🍁🧡 IA 10

634 54 3
                                    

Muka Ryan direnung. Ryan pula membuat muka toya apabila direnung oleh si kacak ber eye smile, Ayaz.

"Weh." panggil Ayaz.

"Apa?"

"Kalau aku ter fall in love, apa reaksi kau?"

Ryan menutup mukanya dengan fail. "Aku tak suka." jawabnya dengan nada keras seakan betul betul benci akan hal yang satu itu.

"Kenapa..." sedih suara Ayaz bertanya.

Ryan menghentakkan fail yang digunakan tadi untuk menutup muka ke atas meja. "Kau lupa ke apa yang jadi 3 tahun lepas? Ke kau nak aku ingatkan kau balik? Kalau benda tu jadi lagi sekali aku takkan teragak-teragak untuk bunuh setiap perempuan yang dekati kau!"

Terhinjut bahu Ayaz mendengar Ryan membebel dengan suara kuat. Wajah Ryan direnung tajam.

"Izara tak sama dengan dia! Kau jangan berani nak samakan diorang!" balas Ayaz dengan nada yang sama digunakan oleh Ryan.

"Janganlah gaduh... tak sukalah..."

Ryan dan Ayaz merengus dan memandang ke arah lain. Malas nak tengok muka masing-masing.

Aqeel pula mengeluh dengan sikap baran dua orang dihadapannya ini. Nak tengok Barbie pun tak senang bila sana jerit sini jerit. Haih...

"Aku rasa biar je apa yang hati Izara tu kata. Kalau kau tengok dia macam menjauh dengan kau, makna kata dia tak sukalah. Kalau dia okay je dengan kau, kau ada chance bro." kata Aqeel panjang lebar.

" No Aqeel! Kau lupa ke apa yang aku cakap kat kau hari tu?" tanya Ryan dengan muka marah.

Aqeel menggeleng. "Aku tau tu, aku ingat. Cuma sekarang ni, takkan nak biar Ayaz teruna sampai tua. Nanti kau dengan aku mesti kahwin and buat anak. Kesianlah dia nanti jadi teruna di usia yang tua." Dengar macam lawak tapi muka Aqeel yang serius itu membuatkan Ayaz tak jadi nak gelak. Sekali pakej jelingan Aqeel bagi.

Ryan menutup mulut nya tetapi dalam hati dia mengutuk Ayaz dan Aqeel bertubi-tubi.

Aqeel sambung layan Barbienya. Ayaz melihat mereka berdua sambil tersenyum nipis. Kalau Aqeel dah masuk mood serius, abang kembar dia pun jadi tak terkata. Haha.

Dia merenung kembali kata Ryan dan Aqeel sebentar tadi.

She' s different from her. She will love me no matter what. Dia takkan biarkan aku bergelumang dalam gelap dengan tangisan.

And I'm sure about that.

***

Sebulan selepas itu, mereka dah tidak bertegur sapa. Memang serumah tapi tak semestinya terserempak.

Ayaz merenung ke luar tingkap memerhatikan Izara yang berada di laman tepi rumahnya. Gadis itu sedang berlatih dengan nuchakus nya. Gerak geri Izara yang macam dah biasa dengan nuchakus membuatkan dia tertanya tanya.

" Maybe minat." Ayaz mengambil ipadnya di atas katil dan mula menulis sesuatu.

"Izara minat nuchakus." tulisnya.

Ipad diletakkan di atas paha dan dia kembali memerhatikan Izara. Izara dengan rambut diikat kuda dan berbaju sukan berwarna hitam sangat menarik perhatiannya.

Dia menggigit bibir apabila tergoda dengan susuk tubuh Izara yang sedang minum air. Dia menutup mata dan menggeleng kepala perlahan lahan.

"Haih... my love is so..." kata- katanya terputus di situ. Dia melihat ke arah cermin dan memandang mukanya yang jelas kemerahan.

"Uish merahnya muka aku! Aku terminum arak ke tadi?" dia bertanya kepada diri sendiri sambil menilik pantulan mukanya di cermin. 

Izara dibawah memandang ke atas. Ke arah bilik Ayaz. Bukannya dia tak perasan tadi lelaki itu asyik tenung dia berlatih. Dia biarkan je.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now