🍁🧡 IA 33

378 37 8
                                    

Ryan diam. Dia hanya memerhatikan Aqeel dan Ayaz yang mula mengambil peralatan untuk berlawan.

"Kalau korang cedera macam mana? Kalau korang ma--"

"Stop it Ryan!" bentak Ayaz. Keputusannya sudah ditentukan. Dia akan turut serta tolong Izara bunuh mamat boroi tu.

"Kalau kau takut sangat, kau boleh duduk belakang. Stay situ. Aku jaga kau." Aqeel sempat mengerling ke arah Ryan sedikit sebelum maju berjalan. Senyuman sinis terukir.

"I love this." Beberapa tembakan dilepaskan. Hampir semua mengenai dada anak buah Que.

Dada mantap tapi dah berlubang kesian...

Izara menoleh kepala kebelakang. Berkerut mukanya apabila melihat Ayaz dan Aqeel yang mula menembak dan bertumbuk.

"Apa kau buat Ayaz.." dia menyiku seorang lelaki dan membuka langkah mendekati Ayaz. Kolar baju lelaki itu ditarik kasar.

Terkejut Ayaz. Dia melihat gerangan yang menariknya tadi.

"Masuk bilik bawah sekarang." kasar Izara menyuruh. Langsung ditembak mati semua musuh yang mendekati mereka.

"And leave you? Of course not my love."

Dijelingnya Ayaz sebelum dia menjauhi lelaki itu. Geram. Sebelum dia tetak kasi pengsan mamat tu baik dia jarakkan diri.

"Jaga Ayaz dengan Aqeel." arahnya melalui ear piece.

"Kay." pendek sahaja Qaisy balas. Tangannya laju mengambil beberapa bom kecil yang baru sebulan lepas direka. Bom bom tersebut diberi kepada Kashaf disebelah.

"Kau takdak kerja apa kan?"

Kashaf mengangguk.

"Pemalas."

Eh! Kau nak suruh aku kerja macam mana? Situ bang sini bang sana bang. Aku bang kepala kau kang.

Lepas dalam hati je lah. Kalau cakap terang terang tak pasal pasal bom bom ni selamat masuk perut.

"Bagi dekat Lucas. Bangunan sebelah. Cakap dari Sir Qaisy. Dia akan faham." arah Qaisy.

Kashaf mengangguk lalu keluar dari bilik dan menuju ke pintu rahsia yang diberitahu Qaisy hari tu.

Dia berjalan ke arah bangunan sebelah seperti yang diarahkan. Tiba tiba kakinya menyerong ke laluan pintu masuk Estelle's.

Mukanya tak beriak kebudak-budakan macam dihadapan Qaisy tadi. Pandangannya beku dan mukanya dingin. Bom bom ditangan dikerling sedikit.

Langkahnya terhenti sebentar. Terasa badan belakangnya dicucuk sesuatu.

Muncung pistol.

Dia menggulingkan bola matanya sebelum menyiku orang belakang. Pistol ditangan lelaki itu ditendang sebelum melancarkan beberapa tendangan pada perut lelaki tersebut. Lututnya pula naik menghentak dada lelaki tersebut.

Alhamdulillah tertungging jugak lelaki tu.

Langkah diteruskan sehingga dia berjumpa dengan..

Que.

"Bom." katanya sepatah sebelum meletakkan kotak bom ditepi Que. Que tersenyum senang. Pipi Kashaf ditepuk-tepuk.

"Nice work Daris." Dia menyuruh salah seorang anak buahnya mengambil kotak bom tersebut.

"Baling ke dalam. Kita akan tengok mercun bola!" Tawanya kedengaran bahagia.

Anak buahnya yang tadi itu berkeruh muka. "Ta--tapi Que...orang dalam?"

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now