🍁🧡 IA 20

543 49 13
                                    

Izara mendekati Ayaz yang duduk bersahaja di atas sofa ruang tamu mereka. Leher lelaki itu dipeluk dari belakang.

"Dah lewat ni taknak tidur ke?" tanya Izara sambil memandang muka Ayaz dari tepi.

Ayaz pula menyebekkan bibir dan tidak menghiraukan pertanyaan Izara.

Oh god... he's sulking.

"Taknak ke?"

Sekali lagi dia tidak dilayan.

Ayaz mengembungkan pipinya sedikit tanda betul betul merajuk. Tiba tiba pipinya dicucuk dengan jari runcing Izara. Terus dia menoleh ke arah Izara dengan mulut tersimpul tak boleh menahan senyum.

"Wha-- what the.."

"Apa? Nak cucuk pipi pun tak boleh?" usik Izara. Dia mencucuk cucuk pipi Ayaz yang masih tercengang sambil memandang mukanya.

Lama lama bibir Ayaz semakin melengkung membentuk senyuman.

"Elelele suka la tu?"

Tangan Izara ditangkap apabila dia memang dah tak tahan nak senyum. Tambahan pula muka dan telinganya yang memerah menampakkan rasa malu dan gembiranya.

"Tell me,nak tidur dengan aku ke tak? Malam ni malam terakhir..." sengaja Izara sebut tentang perlepasannya ke Malaysia esok dan membuatkan muka Ayaz kembali mencuka.

"Tak boleh ke kalau tak pergi?" tanya Ayaz sambil menunjukkan mata yang bulat ke arah Izara.

Pandanglah mata boyfriend mu ini. Tiadakah rasa kasihan sedikit pun ke atas makhluk comel bermata sepet apabila tersenyum ini? Wahai girlfriend ku, my lovely Izara?

Izara menggeleng kepala. "Tu kan kerja. Lagipun aku nak kena bunuh orang lepas tu."

Pucat terus bibir merah Ayaz. Tetapi diingatkan kembali yang Izara membunuh kerana orang itu yang cari pasal.

Dia menunduk kesedihan membayangkan tiada Izara di dalam rumah ini.

"I nak peluk siapa waktu hujan nanti?"

"Peluklah manchi."

Ayaz membuat muka apabila manchi disebut. Manchi ialah hadiah yang diberikan kepada Izara oleh Daniel. Haah Daniel yang membuatkan darah dia naik beberapa hari lalu.

Flashback

Makan malam sudah disediakan. Ayaz tersenyum bangga apabila melihat meja yang penuh dengan makanan kesukaan Izara dan berhias cantik dengan kelopak bunga ros yang dibeli di kedai bunga Ziella's Florist tadi hoho.

Ketak!

Izara masuk ke dalam rumah dengan suit. Baru sahaja pulang dari lawatan anak syarikat. Penat dan lapar sangat membuatkan moodnya merundum.

Terus dibawa langkahnya ke dapur. Tiba tiba satu tangan memeluk dan menarik pinggangnya dari tepi.

Muka Ayaz menghiasi pandangan. Fuh.. nasib baik tak terus tetak tadi. Kalau tak al maklum dialah yang kena angkat Ayaz ke bilik.

"Aku penat ni." kata Izara. Tiada mood nak layan perangai Ayaz.

"I know. You laparkan?" Dia melepaskan pinggang Izara dan bergerak ke arah meja makan. Lilin yang berada di tengah meja dinyalakan. Kelihatan makanan lazat yang terhidang di atas meja.

Izara yang melihat mula kecur air liur. "Untuk aku ke?"

Ayaz mengangguk. Dia menarik kerusi dan menggamit Izara untuk duduk.

"Selamat menjamu selera." ucapnya sebelum duduk di kerusi bertentangan dengan tempat Izara.

"Thanks." jawab Izara pendek.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now