"3 front 2 back. Sedia dengan posisi masing masing." arah Izara disebalik topeng muka hitamnya.
" Ivan dengan Wyn masuk. Settlekan guard diorang."
"As you command miss." terus mereka pergi ke sana. Izara dapat melihat ke semuanya kerana dia dan Daniel telah menge'hack' setiap cctv di markas musuhnya. Orang yang menjaga bilik kawalan pula dah lama mati ditembak oleh orangnya di dalam kumpulan musuh itu.
Sejak bila eh? Sejak... dua hari sebelum Lewis datang jumpa dia.
Tapi itulah, musuh dia ni tak perasan lagi.
Nasib kau lah mayat mayat sekalian,dapat ketua tak prihatin.Komputer diberi kepada Selina, anak buahnya ditepi. "Jaga. Kalau rosak komputer tu belikan aku sepuluh komputer yang sama." Selina menelan air liur. Bukan tak mampu tapi suara Izara serius sangat kedengaran.
"Mana Qaisy?" tanya Izara kepada Daniel disebelah.
"Qaisy dengan set set boomies lah." jawab Daniel. Topeng muka yang dipakainya dibetulkan sedikit.
"Bila aku kata serang, assasins masuk dulu. Kill everyone but in silent." suaranya kedengaran ke setiap orang yang dibawa dari markas kerana ear piece yang dipakai mereka.
"Sapi Go!" arahnya dengan muka serius.
Serentak itu bunyi besi bertemu tulang kedengaran dari dalam markas bertingkat itu. Tak lama kemudian keadaan menjadi senyap sunyi.
"Done miss." kata Ravi sebagai ketua Zefer Dragneel.
"Good job babi."
"Nama I Ravi, miss."
"Just shut up."
Daniel tersenyum simpul ke arah Izara. Selina juga dah menutup mulut menahan tawa.
Izara menggulingkan matanya. "Dengar arahan aku, bila aku bagi arahan fighters masuk. Aku dengan Daniel akan ikut. Make sure dalam setiap pecahan ada dua boomies. Hacker stay where you should. Do not! Disturb. Headhunters tembak bila ada request, faham semua?"
"Faham..." bisikan pasukannya kedengaran dicorong telinga.
Daniel buat muka bosan. Benda tu dah diulang tiga kali. Di markas, dalam perjalanan dan sekarang. Haih... darling dia ni pelupa ke?
"Kekasih kebenaran!"
Serentak itu, para fighters termasuk Izara dan Daniel masuk ke dalam markas tersebut. Nama sahaja fighters tetapi semua dilengkapkan dengan senjata seperti pistol dan sebahagian daripada mereka mempunyai riffle.
Izara merenggangkan badannya sebelum mengambil pedang yang sedia tergantung di pinggangnya.
"Kill anyone who disturbing." arahnya.
Daniel dah terlompat lompat bersedia dengan dua buah penumbuk saiz hulk nya. "Come on baby let's go party!"
"Boss! Bawah dengan tingkat 1 clear!" kata seorang lelaki dalam keadaan terburu-buru.
Seorang lelaki lain pula sedang duduk sambil menginjak kaki di atas badan seseorang yang dah terkulai lemah.
"Baguslah clear." katanya tanpa sedikit pun rasa nak ambil peduli. Dia mengelap tangannya yang penuh dengan darah pada kain pengelap yang baru dibawa oleh seorang perempuan.
"Clear daripada orang yang masih bernyawa."
Terjatuh kain yang digunakan tadi. Leher lelaki yang melaporkan perkara itu tadi dicekik dan diangkat ke atas.
"Erk... boss... Lion..." katanya dengan susah. Tangan Lion dipegang.
"Siapa serang tempat aku?" tanya dia dengan nada yang keras. Kening diangkat tiba-tiba apabila dia teringatkan sesuatu. "Let me guess... Estelle?"
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romansa𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...