*sorry untuk time skip yang banyak. Saya tak reti tulis cerita penginsafan. Maaf.*
_______________________________________
Kota Turki yang menghiasi pemandangan luar pejabatnya dipandang. Sentiasa cantik dan menenangkan hati.
"It's been 2 years." perlahan dia menggumam.
Sudah 2 tahun sejak dia belajar dengan Awfiyya Nafeesa. 2 tahun juga sejak dia tinggalkan Ayaz. Rasa kehilangan itu masih berbekas malah bertambah dari hari ke hari.
Ilmu agamanya alhamdulillah semakin bertambah. Banyak yang dipelajari berkat Awfiyya. Begitu juga dengan anaknya, Aiyani.
Aiyani yang terbaring di atas sofa dipandang. Terbit satu senyuman melihat anak kecil yang sudah dianggap anak kandungnya itu.
Punggung dilabuhkan disebelah Aiyani. Tangannya naik mengelus rambut coklat Aiyani. Sememangnya apabila berada di dalam pejabatnya, Aiyani akan buka tudung memandangkan hanya mereka berdua sahaja berada di situ.
Wajah Aiyani hanya sedikit irasnya dengan Nurina. Sekali pandang agaknya orang akan tanya..
'Eh, ni anak kau ke, Nurina. Lain betul. Anak angkat ke?'
Kesian Aiyani ni. Tak pasal pasal di-anak angkat-kan. Nasib baiklah dah jadi anak terbuang.
Eh.
Aiyani lah yang menjadi penemannya di rumah. Ye lah takkan nak duduk dengan lelaki berdua lagi lepas bertaubat.
"Mujurlah ibu kutip Ayin.." gumamnya sendirian.
Baru sahaja dia hendak bangun, matanya tertancap pada satu fail yang berada di tepi sofa.
Fail tersebut diambil lalu dibelek. Keningnya yang tadi berkerut mula kembali seperti biasa. Di kulit fail tersebut telah pun bertulis..
'A-Ice's Company'
Bibirnya mengukir senyuman nipis. Terus dipandang Aiyani disebelah.
"Nampaknya.. ibu kena jumpa lagi dengan dia..." dia mengeluh perlahan.
***
"Ibu, kita nak pergi mana?" tanya Aiyani yang terbaring disebelah Izara di atas katil dalam kapal terbang mereka.
Izara membuat muka pelik sambil memandang Aiyani. "Didn't I tell you?"
Pelik juga tengah terbang membelah awan awan biru ini baru ditanya nak ke mana.
Aiyani menggeleng sambil membuat muncung itik. Dia mendekatkan diri dengan Izara. Bibirnya mengukir senyuman suka apabila Izara mula memeluknya seperti kebiasaan mereka di rumah.
"Kita nak pergi Kanada."
"Why?"
"Sebab.." ayatnya tergantung sekejap. Nak bagitau ke yang 'ibu nak jumpa boyfren ibu. Hari tu tertinggal.' walaupun 'hari tu' tu 2 tahun lepas?
"Er.. ibu ada projek dekat sana."
"Ouh.." Aiyani mengangguk.
"Ibu kena duduk atas katil kan?"
"Haah-- eh! Ma-mana adalah! Bukan projek yang itu. Mana Ayin dengar ni?" Gelabah Izara. Anak dia dah membiru ke?
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...