Alia mengeluh di kerusinya. Kepala disandarkan ke tempat sandaran kerusi. Siling pula dipandang lemah.
Kenapa dengan dia? Kau sabar jap. Nanti kau tau.
"Alia. Sir panggil." kata salah seorang rakan sekerjanya yang baru sahaja melawati mejanya.
"Lagi?" berkerut dahi Alia memandang kawannya itu. Kawannya pula mengangguk lemah.
Aku tau kau penat. Aku pun penat asyik jadi orang yang kena panggil kau.
Macam tu lah maksud riak muka dia.
Dengan malas, dia bangun juga dan berjalan lemah menuju ke lift. Ini lagi satu. Kalau dah suka panggil orang, janganlah duduk tingkat lain. Penat tau tak?!
Ting!
Tangan diangkat mengetuk pintu kayu dihadapan mata. "Sir, may I come in?"
"You may."
Sejurus dia mendengar sambutan dari dalam, terus ditolak pintu itu dan dibawa diri masuk ke dalam pejabat.
Matanya dihiasi dengan bilik yang agak lain dari kebiasaannya. Ralit matanya meninjau sekeliling pejabat tersebut.
"Asal nampak penuh semacam je ni?" tanyanya tanpa memandang ke arah lelaki yang duduk di meja besar sisi pejabat.
"Aku baru pindah masuk. Sepenuhnya."
"Oohh..." dia mengangguk-angguk dan terus mengambil tempat dihadapan lelaki tersebut tanpa dipelawa.
" Kau ni makin lama makin badak kan?" Ryan menongkatkan dagunya sambil memandang ke arah gadis manis dihadapannya. Manis? Urgh tolonglah!
"Apa badak?"
Berkerut dahi Ryan. "Berani kau kata bos kau badak? Kau lah badak."
"Eh eh jantan nih, Sir lah badak!"
"Suka hati kau je panggil aku jantan!"
"Sir ada telur kan?!"
Telur kan...
Telur kan...
Telur kan...
Masing masing diam selepas suara kuat Alia bergema di dalam pejabat itu.
Ryan memeluk tubuh lalu menghempaskan badannya ke penghadang kerusi. Dijeling Alia yang turut sama berperilaku sepertinya.
"Sengaja tiru aku."
"Sir lah yang tiru saya."
"Aku yang buat dulu!"
"Umur sir berapa? Siapa lagi tua?"
"26."
"Hah! Saya 27 so saya lah yang buat dulu."
Makin berkerut dahi Ryan. "Apa kena mengenanya?"
"Diamlah sir. Hormat sikit orang 27! Sir tu baru 26." balas Alia selamba.
Memang badak. Bisik hati Ryan.
"Beza 2 bulan je pun." kata Ryan sebelum sambung membuat kerja.
"Mana sir tau?" tanya Alia dengan mata disepetkan memandang ke arah Ryan. Suspicious shit..
Ryan mengibaskan tangannya ditepi telinga. "Adalah!"
Alia jatuhkan semula badannya ke belakang. "Hmp! Dasar Adam Ryan Mat Salleh!"
"Dasar Dalia Nashwa Badak Berendam!"
"Hmp!" mereka memusingkan kepala masing masing dari menghadap muka satu sama lain.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...