Cahaya matahari masuk dari celahan langsir. Bunyi katak bernyanyi menghiasi bening pagi. Selimut diselak sedikit, hanya mata yang muncul memerhatikan sekeliling sambil otaknya mencerna apa yang perlu dilakukan sekarang ini.
Pertama bangun.
Ayaz menyelak selimut yang menyelimuti badan. Badan direnggangkan sehingga bunyi tulang mula kedengaran. Lecha ditolak ke tepi.
"Hah... 3 days more without my love." mata yang kuyu memandang ke arah skrin telefonnya. Gambar Izara sewaktu tidur memenuhi kornea mata.
Dia meletakkan telefon ketepi dan mula meruap muka lalu menonyoh mata. Mahu keluarkan segala tahi mata yang sesat di situ.
"I rindu you lah..." mulutnya melengkung tanda mahu menangis. Iris hitam pekatnya memandang ke luar tingkap. Teringat sewaktu Izara memberitahunya tentang sesuatu.
Flashback
Ayaz tersenyum melihat Izara yang sedang berehat di luar biliknya. Dia berjalan perlahan lalu memeluk pinggang kecil Izara dari belakang. Dagunya direhatkan di bahu Izara.
"Menghayati pemandangan?"
"Taklah. Tengah korek hidung ni. Jangan kacau."
Ayaz ketawa kecil apabila dibalas dengan perlian daripada Izara. Pelukan diketatkan. Terasa kepala Izara bersandar pada kepalanya.
"Ayaz."
"Yes love?"
"Kalau suatu hari nanti aku pergi macam mana?"
Terbungkam bibir Ayaz apabila disoal tentang perkara itu. Dia pernah terfikir tentang hal yang satu itu dan telah pun menemui jawapannya.
"I akan cari you sampai jumpa."
"Kalau aku mati?"
"Redha but I takkan move on." sejujurnya dia tak suka akan perbincangan mereka kali ini. Nak ja ditutupnya mulut comel Izara. Lepas tu dilekatkan dengan selotip. Senang.
"Tapi aku nak kau cari pengganti. Orang yang boleh bahagiakan kau."
Ayaz mendengus kasar. "You takkan pergi mana-mana dan I takkan cari pengganti. You are my happiness so stay with me kalau you nak I happy. Faham?"
Ayaz mengeluh apabila Izara tidak membalas apa-apa."Tell me. Kenapa you tanya I benda benda ni?"
Kepala diangkat dan pelukan dilepaskan. Badan Izara dipusing menghadapnya. Risau mula menjentik hati apabila melihat mata Izara yang mula berkaca.
"Nangis?"
"Nope. Habuk."
Ye lah tu. Habuk tengah tengah malam. Datang dari mana? Planet pluto?
Tangan Izara memegang tangan besar Ayaz. "Aku orang yang bahaya dan selalu dikelilingi bahaya. Bila bila masa ja nyawa aku boleh hilang and aku taknak benda yang sama terjadi dekat kau."
"Aww... so sweet. You sayang I banyak macam tu ke?" Ayaz tersenyum mengusik. Dicuit-cuitnya pipi Izara. Dia nak hilangkan keadaan serius tika itu tapi itulah Izara tak kasi.
"Be serious Ayaz."
Senyuman Ayaz mati digantikan dengan muka masam. "Boleh tak I nak tau macam mana you boleh terlibat dengan semua benda ni?"
Izara menggeleng. "Suatu hari nanti bila aku dah sedia, baru aku bagitau." dia membuka langkah memasuki bilik mereka.
"Tapi make sure tanam dalam otak kau yang aku membunuh bukan suka suka. Diorang cari pasal, aku cuma settlekan dengan cara paling mudah."
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...