🍁🧡 IA 39

339 33 6
                                    

"Dia takda kat sini." Izara menghirup sedikit cappuccino nya. Orang yang lalu lalang di luar diperhatikan.

Daniel mencebik mulutnya. "Bukannya kau tak boleh cari dia dekat mana." Zaman IT kot. Agak agak lah..

"Lantaklah. Malas aku nak fikir." kek yang dikongsi dengan Aiyani diambil sedikit.

"Makin lama, aku rasa kita ni makin.. sendu."

Terangkat kepalanya apabila mendengar Daniel berkata. "Maksud kau?"

"Ye lah. Dulu penuh gelak ketawa kot. Aku, Qaisy, Aqeel main. Ryan marah. Ayaz dengan kau buat sweet. Kitorang jeles. Semua benda best dulu. Sekarang?"

Tersentak sekejap dia. Dia tau dan dia sememangnya tau. "Qaisy?"

"Ramai lagi la seronok."

"Panggil lah yang ada dekat sini. Ravi, Lucas, Ivan, Wyn. Semua ada. Kau je.."

"Tak sama dengan diorang."

Izara mengeluh. Badan disandarkan pada kerusi. "You miss them that bad?"

"Hm.." Daniel mengangguk. Tetiba dia rasa nak nangis.. uhuk! Terus tisu putih di atas meja mereka diambil sehelai.

"Uhuk! Huwaa...." Dia menghamburkan tangisan 'perlahannya'.

Izara membuat muka menyampah manakala Aiyani dah turun dari kerusinya dan cuba memujuk Daniel.

"Uncle Niel janganlah nangis. Hodoh la. Nampak bodoh pulak tu." Belakang Daniel ditepuk perlahan.

"HUARGHHHH!" Makin kuat pulak bedebah ni nangis. Ada jugak kena sepak kang.

Izara menjeling sekitar mereka yang mula berbisik sambil melihat Daniel. Terus diberi isyarat mata kepada Aiyani.

Aiyani mengangguk faham dengan isyarat Izara. Terus dia dekatkan muka dengan telinga Daniel.

"Huargh... ak-" berhenti terus Daniel apabila Aiyani berbisik kepadanya. Kedudukannya dibetulkan. Air mata pula dikesat. Hingus pun sudah ditarik.

Ibujari diangkat. "Uncle tak nangis dah."

Aiyani tersenyum. Tangan diangkat ke atas. Automatik Daniel menunduk membiarkan budak itu membelai rambutnya.

Tak mengapa nampak macam budak budak. Asalkan dia suka.

"Good man, uncle."

"Thank you princess."

Aiyani mengambil tempatnya semula. Sempat dijeling beberapa orang yang masih melihat ke meja mereka. Selepas dia memastikan tiada mata yang melihat ke arah mereka, kek dimakan seperti tiada apa yang berlaku.

"Nak tak kalau kita pergi mana mana dulu?"

Izara menggeleng. "Pretty don't like plane."

"Tapi dia ok--"

"No means no, uncle. Jangan derhaka." Aiyani mengangkat tangan.

Macam gaya 'talk to my hand, beach!'

Haah pantai. Ayin tak mencarut tau.

"Kita stay sini." putus Izara. Dia bangun untuk mengorder kek lagi apabila mendapat pesanan yang segerombolan balanya nak datang makan di situ.

Setelah Izara pergi, matanya memandang tajam ke arah Aiyani.

Eee.. besar kecik besar kecik je aku tengok budak ni.

"What?" Aiyani mengangkat sebelah kening.

Eee.. selamba mentadak betul la..

"Siapa ajar ugut uncle dengan patung Rapunzel kesayangan uncle?"

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now