🍁🧡 IA 43

402 38 0
                                    

"End of discussion. Thanks for cooperate." Izara terus mengemas barangnya. Cepat cepat dia bangun keluar dari bilik meeting itu.

Nafasnya kembali teratur setelah keluar. Dadanya dipegang. Ketika meeting tadi, selang 1 minit dia akan mengambil nafas. Satu minit menahan sebelum menghembus nafas.

Semuanya kerana Ayaz!

Lelaki itu seperti tidak memberikan perhatian ketika meeting tadi. Sibuk je tengok dia ni. Jadi tak boleh nak bernafas dengan elok tadi.

Dan tak boleh move on..

Pandangan dia tadi macam membawa maksud kerindua--

Semestinya tidak. Lelaki itu memanggilnya 'Estelle'. Kalau dia ingat, mestilah dia panggil 'lov-'

Muka ditampar agak kuat untuk menyedarkan diri bahawa Ayaz bukan lagi miliknya. Dia ke sini hanya kerana projek itu.

Keep that in mind, Izara and please.. move on.

"Kau sure takda sembunyi apa apa dari aku?" soal Ayaz sebaik sahaja nampak kelibat Izara berjalan melalui pintu. 

Ryan tersedak. "Tak. Aku tak sembunyikan apa apa." dia mengekalkan riak biasa walaupun hatinya berdegup laju.

"Good to hear that. Kau nak tau sebab apa? Sebabnya..sometime, orang yang paling rapat dengan kita ni yang jadi musuh. Musuh paling berbahaya." kata Ayaz mendatar sebelum melangkah keluar.

Ryan menggigit bibir. Apa maksud Ayaz? Ayaz tau sesuatu ke?

Is he.. waiting for me to tell the truth?

Kantoi ke?

Ta..takkanlah. Tak mungkin..tak mungkin.

Dia menggelengkan kepala cuba untuk menghilang kegusaran hati.

***

"Lama kan kita tak jumpa?" Aqeel senyum suka. Siap kepalanya dilentok kanan kiri lagi. Daniel yang tengok rasa lempang je kepala tu. Tapi diingatkan pada diri bahawa mereka yang sudah lama tidak berjumpa.

Kalau lempang betul kang, dua dua arwah masuk kubur. Aqeel memang masuk sebab kena lempang. Dia pula masuk sebab kena terajang dengan Ryan.

"Kan? Kau tak try cari kitorang ke?" soal Qaisy. Rindu gila mamat psiko ni. Walaupun tak banyak scene mereka yang ditunjuk dalam cerita ni, percayalah yang dia dan Aqeel selalu keluar berdua.

Author lah pemalas sangat. Makan view buta.

Aqeel mengendurkan muka. Jarinya menguis permukaan meja dengan mulut muncung.

"Aku tak reti..."

"Nasib baik do!"

"Kan?! HAHAHA! Lagi bahaya kalau dia reti!"

Mereka berdua menggelakkan Aqeel. Kuat pulak tu mereka gelak.

Aqeel mengembungkan pipi sedikit. "Asal lak?!" bentaknya.

Daniel menghabiskan sisa tawanya. "Ye lah. Kalau kau tau macam mana nak guna komputer memang tak jadi plan aku!"

"Plan?"

Muka polos Aqeel membuatkan Qaisy geram. Pipi lelaki itu dicubit kuat.

"Eeeeeeeeeeee comel lah budak nih!" Qaisy membuat muka annoyingnya sambil melayan Aqeel seperti bayi.

"Budak?! Kau panggil aku budak?!" Rambut ala kpop Qaisy dirembat. Lalu mereka berdua bergelut. Dari duduk ke berdiri ke duduk atas lantai lalu terbaring.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now