🍁🧡 IA 15

505 44 3
                                    

"Aku nak tanyalah kan." Lion memandang Lioz apabila lelaki itu bercakap kepadanya.

"Apa dia?"

"Apa yang kau minat sangat dekat si Estelle ni? Ramai lagi perempuan lawa yang lain." kata Lioz. Ya lah. Dah lah Izara tu beku je memanjang. Tak seronok betul. Sepatutnya menangis, menjerit bila terjumpa mayat. Ni? Call member buat apa?

Ya mereka ada pasang kamera di luar rumah Ayaz selepas mengetahui yang Izara duduk dengan di situ. Reaksi Izara terakam juga di situ.

Lion mengangkat bahu. "Entahla. Tapi bagi aku dia cute."

Memang takde mata ka lelaki dalam cerita ni? Yang hero buta. Yang penjahat pun sama.

Ehem! Tu bukan jealous tau.

Lioz membuat muka. "Jomlah keluar. Nak runtuh dah bangunan ni. Kang kita kita sekali terkubur. Tak pasal pasal arwah-arwah kat sini serang kita. Tu lah kau! Banyak sangat ajak aku buat dosa."

Lion berdecit sebelum bangun dan mengikut langkah Lioz. Berleter je lebih. Bila di ajak nak jugak.

Bongok.

***

"Sir. Macam nak runtuh je bangunan nih." kata Ravi sambil matanya melihat siling yang dah mula menurunkan habuk simen. Alhamdulillah rezeki hujan simen.

Daniel juga turut mendongak sama seperti kesemua Kaizo, Zeref Dragneel dan Mechamato. "Kaddy, cek ada manusia bernyawa lagi tak dekat tingkat ni."

" Miss Estelle, Mamazila and Kak Ros only."

"Lion?"

Kaddy menggeleng di dalam semak dan kepalanya diketuk Selina.

"Kau geleng apahal? Cakaplah, bodo betul la ex on the way aku ni." kata Selina sambil memuncung. Macam lah Sir tu boleh nampak pakwe dia ni menggeleng. Haih...

"Janganlah pukul. Nanti bodoh lagi macam mana?" balas Kaddy. Kemudian dia menarik pinggang Selina untuk duduk rapat dengannya.

"Takda Sir. Dah lari tapi kan Sir..." ayatnya tergantung apabila tiba tiba Selina mengucup pipinya.

"Tapi apa?" tanya Daniel dari dalam bangunan. Dia terdengar bunyi macam 'cup!' gitu. Entah betul ke tak. Siapalah nak berciuman tengah tengah perang ni?

"T--tapi Sir, bangunan tu nak runtuh and Miss Estelle dah tunggu kat luar. Siap bercekak pinggang dah tu. Oh! Dia tulis kat sign board kata 'kalau kau tak keluar sekarang, aku calit darah entah sapa sapa kat baju aku ni, letak dekat patung Rapunzel kau.' "

Terus ear piece nya diputuskan sambungan. Laju kepala Kaddy menoleh ke arah Selina yang selamba sambung tengok komputer Miss Estelle.

"What's that bubu?" tanya Kaddy sambil mulut tertahan nak senyum. Tangannya melekap di pipi yang dicium oleh Selina tadi.

Selina mengangkat bahu. Tiba tiba Kaddy menyebamkan mukanya ke leher Selina.

"Hahaha! Geli lah bongok!" kuat dia menolak kepala besar Kaddy.

Yang dekat belakang dah tayang muka redha dengan drama tv3 depan mata.

"Serius aku kata, kalau lagi sekali diorang buat macam tu aku nak couple jugak dengan Ivan." kata Andra yang duduk di antara set set hacker.

"Woi! Kau tak tutup ear piece!" tegur Zendy gelabah.

Segelabah dia, gelabah lagi Andra di situ.

"Uhm..uhmm... Itu hanya iklan semata-mata yang di taja oleh Baby Johan. Selamat siang." terus dia menyebamkan mukanya ke bahu Zendy yang masih lagi sibuk ketawakan dia lepas habis gelabah.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now