keluar.

"Huff...huff... Qaisy, tengok jap kat belakang Izara ada lagi ke tak."

Qaisy menggeleng laju. "Taknak! Takut! Muka dia garang..."

Kaki mereka dah tak larat nak berlari. Lenguh! Ni semua Qaisy punya pasal! Siapa suruh ajak minum susu dutch lady Izara!

"Duduk...duduk... Lutut aku dah tergolek keluar dah ni." Direbahkan punggungnya ke atas tanah berumput di halaman rumahnya.

Begitu juga dengan Qaisy. Dengan segala peluh yang ada di ketiaknya, di dahinya, di mana lagi? Di mana manalah! Dia baringkan diri jauh sikit dari Daniel.

Bukan apa Daniel tu tengah busuk hehe...

Daniel memejamkan mata menghilangkan penat. Matanya mengerling sedikit nak tengok Izara wujud tak lagi, masih mengejar ka.

"Eh! Mana peah tu? Hilang?" Kepala diangkat separuh dengan riak pelik. Dia melihat sekeliling kawasan rumahnya. Mana tau kot kot Izara nak sergah dia ka. Tapi hampa. Memang tiada bayang Izara di situ.

"Biarlah... aku lagi sanggup dia pergi ngorat anak hakak blonde sebelah ni daripada kejar aku." kata Qaisy dengan nada pasrah. Dia ni boomers ja. Lari lari memang tak masuk dengan diri dia.

End flashback

"AYAZ!" panggilnya sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Bukan 'panggil' dah kalau kuat macam tu. Menjerit namanya.

Dengan muka gelabah dan risau dia melihat sekeliling rumah Ayaz yang gelap.

"Surprise!!" Tiba tiba Ayaz melompat keluar dari belakang pintu sambil memegang secawan kek dan meniup apa benda entah nama dia yang keluarkan benda shining panjang panjang.

Habis muka Izara comot dengan debu bersinar itu. Tak cukup dengan darah, taknak sapu lumpur pulak ke?

Mata Ayaz yang tadinya menyepet kerana tersenyum berubah membulat memandang ke arah Izara.

"Love! Why are you bleeding?!" jeritnya kuat. Segala topi dan benda benda yang ada ditangannya dilempar ke tepi.

Ya. Termasuk kek cawan red velvet cheesecake dilempar ke tepi.

"Pembunuhan." jawab Izara dengan muka serius. Badan berdiri tegak menghadap Ayaz. Tiada lagi wajah risau tadi diganti dengan riak dingin.

Pakaian basah berdarah Izara diteliti. Tangan Izara ditarik dan dibelek. Takut ada luka. Tapi tangan Izara bersih dari luka. Hanya dipenuhi darah.

Seolah olah...

Izara yang membunuh.

Heh... tak mungkin. Love aku tak membunuh.

Kepala digelengkan berkali kali.

"Asal geleng geleng? Memang betul pun apa yang kau agak." kata Izara mendatar.

Ayaz memandang wajah comot Izara dengan muka tertanya tanya.

"What do you mean?"

Hujung bibir Izara terjungkit. "Aku. Pembunuh."

"Jijik? Dipersilakan. Nak halau aku? Aku ada rumah sendiri. Sekarang ni apa yang aku nak tau.. kau buat apa sebenarnya? Kau tipu aku ke?"

Dada Ayaz ditolak dengan jari bagi menjauhkan badan itu. Amarah di tahan sebaik mungkin. Sebelum dia mencaci si Ayaz ni baik dengar dulu cerita dia.

"I.. I tak bermaksud nak tipu you. I just nak... happy kan you.." katanya dengan nada perlahan. Sedar dengan salah diri.

"Tapi you bukan 'tu' kan? You melawak je kan tadi?" mata Ayaz menikam wajah Izara meminta penjelasan.

"It's killer. Atau pembunuh atau tueur. Sebut pun dah jijik ke? Ni pelaku dia. Kau still boleh pandang? Nak muntah ke tak? Aku tak boleh sediakan plastik. Boleh sediakan ni je." Beg bimbit yang telah dikeluarkan isinya dibuka dihadapan Ayaz.

Beg itu di baling ke tepi kuat.

"Kau tipu aku. Kau tau tak aku paling benci penipu.. tak tau? Sekarang ni aku bagitau. Aku. Benci. Penipu. Samalah macam kau dan orang lain benci pembunuh." Dada Ayaz ditolak tolak sambil dia mula berkata dengan nada keras tetapi perlahan.

Belakang Ayaz sudah melekap pada dinding. Tangan Izara pula menghentak di tepi kepala Ayaz. Kuat bunyinya.

"That's hurt, love" tangan Izara terus diraih. Ditiup perlahan tempat yang kemerahan lalu tempat itu diusap.

Izara menggigit bibir apabila menerima layanan lembut Ayaz. Jari Ayaz yang tadinya hanya kotor sedikit,bertambah kotor apabila menyentuh tangan Izara. Kotor dengan darah.

"Aku benci bila kau buat baik dengan aku." tanpa ditarik tangan yang berada dalam pegangan Ayaz, dia mula meluahkan rasa.

"Aku benci bila aku selalu risaukan kau."

"Aku benci sangat bila aku jadi orang lain dengan kau."

"Aku tersangatlah benci bila aku takut kehilangan kau."

Ayaz setia memandang segenap wajah Izara dengan pandangan yang lembut.

"Dan aku paling benci bila aku rasa aku hanyut bila dengan kau." ucap Izara.

" So sekarang ni kau tunggu je bila aku bagitau date aku pindah. Senang kerja kau tak payah menghadap pembunuh macam aku." Tangan ditarik lalu berjalan naik longlai.

"Tapi... surprise ni?"

Babi. Aku penat penat buat drama yang dia kisahkan surprise tak guna dia tu.

"Fikir dengan head father you lah!" bentak Izara. Geram dengan kebodohan dan kelembapan seketul Ayaz.

Ayaz menggaru kepalanya. "Nak kena korek kubur bapak aku balik ke?"

✯✯✯✯✯

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now