🍁🧡 IA 18

465 39 6
                                    

Peluh ditepi dahi Ayaz dikesat guna tisu. Tak cukup dengan dahi, mata dia dapat mengesan peluh yang merenek di seluruh muka Ayaz.

"Aishh.." terus ditekapnya 4 lapis tisu kering pada wajah Ayaz.

Haa.. amik kau. Dasar peluh pendatang asing tanpa izin.

"Hmp.. love,benda nih.. I tak nampak apa apa dah ni. Jangan sampai I terpotong you. I tengah pegang pedang ni you. Alihkan." arah Ayaz. Nampak putih je.. kalau dia baru bangun tidur ni mesti dah ingat dia masuk syurga da...

"Oh.." Tisu-tisu itu diangkat menggunakan hujung jari.

Ayaz menolak rambutnya kebelakang selepas bebas dari kain kafan tisu buatan Izara.

"Haa.. barulah nampak my love's pretty face." usiknya sambil tersengih ke arah Izara.

No blushing...no blushing.

Izara menggigit bahagian dalam pipinya. Taknak senyum punya pasal. "Berlatih. Lepas ni aku nak kau belajar shoot dengan Daniel." kata Izara sebelum meninggalkan Ayaz.

Ayaz pula tersenyum memerhatikan belakang Izara." Eleh.. nak senyum la tu tadi tu.. Saja jual mahal."

Izara buat buat pekak. Dia mendekati Qaisy dan bertanya tentang Kashaf Daris.

"Biarlah dia tu. Aku nak guna dia untuk company je. Taknak kasi dia join Estelle's bawah." kata Qaisy sambil kepala digeleng- gelengkan.

Estelle's bawah bermaksud mereka yang boleh berlawan. Fighters, assassin, boomies ,hacker , headhunter. Sebahagiannya hanya bekerja di Estelle's bawah tapi ada juga yang bekerja di dua tempat. Estelle's atas dan Estelle's bawah.

"Okay. Tapi dia di bawah jagaan kau kalau ada something happen."

Qaisy mengangguk. Dia terus berlari sambil terlompat lompat ke arah Aqeel dan Daniel.

Bahu Aqeel ditepuk. "Aqeel, nak buat bom tak?" 

Bercahaya mata Aqeel apabila di offer. "Nak nak!"

Ryan yang mendengar perkataan 'bom' berpusing menghadap Qaisy dan Aqeel. Kalau buat bom tak kena lawan lawan kan?

Ye hah! Senang! Tak yah gerak! Tangan je lah yang gerak.

Dengan senyuman di berjalan ke arah mereka berdua.

Aqeel yang sudah nampak abangnya dalam perjalanan mendekati mereka mula berbisik secara kuat kepada Qaisy.

"JANGAN AJAK ABANG RYAN TAU! DIA TU PEMALAS! NAK MENCULAS AJE KERJANYA! LAWAN TAKNAK! NAK SENANG LENANG JE!"

Ryan terkaku. Dipandang adiknya dengan mata membulat.

"YANG DIA TAU KERJA, DUIT, MAMPUS. PATUTNYA MISS IZARA KENA POTONG BONTOT DIA BIAR DIA TAKUT NAK BEREHAT! BARULAH JADI RAJIN SIKIT! DASAR KAYU BALAK BERLEMAK!" puas mengutuk Ryan secara terang-terangan, dia menarik lengan Qaisy berjalan masuk ke dalam rumah untuk sesi membuat bom.

"HAHAHAHAHAH" pecah tawa Daniel dan Ayaz melihat muka cemberut Ryan.

"Kena perli dengan adik sendiri ke bro? Hahaha"

"Dah la kau. Meh sini. Aku ajar tembak. Jangan risau, jangan khuatir. Kena berdiri je." kata Daniel sebelum mengajak Ryan. Sempat diperli 'kayu balak" itu.

Ryan mendengus kasar sebelum mengikut juga langkah Daniel ke tempat lain.

"Love." panggil Ayaz secara lembut. Izara mendongak mencari wajah Ayaz.

"Diorang dah pergi. Ada chance untuk kita berdua ni hehe..."

Izara tayang muka toya. Ada orang ke takde ke apa bezanya? Ayaz masih dengan perangai manjanya.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now